Saturday, July 18, 2009

Buka! Buka! Tarik! Tarik!

Petang tadi kira-kira sekitar pukul 3.40 petang, ketika aku sedang baring-baring untuk melelapkan mata seketika, tiba-tiba aku terdengar keriuhan di bawah flat yang aku tinggal. "Buka! Buka! Buka! Buka! Buka ni! " Suara seorang budak perempuan menjerit-jerit berulang-ulang kali. Kemudian, suara budak lelaki pula, "Buka! Buka! Tarik! Tarik ni!". Mula-mula aku rasa mungkin mereka sedang bermain-main. Tapi semakin lama aku rasa terganggu. Ayat yang sama berulang-ulang kali diucapkan. Aku berfikir...main apa buka buka ni..pelik je. "Buka! Buka! Buka! Buka ni dik! Buka!". "Tarik! Tarik! Tarik! Tarik ni dik!" Suara budak lelaki tu menjerit seperti putus asa. Aku pun pergi ke tingkap bilik untuk melihat apa yang berlaku. Dari celah-celah tingkap, aku melihat terdapat 4 orang adik-beradik sedang berusaha untuk mengeluarkan seorang adik bongsu lelaki mereka dalam lingkungan umur 1-2 tahun, terkunci di dalam kereta! Oh tidak! Aku lihat, si kakak sulung, berusaha mengetuk-ngetuk tingkap kereta untuk menarik perhatian adiknya supaya menarik kunci di tepi tingkap itu. Aku percaya, adik bongsunya ini telah mengunci pintu kereta secara tak sengaja bila di dalam kereta, manakala kakak-kakak dan abangnya di luar kereta. Si kakak yang kedua juga membuat perkara yang sama, begitu juga si abang yang ketiga. Manakala yang keempat, adik perempuan kedua bongsu pula berjalan keliling kereta mencari idea..bagaimana untuk mengeluarkan adiknya. Dia seperti tidak mengendahkan hal yang berlaku, tapi aku dapat lihat dia memberi idea kepada kakak-kakaknya untuk mencuba itu dan ini. Si kakak yang kedua seperti sudah putus asa. Begitu juga dengan si abang, tapi si abang tidak berhenti begitu saja. Dia tetap mengetuk-ngetuk pintu memanggil adiknya. "Buka! Buka! Tarik! Tarik!" Aku dapat lihat si adik bongsu yang berada di dalam kereta turut sama mengetuk-ngetuk pintu, mengikut gelagat kakak dan abangnya. Tapi aku percaya, dia tidak faham apa sebenrnya arahan kakak dan abangnya. Hehehehe..nak gelak pun ada juga, sebab selepas itu, si adik pun memegang stereng kereta, lagaknya seperti mahu memandu kereta. Aku berfikir, mungkin cita-citanya untuk menjadi seperti pemandu F1 suatu hari nanti. Hehehe.. Si Emak pula datang memanggil-manggil namanya supaya menarik kunci kereta tu. "Danish, tarik! Tarik!" Tapi si anak bongsu tetap dengan gayanya memegang stereng kereta seperti pemandu F1. Si emak cuba untuk membuka pintu kereta dengan kunci kereta tapi gagal. Kemudia datang pula seorang lelaki muda, berusaha untuk menolong dengan mencungkil getah di tepi pintu kereta itu dan memasukkan dawai ke dalam untuk membuka kunci kereta. Usaha pemuda itu nampak seperti hampir berjaya tetapi mengambil masa yang agak lama. Si emak dan si kakak terus memanggil nama Danish. Aku seperti ingin membantu tetapi aku tak tahu macam mana nak tolong. Kemudian datang dua orang lelaki dalam lingkungan umur 40 tahun datang membantu, tidak sampai 5 minit, akhirnya pintu tersebut berjaya dibuka dengan menggunakan dawai tersebut.
Alhamdulillah...akhirnya si kakak membawa si adik bongsu keluar dari kereta. "Nasib baik tak buka air-cond, kalau tidak...", kata si emak.

Tiba-tiba aku teringat satu berita yang pernah dipaparkan pada suatu ketika dahulu mengenai seorang lelaki yang tidur di dalam kereta sambil memasang air-cond dan menutup pintu kereta terlalu lama sehingga membawa kematian. Ingatlah, jika mahu tidur di dalam kereta, janganlah membuka air-cond dan menutup pintu kereta dengan jangka masa yang lama. Bahaya tau! Sayangilah kelurga anda dan ingatlah orang yang tersayang..=)

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space