Saturday, July 18, 2009

Buku ke sekolah..

Malam tadi aku baca mastika..majalah kegemaranku! Mungkin ada yang tak berapa gemar nak membaca majalah mastika..tapi aku suka..tak kisahlah apa kamu semua nak kata..aku tetap suka dengan mastika. Di antara sebab aku suka dengan mastika, kebanyakkan ceritanya memberi kita pengajaran, teladan dan pengetahuan. Ewah..nak promote mastika kat sini pulak.. Ok ok, kembali semula ke topik di atas..'bawa buku ke sekolah'. Mesti kamu pelik...mestilah kena bawa buku ke sekolah? Hehehe. Betul la tu..cuma topik buku di sini adalah...murid sekolah sekarang membawa buku yang banyak ke sekolah. Isu ini pernah ditimbulkan pada waktu dahulu...di mana kebanyakkan murid sekolah rendah membawa buku yang banyak ke sekolah, dikatakan berat beg yang digalas murid-murid ini sehingga mencecah 5 kg..alasan mereka, cikgu suruh bawa atau pun ikut jadual kelas pada hari itu. Kesannya, apabila membawa beg yang digalas di bahu belakang murid yang saiz badannya mungkin kecil daripada saiz beg sekolah ini, murid akan jadi bongkok, kesan kepada tulang dan ergonomik. Ini memang tidak patut. Jadi kerajaan pun mencadangkan agar sekolah membuat jadual anjal. Tapi kesannya tetap sama...kenapa? Kerana aku di antara salah seorang daripada murid-murid ini di waktu itu..hehehehe... Tapi masa tu ok la jugak..tak ada lah berat sangat beg..terpulang pada murid itu sendiri. Semasa zamanku, ramai je yang bawa buku sikit..aku ni di antara yang skema la jugak..sebab bawa buku banyak! hahaha..
Tiba-tiba aku teringat satu kenangan...aku dibuli kawanku yang bernama Nurul Hidayah! Dia suka buli aku dulu semasa sekolah..apa entah yang ada kat aku yang dia suka sangat nak buli. Mungkin sebab aku nerd kot dulu..huhu. Salah satunya, semasa kami semua tengah beratur dalam kelas sebelum pulang..'Terima kasih cikgu!', ucap kami selepas ketua darjah beri salam. Semasa aku baru nak melangkah, tiba-tiba beg aku terjatuh dari bahu! Rupa-rupanya Nurul tarik tali beg aku semasa aku nak berjalan, kurang asam Nurul! Sudahlah beg berat! Nak terduduk aku dibuatnya..Nurul pulak ketawa sambil melangkah pulang, bye bye Wanee! Dengan senang hatinya dia berjalan..sambil tersengih kesukaan! Kurang asem! Hahahaha..tapi tu kenangan manis..aku tak ambil hati pun..cuma bila teringat semula, kelakar rasanya. Aku dulu senang sangat nak dibuli, mungkin sekarang pun sama kot...hahaha..kesian wanee..huhu..
Macam-macam lah kenangan manis semasa di sekolah dulu..nanti aku cerita lagi ye..haha..

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space