Wednesday, July 15, 2009

Kena siram air..

Selepas tamat persekolahan di tadika...aku menyambung pelajaran di sekolah rendah (Sek. Keb. Tun Dr. Syed Nasir) , di felda tercinta, Felda Pasak, Kota Tinggi, JOhor! =) Aku masih ingat lagi cikgu-gikgu yang mengajar aku di sekolah dulu...Ustazah Khamsaton, Teacher Zaiton, Cikgu Salina, Cikgu Asmah, Cikgu Hamid, Cikgu Aida, Sir Hanafi..hmm..ramai la lagi. Aku sayang sangat dgn cikgu-cikgu ku itu..mereka semua sangat baik. Dulu semasa di sekolah, aku sangat bermotivasi untuk mendapatkan markah tertinggi di kelas..sebab apa? Sebab aku suka bersaing dgn kawan-kawan di kelas waktu tu.. Aku ingt lagi, pesaing-pesaing aku adalah Nurul Hidayah Rahmat dan Sufi Syuhadah Sufian..ha..penuh nama mereka ku sebut..hehehe. Mesti mereka sedang terbatuk-batuk di waktu ini..maaf ye korang..bukan mengumpat tau. Hmm..jadi kami selalu bersaing untuk memperolehi kedudukan yang pertama, kedua dan ketiga dalam kelas. Masing2-masing macam bergilir-gilir..hehehe. Seronok rasa bila teringat semula zaman persekolahan dulu...semangat nak belajar tu sentiasa tinggi! Kemudian bersaing tulisan siapa paling cantik. Nanti cikgu akan umumkan dan bagi pengumuman di kelas. "Ha, cuba ikut tulisan wanee ni...cantik je..kemas je.." Masa tu aku tersenyum dlm hati jek..aku ni low profile orgnya..tak suka nak menunjuk-nunjuk. Tapi dalam blog ni..aku tiada niat pun nak menunjuk-nunjuk. Cuma nak ingatkan semula kenangan manis semasa di sekolah rendah dulu...hehe.
Aku cuma ada satu kenangan pahit yg tak dapat kulupakan semasa sekolah rendah. Semasa itu aku darjah 4, semester dua. Aku dapat nombor empat di dalam kelas. Balik rumah saja..kena marah dengan mama dan ayah. Teruk sangat masa tu..aku rasa teruk sangat sebab gara-gara dapat nombor empat saja, aku kena marah teruk. Ye la, macam aku ckp tadi, aku selalu dapat nombor 1,2 atau 3 saja dalam kelas. Aku kena marah, kena tarik masuk dalam bilik air..kena siram dgn air kolah lagi. Wah..masa tu hanya Allah je yang tau..aku menangis teruk masa tu. Itulah sekali kenangan pahit dalam hidupku tetapi cukup bermakna untukku. Kesannya, sejak dari peristiwa itu, aku belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan yang terbaik untukku. Aku mahu buktikan pada mama dan ayah bahawa aku boleh berjaya! Masa itu..cita-citaku adalah untuk menjadi seorang doktor..percaya tak? Agak-agak apa kerjaya aku sekarang? Doktor kah? =)

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space