Wednesday, August 5, 2009

Demam lagi....

Salam... Hmm..smlm aku demam lagi..tak sukanya.. :(
Sebenarnye hari Isnin lagi aku dh rasa x sedap badan..kat ofis tu aku rasa air-cond kuat giler...dah badanku rasa panas semacam..tp kwn2 ofis kata, tak lah sejuk sgt..ntah2 sbb aku dh demam, aku rsa mcm tu kot.. Kwn kt ofis mencadangkn aku gi klinik...aku pun rsa mcm tu sbb takut lah sekrg ni..macam2..dgn H1N1 lagi.. Aku rsa lebih baik aku gi klinik.

Tepat kul 8mlm aku pun keluar dari ofis..terus bergegas balik untuk pergi ke klinik kat kampung baru. Aku pergi ke Hospital Pakar Al-Islam (dulu asal namanye Kampung Baru Medical Center). Walaupun aku rasa mcm mahal ubat2nya...tapi aku rsa lebih baik pegi sana dari pegi ke klinik yg lagi satu (nama dirahsiakn)..sbb msa aku demam buat kali pertama, doktor tu buknnya check sgt pun..just tnya, ada demam ke..selsema ke..batuk ke.. aku pun boleh jadi doktor mcm tu..huhu..

Semasa aku smpai di sana, aku lihat ada dua org petugas lelaki menjaga pintu masuk klinik dan mereka memeriksa suhu badan org2 yg masuk ke klinik. Semasa salah seorg daripada mereka memeriksa suhu bdnku, dia kata ok, tak demam. Aku pun pelik sbb kat ofis td bukan main panas lagi badan. Lantas aku pun mengambil keputusan utk membeli ubat je. Aku pun beli ubat batuk dan kemudian balik ke rumah. Selepas mkn kuew tiaw grg dan makan ubat, kepalaku rasa pening sbb ubat tu kuat dan cept rsa mengantuk. Lalu aku pun tdo awal.

Keesokkan paginya (pagi smlm), semasa aku bangun, aku rsa bdn panas semcm. Aku rasa pelik sbb smlm ok je. Hmm..aku pun mengambil keputusan utk ke klinik. Aku pergi ke klinik yg sama. Aku pergi dgn memakai mask face. Petugas dpn pintu tu tak check pun suhu sbb aku pkai mask face. Aku pun tnggu giliran..rmai giler org x sihat..(mcm lah aku sorg je yg x sihat..huhu). Suhu bdnku bertambah panas.. Semasa berjumpa doktor, doktor pun check suhu bdn dan mendapati suhu bdnku mencecah 38.8 darjah celcius! Kalo x silap, kalo suhu lebih 38..mcm dh kena H1N1..ntahlah.. doktor cuma bertnya samada aku ada berjmpa rakan2 yg baru balik dari oversea..atau housemate ku demam jugak.. Aku kata xda..pastu doktor pun bg MC dua hari..ubat pun doktor bg.. (isk, mestilah doktor bg..haha)..

Selera mkn mmg xde..tp aku gagahkn juga mkn nasi dgn sayur. Lepas mkn ubat, rsa pening sgt2..pastu tertdo. Aku tuam gak bdn dgn air sejuk..alhamdulillah..ok dah..kuranglah skit suhu bdn.. masa mama kol pukul 3 lebih..aku rsa sedih tetiba..sbb sakit sorang2 kat sini.. kalo kat rumah kampung, mesti ada org jaga..tuamkan air..masakkan bubur.. :( Skrg aku kena belajar utk sayangi diri sendri dan pndai jaga diri..x boleh mengharapkn bantuan org lain..kesakitan ini benar2 menginsafkan aku.. Terima kasih kpd mama, ayah, angah, abang dan kwn2 yg telah mendoakan aku..terima kasih sgt2.. aku harap aku cepat sembuh dan dpt menjalankn tugas dn tanggungjwb kpd diri, keluarga dan masyarakat.. (wah, mcm wakil rakyat pulak..:p)..

Thanks semua!



0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space