Sunday, August 2, 2009

Nenekku..

Maaflah..dah seminggu rsa x update post kat sini.. Agak busy seminggu yg lalu..
25hb yg lalu..aku mendapt berita bahawa nenekku kt kampung sakit..masuk hospital. Family aku semua balik...mereka bertolak dari Johor pkul 11.30mlm. Aku pn mengambil keputusan nak ikut...sebab dah lama x balik ke Penang jenguk nenekku. Bukan apa....takut gak kalo ada pape yang terjadi...peristiwa yg sama begini terjadi adalah pd 2 tahun lalu....semasa arwah atukku sakit. Pkul 4 pagi ayahku smpai di KL, mengambilku dan bertolak terus ke Penang. Aku mmg tak boleh tidur mlm itu..risau..semua ada. Kami smpai di Hospital Kepala Batas pukul 8.30pg.

Masa itu semua tidak dibenarkn melawat..hanya seorang sahaja dibenarkn naik. Mama dan Pak Lang ku naik dahulu. Kemudian aku dan ayahku pula naik. Nenek hanya terbaring tidak sedarkan diri di katil hospital. Aku dapat lihat air mata nenekku bertakung di kelopak matanya...aku dapat rasa dia seperti menahan kesakitan. Aku rasa sedih sgt..tp aku harus kuat..namun air mataku jatuh jua. Aku tak dpt menahan perasaan..sebab dia tidak tahu aku datang melawat dia..aku berharap sgt agar dia tahu yg aku dtg untuk melawat dia dan aku mahu dia tahu yg aku sgt sayangkan dia. Aku panggil nenek...aku berbisik di telinganya... 'Nenek....kak long datang nie..nenek...", bisikku di telinganya. Tiba-tiba, aku lihat jari ibu kakinyabergerak2...bahunya terhenjut2..seperti dia dgr bisikkan ku. Aku cuba lihat respons nenek..aku usap2 tgnnya...dan berbisik di telinganya samada dia lapar.. Kemudian, aku lihat bibir nenek seperti mengatakan sesuatu. Aku dpt dgr suaranya...tapi tak jelas apa yang dikatakannya. Aku lihat wajah ayah, ayah seperti faham apa yg berlaku lalu mendekatkn kepala ayah berhampiran kepala nenek. Kemudian, ayah hanya menggelengkan kepala, ayah kata, jangan ganggu nenek.. Aku hanya menganggukkn kepala. Kami hanya memandang nenek dgn satu pandangan yg tak dpt dijelaskan.. Kemudian, ayah mengajak aku turun sebab nurse nak melakukan kerja mereka kat situ. Aku pun akur dan turun bersama-sama ayah ke tingkt bawah.

Pak Lang mengajak kami rehat di rumahnya. Ayah dan mama bersetuju. Kami bersarapan terlebih dahulu bersama Pak Lang. Kemudian, kami bergerak ke rumah Mak Su trlebih dahulu sebab mama nak jumpa Tok Ngah (adik nenek) yg berada di rumah Mak Su. Sampai saja kami ke rumah Mak Su, Mak Su terus bercerita psal nenek. Nenek tinggal bersama Mak Su sblm nenek ke hospital. Rupa2nya nenek tak membuang air besar selama 3 mnggu semasa di rumah Mak Cik. Patutlah nenek x lalu nak makan..sebab perutnya sebu.. Selepas nenek minum air yasin yg Pak Ngah buat, nenek terus buang air besar...alhamdulillah.. Tapi lepas tu nenek mcm tak sedarkn diri, mak su dan pak su pun dah xtau nk watpe..lalu diorg pun telefon hospital. Nenek masuk hospital pkul 2 pagi..semasa ktorg otw dari johor ke penang mlm tu..

Sampai sekarang, keadaan nenek macam tu jugak...tak sedarkan diri..kalau dia sedar pun, dia xkn buka matanya..bila buka je, tutup balik.. Kami hanya berdoa moga nenek sembuh dari sakitnya.. Ya Allah..kau sembuhkanlah nenek ku..moga dia kembali sihat seperti sediakala..aminn..

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space