Wednesday, May 26, 2010

My lesson learned..

Smlm sewaktu aku tiba di rumah pada pukul 11mlm, aku terus meraba2 beg aku untuk mengambil kumci rumah. Tetiba...owh nooooooooo!!!!!... kunci tertinggal kat opis..owh tidak...apa dah jadi ni..betul ke ni..mcm tak percaye jek. Aku terus teringat memori pagi itu, aku keluar rumah tergesa-gesa dan meletakkan kunci di dalam beg kertas yang ku bawa. Sesampai di ofis, aku terlupa nak menyimpan kunci itu di dalam beg sandangku. Aku meneruskan kerjaku dgn perasaan yang sama setiap hari...seperti tidak ada apa yang akan berlaku seterusnya. Aku balik lambat pd mlm itu kerana menyiapkn kerja-kerja ku kerana aku akan bercuti pada keesokkan harinya.

Aduhhh..macam mana boleh terlupa. Aku terus menghubungi rakanku di ofis, Annesa kerana aku telah memberi beg kertas itu kpdnya utk diserahkan kpd Kak Ana, SU assistant bos aku kat ofis, pada esok paginya. Mmg betul kunci tu berada di dlm beg tu. Alhamdulillah..nasib baik.


Annesa : Wanee, u boleh masuk rumah tak? Housemate u ada kat rumah tak?

Aku : Ada ada..i boleh masuk rumah, cuma tak boleh masuk bilik je sbb i duk sorang kat bilik tu. I ingt nk dtg opis semula amik kunci. Takpe i naik teksi.

Annesa : Eh takpelah, biar i hntar kunci tu ke rumah u. Takpe, i nak balik Kepong, on the way tu bole je i hntarkan. Bahaya la mlm2 ni kalau u nak naik teksi.

Aku : Eh betul ke ni Annesa? Susahkan u jek.

Annesa : Boleh..tapi u kena tunggu dlm 30 minit la, i ada keje nk kena siapkan dulu. Boleh ke?


Aku terus kata boleh walaupn aku rasa seperti menyusahkan dia. Tapi dia begitu baik utk menolongku. Itulah sebenarnya kawan, menolong kita di kala susah. Aku sangat2 berterima kasih kpdnya. Thanks Annesa..moga Allah merahmati kamu sentiasa.

Kesan daripada peristiwa ini, aku merancang utk m'buat kunci pendua. Hehehe..baru nak buat. Mesti pelik, kenapa tak buat sblum ni kan. Tu la wanee..hihihi. Lesson learned on yesterday.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space