Hafsah, dgn nick namenya, Echa, yang aku kenali dahulu seorang yang sangat kuat ketawa. Ketawanya agak pelik dan kelakar, hihihihi.. kalaulah aku boleh merakam bunyi ketawanya dahulu, mesti best kan. Emaknya adalah cikgu bahasa melayu kami semasa sekolah rendah dahulu, iaitu Cikgu Sanimah Ahmad. Aku sangat menyayangi cikgu Sanimah kerana ketegasannya dan kebaikkannya sbg seorang guru. Dengan dia lah, aku belajar menulis dgn tulisan yang cantik. Dia selalu memuji aku dan ummi kerana mempunyai tulisan yang cantik di kelas, hehe. Aku tak kan melupai kenangan ini, siapa yang boleh lupa kan? :p
Aku bertemu dgn echa di UKM, Bangi. Tapi echa kata kami pernah bertemu di Matrikulasi Tangkak, aku tidak berapa ingat tapi macam ada, haha..lupela. Di UKM, Echa dan aku telah mengenali seorang kakak, dan dia lah yg membuatkan kami bertemu semula. Thanks Kak Ela,hehe.
Ummi Sara, nama glamornya, Ummi, adalah best friend aku semasa di kelas dahulu. Kami selalu membuat kerja sekolah sama-sama dan sering berlumba untuk menyiapkan kerja masing2 terlebih dahulu. Aku suka melihat tulisannya yang cantik! Sebelum kami berpisah kerana dia berpindah ke Jelebu, Negeri Sembilan, aku telah mengambil gmbar dgn dia, dan hanya dia yang menyimpan gmbar kami sehingga kini. Aku berharap agar aku akan dapat menatap gambar itu suatu hari nanti. Aku menemui Ummi di facebook dan apa yang memeranjatkan aku, Ummi satu kolej dgn tempat adik aku belajar iaitu Unitar,Kelana Jaya! Adik aku memang mengenali ummi, tapi tidak kenal secara rapat. Kecilkan dunia ini!
Nur Azirah, adalah seorang gadis yang manis dan mempunyai seorang kembar lelaki. Azirah yang aku kenali adalah seorang yang berjiwa sastera. Dia suka menulis, seperti menulis novel dan sajak. Aku tidak pasti samada dia masih dgn jiwa sasteranya sehingga sekarang, tapi apa yang aku tahu, dia bakal menjadi salah seorang ahli di pusat perubatan Malaysia. Dia ni juga rupa-rupanya adalah saudara aku, tapi aku tidak tahu bagaimana hubungan saudara kami itu terjadi, hehehe. Aku juga menemui Azirah di facebook.
Okla, cukuplah cerita mereka, yang lain tu, Nurul, Sufi dan Haryani, aku tahu cerita diorang sejak habis belajar lagi sebab kami menamatkan darjah 6 sama-sama dan tidak berpindah ke mana-mana. Masih setia di Felda Pasak! Hihi.. Kami buat reunion kecil di KLCC. Tgkla gambar kami di bawah. Encik tunang aku kata, "budak pasak ni sepesen je mukanye..huhuhu".
Aku, ummi dan echa.
0 comments:
Post a Comment