Thursday, May 27, 2010

Roh dan Tubuh Badan

Hari ini ok sikit...tapi masih letih sperti smlm. Mungkin aku kena tido awal mlm ini, bak kata housemate aku. Tapi aku dah tertidur lepas maghrib tadi...boleh ke aku tidur awal eh..kita tgk nanti...boleh tak..hehe.

Aku baru lepas menonton cerita seram di tv3..'Roh Kembali'..hohoho. Seram..tapi penuh dgn tanda tanya..apa yang terjadi sebenarnya..apa yang akan berlaku seterusnya..best lah pendek kata, aku suka dgn cerita macam ini.

Aku suka pada dialog watak ustaz dlm cerita ni yang dilakonkan oleh Razak Ahmad. Ustaz tu kata, kita terdiri daripada dua, iaitu badan dan roh. Badan adalah tubuh badan kita, manakala roh adalah dalaman kita. Pendek kata, apa yang kita panggil sixth sense, chemistry..itulah roh sbnrnya. Kita manusia terlalu mementingkan tubuh badan sehingga kita lupa keperluan roh kita. Kita sibuk menjaga badan dgn memakai susuk la..vitamin la.. tapi adakah kita ingat keperluan roh dalaman kita? Apabila nyawa terputus daripada badan, roh yang akan kita bawa ke akhirat kelak, manakala tubuh badan akan ditanam dan dimakan ulat begitu saja. Ini membuatkn aku berfikir, sudahkah kita bersedia untuk keperluan roh kita? Kita tidak tahu bila akhirat akan tiba...hanya Allah yang Maha Mengetahui.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space