Thursday, June 17, 2010

Roh Kembali..

Ha..nak tau apa cerita roh kembali ni? Ha..ni bkn psal cerita kat tv3 tu..ini cerita benar..diceritakan oleh mama ku. Mama kata cerita benar ini berlaku di Kedah. Ceritanya bermula begini...

Ada seorang lelaki ini. Pada suatu mlm, dia tido. Mmgla tido, dh malam kan, hehe. Pada tengah mlmnya, dia terjaga. Dia berasa sangat dahaga, ada org kata haus..lapaq ayaq la ni kan, bak kata org Kedah. Tetapi dia mlm utk bangun dan minum. Lalu dia pun tido dlm keadaan yg dahaga. Slps dia tido, rohnya pun keluar dari tubuh bdnnya lalu mencari air utk diminum. Terjumpa lah satu tempayan di dlm rumah yg berisi air, lalu roh dia pun masuk la ke dlm tempayan tersebut. Tidak lama kemudian, tempayan itu pun ditutup...agaknya ada di antara ahli keluarganya yg telah menutup tempayan itu. Lalu, roh itu pun terperangkap di dlm tempayan itu.

Pendek kata, pada keesokkannya, lelaki itu tidak bangun dari tidonya. Semua ahli keluarganya telah menyangka bahawa lelaki itu telah kembali ke Rahmatullah. Menangislah seluruh ahli keluarga si laki. Ketika mayat sedang dimandikan, tiba-tiba si lelaki itu bangun. Terperanjat seluruh orang yg berada di situ. Rupa2nya, ketika itu tempayan itu dibuka dan roh lelaki itu kembali ke tubuh badan lelaki itu.

Pengajaran dari cerita ini, jika korang dahaga apabila bangun dari tido, segeralah bangun dan minum air..hehe. Jgn tahan2 ok..okla, lain kali sambung lagi.. ;-)

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space