Saturday, October 2, 2010

MAGIKA BEST!

          Salam semua.. Hari ini aku keje..huhuhu. Biasalah..keje dgn syarikat swasta, adalah sebulan sekali kena keje weekend. Dan..pada hari ini, aku pergi tgk cite MAGIKA!! ...dgn angah..hehe. Best lah..bagi aku tak boring..tak macam cerita melayu yang lain. KRU memang BEST! Buat cite ni ala-ala macam cerita Narnia..ha..korang tengok Narnia tak? Lebih kurang macam tu lah..ada dua alam. Memang bagi aku ini lah cerita Magik yang best orang melayu buat setakat ini,hehe. Korang tgklah..tak rugi aku rasa..ok jek, ada potensi untuk ke hollywood! huhu..cuma kena pertingkatkan lagi mutu filem la, tapi Not Bad! Good Job! Congrates Edry Abdul Halim sbg pengarah cerita dan adik-beradiknya yang membuat filem ini. Nak tau 
sinopsis cerita ini?

          Cerita ini mengisahkan dua orang adik-beradik yang suka bertengkar..ala...gaduh adik-beradik, biasala kan. Sapa yang tak pernah bergaduh kat cni? angkat tangan! huhu! Oklah..sambung semula.. Si adik ni (lakonan adik Fimie Don) tak suka ikut cakap kakak dia (lakonan Diana Danielle), dia merasa semua orang menyalahkan dia atas kematian arwah ibu mereka. Lalu dia pun pergi berlari ke hutan dan merajuk di sana...dahlah waktu maghrib lak tu..paham2 la kan. Kakak ni pun pergilah mencari adiknya di hutan sebab dah maghrib kan. Si adik ni mmg degil nak mampuih..ego sgt..lalu dia terdgr suara perempuan menyanyi..korang paham2 la kalo dah maghrib2 ada pempuan menyanyi..seram tak? huhu. Dia pun mencari2 lalu terjumpa sebuah perigi..dan terjatuh dalam perigi tersebut! DAN...sebenarnya dia telah masuk ke alam Bunian! Adakah kakaknya pergi mencari adiknya? apa yang terjadi selepas itu? Ha..suspen tak?? Nk tgk apa kesudahannya? Apa lagi..pergilah menonton MAGIKA di pawagam berdekatan anda! Lagu best2 tu..ni drama musikal tau..ciptaan KRU, sah2 lagunya memang BEST! Pelakon-pelakonnya pun boleh tahan! Ada Jalaludin Hassan, Ruminah Sidek, Fauziah Ahmad Daud, Adinah Noor, Aznil, KRU, Mawi, Diana Danielle, Syarifah Amani dan Aleya, Haziq, M. Nasir, Ziana Zain, Ning Baizura..ha..dan banyak lagi. Semua pelakon mantap2 nih..jgn main2.




         OKla...penat dah bercerita kat cni..(padahal menaip je kat cni..ehe) :p
Korang pergilah tengok..kalo aku cerita kat sini tak suspen lak kan..hehe. ok..chau cin cau! Salam semua! Tengok Jgn Tak Tengok!

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space