Wednesday, October 27, 2010

Suka hati je kan..

Esok aku tak keje. Ada training esok pagi kat Hotel Sheraton, dekat je dgn umah sewa aku kt kampung baru nih. Macam-macam perasaan ada..resah, tak sabar, takut..haha. Takut? xdela takut..tapi cuma..rasa semacam je dengan training esok nih. Esok aku kena pegi training SPEAK UP! Ha..training ni dia nak mengajar kita supaya konfiden bila bercakap di khalayak ramai. Aku bukan tak boleh cakap..boleh..cuma training ni untuk improve my skill la motifnya.

Macam-macam aku dengar cerita pasal trainer nya. Tak payah sebut nama kat sini. Trainer tu mat saleh and he is so mean, bak kata ofismate aku, Tee. Takda slide show, takda material. Hanya bawa diri. Pastu sapa datang lambat kena menyanyi. Ada sorang kawan aku tu kena nyanyi lagu happy birthday kuat-kuat. Slow2 mana main, tak boleh. Dahlah dia demam. Kesian dia. Pastu mat saleh ni komen pasal personaliti diri kita. Kalo nak ckp pasal ni ok je kalo biasa2. Ni tak, semua dikomennya. Spek dia komen, gigi dia komen, warna baju dia komen, baju pun dia komen, pendek kata apa-apa yang tak kena dgn diri kita ni dia komen lah. Setiap inci dilihatnya. Seram sejuk dibuatnya.

Sorang officemate aku kata, think positive Wanee! Esok satu hari je nak menghadap dia, so kalo rasa xleh terima, masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. Amik yang baik je. Ok. I think positive now! Hope tomorrow should be fine. Hehe.

Okla, esok aku cerita apa yang terjadi kat training tu. Kalo ikutkan aku tak nak update blog mlm ni sebab letih sangat, tapi nak gak bercerita sebab aku tak da tempat nak luahkan perasaan ni, hehe. Tunang aku pegi stadium tgk kwn dia main bola. Tadi dah try kol, agak bising suasana kat sana, so malas lah nak cerita, tak syok lak kan. Dia balik lambat sikit, takut aku dah tertido dulu. So aku bercerita lah kat sini dulu, hehe.

Aku ni jenis suka bercerita tapi tgk keadaan dan dengan siapa aku bercerita. Kalo orang tu banyak cakap, aku akan jadi seorang yang senyap. Kalo orang tu diam, suka mendengar, aku akan jadi seorang yang suka bercakap. Pernah beberapa kali masa date dengan tunang aku, bila senyap jap, dia akan tanya, "aik, nape senyap je ni?" Aku akan jawab xda pape. Bukan aku merajuk atau apa, tapi maybe masa tu dah xda cerita, sebab tu senyap, hehe. So ini membuatkan aku berfikir, so aku ni banyak bercakap gak la kan, sampai tunang aku tanya bila aku senyap. Hehe. Ye ke encik tunang? Silalah jwb jika anda membaca blog saya ini. ;-)

Okla, setakat ini sahaja malam ini. See ya esok! Assalamualaikum..;-)

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space