Monday, October 11, 2010

Tragedi Oktober!

     Apa mau cerita hari ni ye..hmm..hari ini aku duk umah..bercuti hari ini sebab ganti keje weekend last week. Hari ini basuh cadar...cuci kipas..kemas bilik..sapu2..baca novel..tgk tv..tgk internet.. Hmm tu je. Ok la..at least ada keje kan?

     Duk sorang2..macam ni la. Aku mula memikirkan, lepas kawin nanti, mesti banyak keje leh buat, xdela wat kerja yang sama je, kan3. Leh berkongsi2 cerita..berborak2..haha..wanee..udah2..gatal lak. Isk sorilah kawan2. Aku ni kalo dah xda cite, mmg xtau da nak cerita pasal apa. Kawin je la ceritanya sebab itulah misi aku selepas ini,huhu. Kpd sesiapa yang tak gemar membaca, sori lah eh. Nanti lain kali aku cerita hal lain lak. :p

     Kepada sesiapa yang jelez sbb aku cuti hari ini, jgn cemburu berlebihan ye, kelak tidak baik untuk kesihatanmu. Aduii...apa aku ckp ni..mula dah..

     Tetiba aku teringat pasal kemalangan yang berlaku berdekatan tol simpang ampat yang melibatkan bas ekspres smlm! Mmg tragedi oktober! Kita ingat tarikh cantik, so cantiklah semua perkara yang akan terjadi pada hari itu, tetapi malangnya tidak sama sekali. Salam takziah kepada keluarga mangsa. Agak sayu hati melihat berita di TV3 tadi. Ni yang takut nak naik bas ni. Pemandu bas di Malaysia ni bukan leh caya sgt. Walaubagaimanapun, aku tau, ada yang berhemah, ni lah kan, jatuh nila setitik, rosak susu sebelanga. Eh betul kan peribahasa aku ni? Betul kot..nak google tak sempat nih. Laptop aku asyik tertutup je dari td. Nasib baiklah blog ni ada save automatic, kalo tak penatlah jari ni nak menaip semula.

      Sebelum itu, kepada PEMANDU-pemandu BAS di MALAYSIA ini, silalah pandu dgn berhemah! Ha ni cikgu dah marah ni, sila pandu BERHEMAH ye! Ingatlah, korang membawa seramai 40 org penumpang di dlm bas itu. Masih ada yang belum berkahwin (spt aku..hehe), masih ada keluarga yang menanti kepulangan tersayang, masih ada org2 sekeliling yg sayangkan mereka. Jgnlah pandu sesuka hati, anda juga mempunyai keluarga yang menanti anda. Ingatlah pesanan penaja ini. Kpd pihak kerajaan, silalah ambil tindakan yang sewajarnya untuk mereka2 yang tidak mematuhi peraturan jalan raya spt ini. Kasihanlah kpd rakyat semua spt kami. Walaupun aku hanya dpt menyuarakan isi hati di blog ini sahaja, aku hrpkan pihak2 yang terbabit dpt mengambil langkah untuk mengatasi permasalahan ini. Lepas ni aku akan memikirkan dua tiga kali kalo nak suruh orang yang tersayang naik bas.

Ok semua warga Malaysia, salam satu Malaysia! Esok hari, pandulah kenderaan anda dgn berhemah! 

p/s : Pesanan utk diri saya sendiri juga. ;-)

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space