Friday, November 5, 2010

Butik perkahwinan...jangan terpedaya!

Assalamualaikum semua.

Ok, entri semalam aku ada janji nak cerita pasal seorang kawan aku yang pergi ke satu butik andaman di Kedah. Aku tak nak la sebut nama butik andaman tersebut, cukuplah dikenali sbg Butik B. Wah..macam cerita kisah benar dalam surat khabar lak. Tapi..mmg kesah benar pun. Hehe.

Kawan aku ni akan melangsungkan pernikahannya 1 Januari 2011. Dia ni orang Kedah. Jadi bulan lepas dia pun pergilah balik kampung, nak pergi tempah butik dan baju semua la kan sbg persiapan utk majlis perkahwinannya ni. Dia dan tunangnya pergi ke satu butik ini. Dia kata, baju-baju dalam butik tu memang cantik. Masuk-masuk je, dia nampak sorang pempuan muda dalam kedai tu iaitu owner kedai tu la kot. Tp xtau la kan betul ke owner, maybe pembantu agaknya. Bila saja kwn aku masuk, pempuan tu tak layan pun, buat dek je. Kwn aku ni lah yang terhegeh2 pergi kat pempuan tu bgtau nak survey pelamin dan baju.

Pempuan tu kata, "Pegilah duduk kat meja tu, ada tu buku2 atas tu. Tgklah".

Kwn aku rasa bengang sikit dgn cara dia layan, tapi kwn aku ni sabar lagi. Bila dah duduk, tunang kwn aku ni bisik pelan2 kat kwn aku tu, "panaslah". Pastu pempuan tu dgr, dia pergi bukak aircond. Baru nak bukak. Memang panas kwn aku kata. Kedai tu tertutup, xda kipas. Memang la panas. Pastu pembantu tu dtg, dia kata, "Tu ha, lemak banyak, memang la panas", sambil matanya menjeling ke arah tunang kwn aku tu. Tp tunangnya tak perasan. Kwn aku yg perasan. Ok..sabar lagi.

Kwn aku ckp, "cantiklah make-up kat gambar ni kan". Pempuan muda tu balas, "memanglah cantik, tgklah pengantinnya, kulit cerah, putih. Kalo make-up kat org kulit gelap, belum tentu cantik sama mcm tu". Perkataan "gelap" itu merujuk kpd kawan aku sebenarnya. Eeeiii..jahatnya mulut. Dia ingat dia tu diva ke nak ngata org mcm tu ha? Aku pantang dgn orang yang perasan dirinya cantik, pastu kutuk orang lain. Rupa paras itu semua ciptaan Allah. Sama lah maknanya sebenarnya dia mengutuk ciptaan Allah. Astagfirullahhala'zim..

Lepas tu kawan aku hanya tersenyum dan memandang tunangnya. Tunangnya tak perasan kot, buat dek je. Lelaki..kdg2 mana perasan. Tapi encik tunang aku akan perasan, sebab dia sgt sensitif dan mempunyai deria pendengaran dan perasaan yang sgt tinggi! Hehe. Jgn marah my love. Ni puji, bukan kutuk tau. ;-)

Terus kawan aku keluar dari kedai tu dan pergi ke butik lain. Sampai saje dia ke butik lagi satu, tu dia, dia disambut dengan penuh mesra dan pemilik kedai tu sangat2 peramah. Mulut pot pet cerita dari awal smpai akhir. Pandai amik hati, kwn aku kata. Kwn aku sgt happy dgn layanan tuan kedai tu. Macam tu baguslah kan, kita nak pelanggan datang kedai kita, beli brangan kita,kenalah pandai jaga hati pelanggan.

Pastu kawan aku tanya kat pemilik kedai tu, kenal tak dengan pemilik butik lagi satu tu. Dia kata kenal. Tapi kwn aku tak berani cakap banyak2. Karang rupanya kwn baik, mampuih! Huhu. Pastu maybe dia perasan riak muka kawan aku lain. Dia terus cerita, dulu dia ada sorang pelanggan, yang tempah make-up dia, tapi baju amik kat kedai tu. Masa hari tu, pelanggan dia ni, dtglah kedai dia nak make-up, bdk pempuan tu pun ikut skali sbb pelanggan tu pkai baju pengantin kt butik dia. Pastu bila make-up dah siap, pempuan tu amik gambar makeup pengantin tu dan letak kat album dia kat butik tu. Huh? terkejut aku dengar. Biar betul..tak baik macam tu kan. Ya Allah..aku doa..butik yang aku dah pilih tu, janganlah macam tu. Takut gak kan. Macam2 orang buat skrg ni kalo nak kaut untung.

Oklah..tu je ceritanya. Aku bukan nak kutuk atau mengata, tapi amik cerita ini sebagai teladan. Kepada bakal-bakal pengantin, berhati-hatilah ketika memilih butik andaman pengantin anda. Survey dulu dan pilihlah yang terbaik untuk majlis anda. Lagi satu..bersederhanalah dalam apa jua keadaan. Tak semestinya yang paling mahal adalah yang terbaik.;-)

Orait...jumpa lagi di entri berikutnya. Selamat malam!

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space