Sunday, November 7, 2010

Hari ini pe cite?

Assalamualaikum semua..

Seperti yang aku bgtau entri sblm ni, aku keje hari ni, huhu. Masuk keje pukul 7pagi..balik pukul 4 petang. Tak pernah rasa balik awal macam ni, hehe. Eh awal tau, kalo tak selalu aku balik kul 5 lebih..kekadang sampai 7 lebih baru balik. Orang bujang kata kan..nanti bila dah kawin InsyaAllah takdalah mcm ni, huhu. Encik tunang aku pun terkejut tadi bila aku kol. Aku akan kol dia bila aku on the way balik. 

So dia ckp, "Eh, dah nak balik ke? Awalnya? Hehe", dia gelak. 

"Aik, org balik awal pun tak leh ke?" aku balas. Haha. So memang dah sah2 aku mmg balik lambat selalu, hehe.

On the way nak balik tadi, aku singgah Cold Storage kt KLCC tu kejap, nak beli makanan sikit. Sebelum turun ke KLCC, aku lalu depan Hall mula2 kat KL Convention Center tu. Ada pameran Incraft Style in Malaysia kat situ. Incraft itu adalah singkatan untuk "Indonesia Craft". Pameran dalam hall itu merupakan pameran kain-kain, baju blouse wanita, kemeja laki dan kraf dari Indonesia. Pameran itu dari butik-butik terkenal kat sana lah pendek kata. Aku pun masuk lah, masuk percuma kan. Saja jalan2 nak cuci mata. Huhu.

Sebaik saja aku masuk ke dalam pameran ni, terus aku bau bauan dari Indonesia. Suasana pun seperti di Indonesia, sehingga aku fikir, aku ni berada di Malaysia atau Indonesia? Hehe. Aku terus berjalan dan nampak satu baju sifon ala-ala kaftan, fesyen terkini yang sedang naik di Malaysia, tapi tak popular lagi skrg ni. Aku pun bertanya kat akak yang jaga booth tu.

"Ini berapa ya harganya?" tetiba aku berckp spt loghat Indonesia. "Aik, lidah aku ni biar betul?"

"Harganya RM200". Mak aiii...kain macam simple mcm tu pun RM200. Aku rasa tak sampai  dua ratus sepatutnya. Tapi ye la, dia kan terbang dari sana ke sini. So untung mesti mau lebih sihh.. Tapi yang aku pelik, loghat dia tak macam Indonesia, betul!! Macam org sini, aku buat muka pelik. Nak je aku tanya dia ni dari Indonesia atau Malaysia. Sebenarnya aku atau dia orang Indonesia nih? Macam aku lak, haha!

Pastu dia cerita, baju ni, tahun dpn baru popular kt Malaysia agaknya. Skrg ni sgt popular kt Indonesia. Owh..aku hanya menganggukkn kepala. Memang cantik. Tapi takpelah, hehe. Pastu kain yang belum siap, harganya RM500. Aik, dah siap lagi murah dari yang belum siap. Ok, no komen.

Pastu aku berjalan-jalan dan terus balik. Takda apa yang menarik. Baik aku pergi Bandung ke...Medan ke..suatu hari nanti. Baik beli kain atau barang kat sana, lagi murah. Hehe.

On the way aku drive balik, ada satu kete ni telah membuatkan aku terkejut. Masa kat traffic light sebelah Masjid Jamek Kampung Baru tu, selepas lampu hijau aku pun mula nak bergerak. Tiba-tiba ada satu kereta kat lane sebelah aku yang tetiba memecut dengan bunyi macam bunyi kereta racing. Whooooomm!!!

Terkejut sekejap aku. Astaghfirullahala'zim.. Kereta ni memang nak kena dengan aku. Haih. Okla..aku dah takda mood nak menaip, tiba2 ada cerita hindustan best. Hehe. Chow dulu! Esok sembang lagi. Tata! Salam. ;-)

4 comments:

Nurul Hajar said...

waneee...aja tau bj kaftan tu cmne .. aja ada beli satu masa kat bandung.. kl wanee nk tau, harga kl beli kat sana duit malaysia Rm 50 je.. kat malaysia dorang jual mmg mahal. nape ntah... 4 kali ganda.. tp mmmg cantik.. so mmg patut pergi shopping kat bandung je..

:: wanee :: said...

Ha ye ke Hajar? Pandai tul diorang ni, jual 4 kali ganda kt Malaysia. Hmm mybe sbb nak bayar tambang balik sana kot..sbb wt pameran kt kl convention center tu, sewa mahal tu. So..bila hajar gi sana lagi? Hehe

Nurul Hajar said...

hehehe.. wanee nk ke? aja ada ni ha. yg aja beli haritu, tak pakai.. sebab cm pelik je bila pakai.hehhee..

:: wanee :: said...

La pelik ke? Aja pkai dah pelik..kte pakai lagi pelik..huhuhu.

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space