Tuesday, November 2, 2010

Lambaian Kaabah

Salam kawan2 semua. Dah 4 hari aku tak update blog ni. Sebab...aku balik kampung! Hehehe. Aku balik jumaat malam sabtu bersama adik dan tunangku dan sampai ke Felda Pasak, Kota Tinggi pada jam tepat 2 pagi Sabtu. Kepulangan kami disambut oleh datuk, nenek, ayah dan mama. Kepulangan kami kali ini adalah kerana mama dan ayah akan pergi menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu mengerjakan haji. Alhamdulillah...akhirnya mama dan ayah dapat juga mengerjakan haji pada tahun ini setelah menunggu selama beberapa tahun.

Aku dapat melihat wajah keletihan mama dan ayah semasa kami sampai. Ye la, sibuk melayan tetamu yang hadir ke rumah pada setiap malam kerana ingin berjumpa dengan diorang sebelum diorang pergi menunaikan haji. Aku rasa seronok kerana dapat berkongsi kegembiraan bersama mama dan ayah. Aku suka mendengar ayah aku bercerita tentang apa yang dia akan buat selama di sana nanti. Masa mendengar, aku rasa sgt teruja dan kagum. Pape pun, aku rasa bersyukur sangat dengan apa yang telah Allah kurniakan kpd ayah dan mamaku.

Aku dapat lihat mama dan ayah telah bersedia untuk mengerjakan haji. Perasaan tidak sabar, seronok semua ada. Masa malam 30 Oktober, aku tolong mama..tolong apa? tolong tengok je..hahaha. Tolong tgk dia mengemas beg. Tinggal sikit je lagi barang2. Malam tu semua ada kat rumah. Adik-beradik ayah, sepupu2 semua ada..kecuali adik beradik mama, ye la, diorang kt Penang kan, jauh tu. Macam raya pun ada, huhu.

Malam tu ayah aku pesan kat aku, 'Along, tgk2kan angah dan amirul tau. Bantu mereka mana yang patut. Ayah serahkan tanggungjawab jaga adik2 kat along sementara mama ayah takda ni. Jaga adik2 ye'. Baik ayah. Aku rasa sebak masa ni. Aku dapat rasakan tanggungjwb yang bakal dipikul. InsyaAllah ayah..mama. Jangan risau, along akan jaga mereka sebaik2nya. Along akan call mereka sekerap mungkin, sebagaimana mama dan ayah buat selalu. Mama dan ayah tumpukanlah perhatian untuk mengerjakan haji k.

Esoknya, 31 Oktober, kami semua menghantr mama ayah ke kota tinggi selepas zohor, diorang sewa van 6 orang ke Tabung Haji Kelana Jaya sebelum bertolak ke KLIA pada mlmnya. Sebelum kami bertolak ke kota, pakcik aku suruh encik tunangku untuk melaungkan azan semasa kami berkumpul di dpn rumah. hehehe...aku duk tahan gelak je tgk tunang aku. Terkejut pun ada, ye la..bakal menantu tak lama lagi kan..hehehe. Tapi kami sarankan agar adik lelaki aku sendiri yang melaungkan azan, lebih baik. Semasa berkumpul di dpn rumah, aku dapat melihat wajah tenang dan nur terpancar pada ayah dan mamaku. Sejuk rasa, alhamdulillah. Aku redha Ya Allah. Selepas pakcik aku membaca doa, lalu adik aku pun melaungkan azan. Aku rasa sungguh sayu bila mendgr..aku dpt lihat air mata mama mengalir, ayah aku..aku tau dia pun menahan perasaan. Mesti tak sangka adik aku akan melaungkan azan. 

Kami memang tak bagitau, saja nak wat surprise,hehe. Aku tabik lah dengan amirul..adik laki aku ni, moga adikku menjadi seorang yang berguna kpd bangsa, agama dan negara kelak..juga kpd keluarga..itulah doa aku, juga doa mama ku untuk dia semasa di tanah suci nanti.

Semasa di kota, sekali lagi doa dibaca oleh ustaz yang menguruskan jemaah haji. Ayat di bawah dibaca oleh ustaz dan kami menyambutnya. Semasa itu, aku sangat terasa..menusuk ke dalam jiwa..seperti kaabah telah memanggil untuk datang ke sana. Aku berdoa agar umur aku dilanjutkan semoga satu hari nanti, aku dpt dtg ke sana sebagai tetamu Allah bersama suamiku. InsyaAllah aminn..

Labbaikallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak

Suasana sayu menyelubungi kami semua..lebih-lebih lagi adik pempuan aku. Dia tu nampak je ganas, tp dalamnya lembut. Awal2 lagi bukan main dia ingatkan aku jgn nangis, last2 dia yang nangis teruk, huhu. Manjaa adik aku tu..;-) Aku pun manja gak tau, hehe. Gambar di bawah adalah gambar mama dan ayah sebelum mereka bertolak. Gambar yg kedua adalah gambar kami semua, ada 6 org lg yang xda kt gambar kedua ni. Mana ntah menghilang.





Sebaik saja van bergerak, kami pun mengikut balik ke KL. Van menuju ke Tabung Haji kelana jaya. Dari sana, mama dan ayahku bersiap2 dan menaiki bas pukul 9mlm kalo aku tak silap. Sebab kena lapor diri kat KLIA pukul 11malam..2 jam sebelum flight bertolak. Mereka telah bertolak pagi tadi, 1 November jam 1.30pagi dari KLIA. Aku kira2, mereka smpai sana dalam pukul 10pagi Malaysia.

Aku doakan semoga mama dan ayah dapat mengerjakan haji dengan tenang, sempurna dan sihat walafiat. Semoga mereka mendapat Haji Mabrur, InsyaAllah..aminn.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space