Wednesday, November 3, 2010

Perangai manusia pelbagai ragam dan nasihat

Hari ni aku nak cerita pasal keje aku kat ofis tuh. Cerita tentang seorang business user yang sudah buat aku kelam kabut hari ini. Ceritanya begini, minggu lepas dia kata dia nak aku settlekan satu task ni 8 Nov, mksudnya Isnin depan la kan. Pastu semalam aku datang ofis, dia kata nak hari khamis, before noon. Ok..aku sabar lagi walaupun dah rasa geram sikit. Pastu tadi, tup tup dia nak hari ni sblum 5pm. Bgtau pukul 11am. Aduh..kelam kabut aku dibuatnya. Nak je ckp tak boleh, tapi gaya dia membuatkan aku rasa menyampah dan baik aku settlekan hari ni, so esok dia x ganggu aku lagi. Lega aku rasa bila aku dpt siapkan tadi. Think positive Wanee! Aku pikir, bagus gak, so settle dah satu keje kan. Tapi tu la, keje lain lak tertangguh, haih..penat melayan kerenah manusia ni. Mcm2 perangai dan sikap.

Lagi satu aku tak suka sikap manusia yang poyo...poyo biasa2 xpe, ni poyo berlagak. Konon dia bagus sangat. Ingat dia tu popular sangat. Bagus sangat la tuh. Aku tak suka org yang memandang rendah kat orang lain. Cukup sensitif bagi aku, mungkin org lain ada yang x kesah. Tp aku tak boleh. Lagi pun sikap memandang rendah org lain cukup tidak disenangi ramai. Betul x? Aku xtau la korang kan.. Sapa yang terasa pedas, dia la yang makan cili la maknanya ye.

Aku saje nak luahkan kat sini. Sebab aku tak sanggup nak ckp dgn dia depan2. Dia tu bukan sesapa, kwn aku jugak, dah lama kenal. Tak sangka perangai dia macam tu. Aku pun terkejut. Encik tunang aku yang baru kenal dia pun terkejut dan terus tak suka dengan sikap dia. Ye la..pttnya jgnlah wat mcm tu, first impression org dah leh teka kita ni macam mana. Aku tak salahkn tunang aku kalo dia tak suka, tp sbb dia adalah kwn aku, aku terima sikap dia seadanya, cuma next time, kalo aku tak tahan, aku lepas je. Jgn main2 dgn aku, tgk je aku ni mcam ikut je kehendak orang, mcm baik, skema, tapi disebaliknya tersirat sikap aku yang lain, haha. Aku tak nak cakap kat sini apa yang dia buat, nanti org tau siapa, hehe. Aku xnklah ckp kt sini siapa org tu. Biarlah rahsia. Aku harap moga dia diberi petunjuk kelak supaya berubah sikap. Itu je lah doa aku untuk dia. Cukup2 lah.

Lagi satu aku tak suka dengan orang yang berlagak macam dia bagus sangat. Eh sama je la dgn yang atas ye tak? Tapi yang ni lain sikit. Bagus camana eh...macam..dia je yang tau semua. Macam dia je yang pandai..org lain tak pandai. Jgnlah macam tu kawan. Tapi lebih kurang je la dengan yang atas.

Ingatlah, kita ni semua sama saje di sisi Allah. Bila sembahyang, semua manusia sama saje, pempuan pakai telekung, lelaki pakai songkok. Ada ke yang pkai telekung 'blink blink' menunjukkan darjat dia tinggi dari yang lain? Mana ada.. Yang membezakan kita cumalah iman dan taqwa. Aku harap sgt2, jgnlah begitu kawan. Aku harap moga Allah memberi petunjuk kepada mereka2 yang berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space