Sunday, November 7, 2010

Tengah buat apa? AF? Astro?

Tadi encik tunang aku tanya, tengah buat apa? Aku jwb tgh tgk facebook dengan searching rumah kat internet. Jangan salah faham, bukan aku nak beli rumah, aku tengah survey umah aku nak tinggal lepas kawin nanti. Target Ampang..tapi paham2 lah, umah kat ampang mahal weh. Hmm..aku pun saja la searching kat iproperty, tapi tak jumpa yang sesuai. Budget nak sewa pun tak lah sampai seribu, tak mampu akak dgn abang, haha. So kalo ada sesapa yang ada info pasal rumah sewa kat kl ni, bgtau la eh. Kawasan sekitar KL atau Seri Kembangan. Kalo dpt landed ok gak, tapi kalo apartment pun ok. Bukan nak tinggal tetap pun. ;-)

Pastu encik tunang tanya, tak update blog ke? Aku jawab penat mlm ni, mlm ni baca blog orang ada lah, hehe. Aku jwb, kalo update hari-hari pun takut orang boring nak baca..huhu. Tunang aku kata, dia tak boring pun baca, seronok je. Huhu. Ye ke..thank you dear.. Entahlah, aku pun xtau orang lain baca boring ke tak. Masing-masing ada pendpt sendiri, hehe. Suka hatilah, nak baca, baca. Kalo bosan takyah baca. Haha.

Pastu encik tunang aku terdengar suara org menyanyi kat belakang. Dia tanya sapa nyanyi, aku kata budak2 AF8 ni ha. Aku tgh bukak Astro Ria, ada konsert Reunion AF8. Aku bkn tgk pun, mata menghadap laptop, cuma dgr org menyanyi je. Sja xnk sunyi sgt kat bilik ni, huhu. Lepas habis bercakap kat tepon, baru aku tgk tv nih. Sian dia, xda org tgk. Bazir elektrik je kan, hehe. So aku tgklah.

Aku tgk ramai giler orang dtg konsert ni. Tua muda, besar kecil semua ada. Bila artis nyanyi lagu mereka, penonton pun turut menyanyi. Sampai gerak-gerak tangan. Meriah betul. Aku suka shahir, iwan, daus dgn adira menyanyi. Huhu. Diorang sempoi. Yang lain tu okla. Aku ni pun bknnya peminat AF. Tahun ni baru aku tgk AF ni. Sebelum ni AF1-AF7 aku tak tgk pun, baca paper je, ataupun dgr kwn2 dgn family cerita. Kalo tak aku xtau pun sapa penyanyi, lagu apa sedap. Haha. Aku tak tgk sebab xda astro. Masa zaman AF seblm ni, kt umah aku xda astro, pastu gi sambung belajar, pun mana astro kat Universiti tu. Tahun ni barulah dpt tgk Astro, kesian kan aku, hehe. Aku pasang Astro ni pun sbb housemate aku kata, kawasan rumah kitaorg ni, ada Astro baru clear. Kalo pasang channel biasa, siaran tak jelas. Macam2. Bagi aku, kalo dpt tgk, tgklah. Kalo tak xpe. Aku tak kesah pun. Benda2 mcm ni, bukan satu keperluan pun. Aku amat mementingkan keperluan. Itu aku. ;-)

Haih, dah sampai ke Astro ceritanya. Sebenarnya aku nak cerita pasal lain, haha. Takpelah, lain kali la aku cerita. Dah pukul 11.55mlm skrg. Esok aku keje. Nape keje? Sebab dah kena keje, huhu. Disebabkan keje weekend ni, aku dptlah amik cuti replacement untuk raya haji nanti. Best2! 

Ok kengkawan, selamat malam semua! Salam seribu satu malam!

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space