Wednesday, November 3, 2010

Wedding preparation

Assalamualaikum.

Malam ni aku buat 2 entri sebab entri ni aku nak cerita pasal my wedding preparation. Yahuuu! Tinggal 4 bulan 1 minggu 2 hari saja lagi! Sebelum mama dan ayah berangkat ke Mekah, mereka ada berpesan sikit2 mengenai persediaan perkahwinan kami. Ketetapan adalah seperti di bawah :

Tarikh nikah     : tak ditetapkan lagi. Maybe 11 March mlm..atau 12 March pagi.
Tarikh resepsi   : 12hb March (kpd kwn2, sila book tarikh ni utk attend my wedding..hehe)
Lokasi              : rumah pengantin perempuan (alamat akan diberitahu kemudian)
Masa                : 11pagi-5petang
Aturcara majlis  : belum ditentukan lagi. akan diberitahu kemudian.
Tema warna      : Purple

So, mama kata, aku hanya uruskan hal di bawah saja.

Hantaran
Barang2 hantaran aku dah beli, tinggal 2 barang je lagi. Leh settle kemudian. Aku dah jumpa kedai yang boleh buat hantaran aku. Mesti ada yang trtanya2, kenapa nak bg kedai buat? Selalu orang buat sendiri, sedara-mara buat....sebab....nanti kat rumah semua orang busy. Masing2 ada tugas tersendiri. Jadi aku pun xnk pening kepala, mama pun tak pening, dan tak susahkan org lain. Xpela, banyak lagi kerja lain kt umah tu nanti. Cuma sirih junjung saje yang mama aku sendiri akan buat. Hari tu aku tunjuk majalah pengantin kat dia, ternampak satu gubahan ni, terus dia offer nak buat sendiri! Sebab mama aku ni suka gubah bunga kalo nak tau..hehe. So okla, aku serahkan sirih junjung ni kat mama. Thanks Mama! Muah2 ;-)

Kad jemputan
Setelah survey sejak sekian lama, haha tahun ni sbnrnya, mcm lama je kan, so aku dah jumpa satu kedai yang boleh menawarkan hrga yang berpatutan dan kad yang cantik. Nanti aku bgtau kedai apa bila aku dah pergi sendiri. Untuk sesapa yang berminat la kan. Ni pun aku dgr dari pendapat kwn2 yang sudah dan bakal mendirikan rumah tangga. Kedai tu kat KL je..xdela jauh mana sbb aku pun duk KL, so senang nak deal. Xmolah jauh2..dkt2 sudah..asal hrga berpatutan dan cantik. ;-) Bak kata mama dan ayah aku, biar simple dan cantik.

Fotografer
Yang ni pun aku dah jumpa. Ada kat facebook kalo nak tau. Tapi biar aku deal dulu, kalo ok, baru aku bgtau sapa. Bkn sesapa, team nya kwn aku jugak. Harganya berpatutan. Tak mahal macam fotografer lain yang sampai RM2000++. Tak mampu akak, haha. Aku dah tgk gambarnya. Aku suka. Walaupun aku rasa xdelah macam gambar fotografer yang hebat2, tapi bagi aku cukuplah untuk tatapan semua. Bagi aku memori yang paling indah adalah memori yg terdpt di ingatan. Harga fotografer tidak menggambarkan kebahagiaan, bak kata encik tunang, haha. Lagipun encik tunang aku pandai mengedit gambar, bg aku, dia edit lagi cantik. TERBAEK punya! So dia leh je edit gambar kami nanti, hehe. Encik tunang aku ni, kalo boleh dia sendiri nak amik gambar, isk3..pelik tul. Cane tu..cite sikit encik tunang, haha.

Pengapit
Pun dah ada, cousin aku sendiri. Dia sgt teruja bila aku bgtau baru2 ni. Yela, sapa xnk jd pengapit kan. Tapi adik aku pelik, dia tak nak. Sebab dia nak jd org dapur. Kalo boleh dia nak pkai suar, t-shirt dgn tuala kendarat di sangkut di bahu. Adehhh! Ni la adik pempuan aku, dia ni nampak je lasak, tapi hatinya sangat baik. Aku sgt menghargai niatnya untuk memberi sepenuh tenaga kpd majlis aku. Dia kata, kakak angah sorang je. Angah nak buat yang terbaik untuk majlis along. Huhuhu! Aku terharu! Thanks angah, moga Allah merahmati kamu..muahh2!

Mak andam, pelamin, baju
Sudah juga. Aku dah pergi booking dgn mama aku masa raya hari tu. So satu pakej lengkap smua! Make-up 3x, pelamin, baju 3 pasang, hiasan katil dan meja makan beradab. Make-up aku amik mak andam tu jugak. Bagi aku, sesapa yang make up pun cantik, yang penting seri muka itu ye. Hehe. So bln 12 ni gi pilih pelamin dan baju. Tak sabar rasa, jom encik tunang!

Tuk kadi dan borang
Tuk kadi jgn lupa! Ayah aku dah pesan, bulan 12 ni jangan lupa gi isi borang nak nikah, haha. Kalo smua siap, tuk kadi xda, xleh nikah gak, hehe. Kursus kawin dah pergi, sijil dah ada, so jgn risau, InsyaAllah semua beres, hehe.

Door gift, bunga telur, bunga pahar dan lain-lain, mama yang akan uruskan. Tempahan makanan, khemah dan PA system, ayah yang akan uruskan. Kami tak guna catering, tapi menggunakan kepakaran org kampung utk memasak. Ada team memasak kt felda aku ni, so ayah aku akan settlekan dgn diorang. Kitaorg kat sini masih lagi mengamalkan sikap tolong-menolong antra satu sama lain. Bkn aku nak ckp kat bandar tak, tp dah kurang lah amalan sebegini kat kawasan bandar. Lagi apa eh...hmm..kalau rasa ada yang tertinggal bgtau la. Aku rasa ni je kot. Bulan Madu! Hehe..takyahlah cite kat sini. Itu biarlah menjadi rahsia kami dahulu. Lepas honeymoon baru leh cerita, hehe.

Senarai jemputan pun dah buat. Aku harap aku tak tertinggal sesiapa. Kawan2 aku dah senaraikan, kawan dari kecik sampai ke besar..haha.

Ha aku tertinggal pasal adik lelaki aku. Dia ni nak sangat buat persembahan silat kat majlis aku nanti. Dia ni join persatuan silat kat sekolah. Caya lah amirul! Pastu dia nak menyanyi lak dgn pasangan duet dia kat sekolah kat majlis aku nnti. Hehehe. Dia ni kiranya AJK Kebudayaan utk majlis aku nanti la, hehe. Adik aku ni, kalo korang tgk, mesti x caya dia ni pandai silat. Dia ni manja. Tapi inilah amirul, adik laki aku sorang. Dia pun excited, cuma tak tunjuk je. Tapi aku xtaula betul ke dia nak menyanyi kan sbb busy nnti kan. Silat tu confirm.

Aku rasa ni je la. Dah penat nak taip panjang2, cukup lah, hehe. Next time i will story again for my next wedding preparation. Kalo orang tgk aku ni, rileks je. Asyik menanya je kawan2 aku. Wanee, bila nak kawin? Bila nak kawin? Sebab aku tunang agak lama. Bkn apa, kami mengumpul duit sbnrnya. Ingat senang ke nak kawin ni? Lagi2 life lepas kawin, lagi banyak nk pkai duit. So majlis aku ni, aku buat sederhana saja. Bagi aku yang penting, kebahagiaan selepas berkahwin, bukan semasa berkahwin,haha. Apa aku merepek ni.

Aku malas nak cerita panjang2, so sesiapa yang nak tau, bacalah blog ni. Aku ni suka wat kerja senyap2, xnk bgtau orang. Tapi dah ramai duk bertanya, aku cerita kat sini, korang bacalah sendiri eh. Okla, mata sudah mengantuk, aku nak tidur. Esok aku cerita lagi. Selamat malam semua! ;-)

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space