Wednesday, March 2, 2011

8 hari lagi..;-)

Assalamualaikum semua..lama sudah aku tak update blog ni kan. Busy ler...huhuhuhu. Encik tunang pun dah tegur nape tak update. Dia kan pembaca setia blog aku ni. Hehe.

Tolak hari ni....lagi 8 hari sebelum hari bersejarah. Hah! Dup dap dup dap! nape agaknye ek..hmm. Kwn2 kata, memang macam ni. Nanti bila dah tiba harinya, sekejap je rasa. Tetiba dah jadi isteri orang. Boleh tak, hehe. Kawan2 kat opis ni sibuk nak wat parti kononnya. Parti sebelum wanee bergelar PUAN. Isk korang ni...buatlah majlis doa selamat..kan bagus gitu..kan kan kan. Moga majlis berjalan dgn lancar nanti..aminn~

Bagi kawan yang sudah berkahwin, mereka pula telah memberi nasihat yang sgt berguna sebagai panduan untuk memikul tanggungjwb sbg isteri. Baguslah kwn2 ni..alhamdulillah.. Encik tunang pun ada bercerita pasal kawan2 dia. Pelbagai nasihat telah diberikan. Bila aku tanya, encik tunang xnk bgtau. Rahsia lelaki katanya. Apa la yang dinasihatkan tu ek? Agak2 apa?

Aku rasa sekejap je masa berlalu. Makin dihitung hari, makin dekat harinya. Wanee..tak lama lagi kau nak jadi isteri encik ejan tau..tak leh nakal2 dah..hehe. Eh aku nakal ke selama ni? Jangan melawan ckp suami....hormati suami

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.Tapi si suami pula jgnlah mengambil kesempatan ye. 

Ha aku baru jumpa satu post ni. Selalu jumpa untuk para isteri je. Rupanya untuk para suami pun ada. ok2, mari kita membaca!

1 comments:

lovelyadibah said...

gudluck wani!!:) sonoknyer!

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space