Friday, March 25, 2011

My Wedding Story..110311

Assalamualaikum semua..

Sori sebab dah lama tak update blog nih. Busy bangatttt dengan persiapan perkahwinan sebelum berlangsungnya majlis pernikahan dan perkahwinan aku dan suamiku. opppssss! Suamiku...ahakz! Kini aku telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Mohd Sahrizan Bin Sahrudin. Alhamdulillah..;-)

Tanggal 11 Mac 2011, hari Jumaat, jam 5.55 petang, aku telah sah menjadi isteri kepada suamiku kini. Lama gak nak tunggu tau. Tok imam ni tanya banyak giler soalan kepada suamiku. Alhamdulillah nasib baik suamiku dpt menjawab semua soalan dengan bijak. Hehehe. Pelbagai perasaan bergabung di dalam lubuk hatiku pada masa itu. Huhu. Yela..neves tau. Kwn baikku, Syikin duduk di depan pintu bilikku. Aku lihat dia tersenyum. Dia bagi isyarat padaku, 'takda apa2 wanee..semuanya ok..' sambil tersenyum. Aku tersenyum memandang syikin. Masa itu aku berkata, 'terima kasih syikin'. Sanggup dia dtg dari KL dan bermlm di kota tinggi semata-mata nak tgk aku nikah pada petang jumaat itu.

"Syikin, kte mtk maaf sbb tak dpt nk layan borak dgn syikin. Btw, thank you so much syikin!"

Gambar di bawah menunjukkan saat-saat sebelum aku bernikah. Sesi soal jawab bersama tok imam, hehe. Gambar kedua pula menunjukkan saat selepas bernikah. Aku mengalirkan air mata kegembiraan.;-)







Bawah ini pula adalah gambar pelaminku...agak2 korang berapa ye harga servis untuk pelamin, hiasan bilik, meja makan beradab, baju tiga pasang dan make-up tiga kali untuk majlis ku ini? Ramai gak yang terkejut sebab harganya murah daripada biasa dan berbaloi-baloi...sapa nak tau, PM me k. Sesiapa yang tinggal di kota tinggi, bolehlah dapatkan khidmat andaman di kedai andaman ini dengan harga yang berpatutan. Tapi aku tak pastilah kalo harganya makin bertambah mengikut tahun kan. Belum cuba belum tau...;-)




Gambar di bawah pula adalah sewaktu malam berinai selepas majlis pernikahan. Ssshhh..hehe.










Gambar di bawah ini pula adalah gambar outdoor kami. Sebenarnya ada satu lagi baju warna purple waktu kami bersanding hari Sabtu, tapi gambarnya takda pada aku lagi. Fotografer tak bagi lagi.




Jadi akhirnya, kami telah sah menjadi suami dan isteri. Like my friend told me, "Wanee, finally you had go to the next step in your life!"

Yeap betul. Alhamdulillah..aku bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan ini.

"Ya Allah Ya Tuhanku, moga perkahwinan aku dan suamiku ini berkekalan bahagia hingga ke anak cucu kami dan hingga ke syurga. Mekarkanlah perasaan cinta, kasih, dan sayang antara kami, tabahkan hati kami untuk melalui perjalanan hidup dalam perkahwinan ini dan tetapkanlah hati kami supaya kami tidak berpaling di antara satu sama lain. Ya Allah, makbulkanlah doaku ini."

Amin...

2 comments:

lovelyadibah said...

cantik nyer wani!!!!congrats!!sorry xdpt dtg ms wani kawin hari 2..

:: wanee :: said...

hehe thanks Dibah..;-) Xpe..;-) Doakan kebahagiaan kami ye. Aminn.

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space