Sunday, April 3, 2011

Pegang tangan dapat pahala?

Suamiku telah datang ke KL minggu ini...yeay! Sukenya akuuuu....huhu. Windu tau.

Kami pergi berdating di MidValey KL...tengok wayang..cite sucker punch. Bestla cerita dia, not bad for us. Lepas tgk wayang, kami makan ais krim McD. Aku mcm biasa...suka aiskrim vanila yang singgit tuh. My hubby suka yg bersalut coklat. Perbezaan di antara kami, aku tak gemar coklat, suamiku gemar sangat coklat. Hihi. Terbalik kan, selalunya pempuan yang suka coklat, kuikui.

Sambil makan ais krim, kami berborak2...ketawa2..buat lawak dan tengok orang disekeliling. Tetiba suami aku bersuara..

"Yang, abang rasa nikmat betul selepas berkahwin ni. Kita berpegangan tangan dapat pahala. Tgk couple bdk2 muda tu, pegang tangan dapat dosa."

Aku tergamam sekejap. Lantas aku tersenyum. Betul2, aku balas. ;-)

Aku suka statement suami aku ni. Kepada rakan-rakan dan pembaca yang belum berkahwin dan sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga, cpt2 lah berkahwin. Memang nikmat tau. Semua kita buat untuk pasangan kita dapat pahala tau. 

Lihat mata dia, pegang tangan dia, senyum kat dia, hormati dia, buat dia senang hati.....semua dapat pahala. Dr. Fadzilah Kamsah sendiri pernah berkata, bila anda berpegangan tangan dgn suami atau isteri anda, gugur dosa-dosa kecil kita. Alhamdulillah..nikmattt..;-)

Betul kan abang?

Aku tau suami aku akan membaca blog ini. Pesan untuk abang.....

...Abang keje elok2 tau...;-)

1 comments:

Adzrien Shoppe said...

setujulah sangat

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space