Monday, November 5, 2012

Blog baru!

Assalamualaikum semua!

Saya ada blog baru seperti kat bawah ni. Blog ini nak ditutup. Jadilah follower blog baru saya ye. Terima kasih!


http://cengkerikhati.blogspot.com/

Sunday, September 11, 2011

First raya bersama suami tercinta..:D

Assalamualaikum semua..maaf sebab dah tak lama update blog. La ni..nak bercerita pengalamn pertamaku beraya bersama suami tercinta..hehe. Pengalaman pertama tu..bukan beraya bersama keluarga di Pasak tau..tapi beraya bersama keluarga mentua di Kluang Johor. Susah gak nak decide nak beraya mana dulu..tapi aku jenis tak kisah. Ayahku pesan, ikut kata suami, jangan melenting2 merajuk nk beraya kat pasak. Hehe..ayah ni..along bukan jenis macam tu..huhu. 

Alhamdulillah..kami tak gaduh2. Watpe nak gaduh2..kota tinggi ke kluang, 2 jam je, hehe. Tiap2 tahun kami akan beraya di kedua-dua belah keluarga. Cuma yang bezanya, raya pertama di mana dulu, itu saja. Malah, ayah dan mama menggalakkan aku beraya di rumah mentua dulu tahun ini..almaklumlah, menantu perempuan pertama..nnti sapa nak masakkan untuk ayah di Kluang. Apa yang ayah mama ckp itu betul...ada sebabnya mengapa. Aku bersyukur sangat2 kerana kedua2 belah keluarga amat memahami.

Aku tahu ada yang menangis, aku juga sama. Tapi aku kuatkan semangat kerana aku tau pasti ada hikmahnya. Mama aku lagi kuat semangat, keluarga jauh di pulau pinang. Tiap2 tahun bergilir beraya di Johor dan P.Pinang. Setahun cuma sekali atau dua kali je balik penang, apakah perasaan mama ku agaknye? Dan kini aku faham perasaan itu.. Dia pernah bercerita dgn aku, walaupun dia nampak cool, tapi dalam hatinya aku tahu, betapa rindunya dia dengan keluarga di sana. Namun sekarang, kami sudah jarang balik Penang sebab kedua2 atuk dan nenekku di sana sudah tiada. Namun aku dapat lihat ganjaran yang Allah berikan kpd mamaku, berkat pengorbanannya itu. Along tabik ma!

Ha..mari2..aku nak bercerita pengalaman pertama aku memasak lauk raya di rumah mentua! huhu. Seronok dan letih, itulah perasaan yang dapat aku gambarkan waktu itu. Aku rasa seronok kerana dapat memasak sendiri lauk di pagi raya. Apa aku masak? hehe..aku masak lodeh, sambal kacang, ayam masak merah dan nasi impit..itu sahaje. Aku masak apa yang suami, ayah dan adik aku suka makan. Senang kan. Masak macam2 tapi kalo x suka makan, kan susah tu. Tgk resepi mmg senang..tapi bila dah sorang duk berpeluh2 di dapur, letih woo..hehe. Nasib baik suami aku rajin menolong aku di dapur. Ayah mentua aku pun sama, tlg basuh ayam..potong ayam..pastu tanya nk tlg apa lg. Aku jadi segan ar..hehe. Walaubagaimanapun, pengalaman itu mendewasakan aku. Suami aku sgt supportive, itu yg aku bersyukur sangat2.

Lagi satu, ayah mentua aku ni teringin nak makan bubur kacang hijau. Aku pun masak lah masa hari terakhir puasa tu. Seronok dengar ayah mentua aku puji. Hehe. Yela, takkan dia nak ckp tak sedap lak kan. Tapi ayah aku tu makan sampai habis bubur kacang hijau tu. Mana aku tak rasa seronok lak kan..hehe. Bukan nk bangga, tapi aku tak pernah masak bubur pun sblum ni. Aku akan belajar masak bila ada orang nk makan. Itu aku. Aku akan cuba dan aku suka masak. Itu yang aku perasan sejak kahwin ni. Family aku pun jenis tak suka mkn kat luar..sebab tu kot..dan suami aku pun suka nk aku masak kat umah dari beli kat luar. Tak kesah lah, sardin pun xpe..asal masak kt umah.

Okla..banyak lg nk bercerita sebenarnya..tapi masa amat mencemburui aku nmpaknye. Nanti aku bercerita lagi..salam..


p/s : kpd bubba, along sdg berusaha carikan html utk link blog bubba tu. Nnti bila dh jumpa along bgtau bubba (kalo bubba baca blog along ni) :)

Monday, June 27, 2011

Bangun tengah malam..

Salam..

Beberapa malam yang lepas, suamiku sakit perut. 3-4 kali gak dia gi kuar masuk tandas. Aku kat sebelah nyenyak giler tidur..huhu. Aku perasan suami aku bangun..tapi disebabkan mata xleh nk bukak langsung, aku pun tertidur balik..hihi.

Lepas tu tiba2 aku bangun dari tidur dan duduk. Suamiku kt sebelah terus bertanya.

"Eh, nape bangun ni?"

"Abang jaga server mana?"

"Server sini....", suami aku jawab. Dia layan je apa yg aku tanya.

"Oh ok.."

Pastu aku pun sambung tido semula. Hahahahahaha. Esoknye suami aku bercerita psal kes aku mengigau tengah malam. Ckp pasal server (ni kes letih giler kt tmpt keje smpai terbawak2 dlm mimpi) :p

Angah pulak mengiakan cerita suamiku. Angah ckp aku ni ikut ayah, suka ngigau masa tgh tdo. Tp aku ni tengah malam saje ok. Ayah aku lagi hebat, siang pun boleh mengigau tau. Hehehehe. Jangan marah ayah..gurau2 anak beranak..hehe.

Oklah, tu je nk cerita sebenarnya. Sebab xda cerita, jadi nak bercerita. Hehe. Ok semua..tata..selamat malam..salam..;-) 

Thursday, June 9, 2011

Rezeki kami..

Assalamualaikum semua...sori sgt2 sebab dah lama tak update blog ni. Hubby dah tertanya2 nape tak update blog lagi. Hehe. Sori abang..;-)

Selepas pernikahan kami, apa yang terjadi yek? hehe. Alhamdulillah..rezeki ada buat kami. Bukan rezeki anak ye...belum lagi..hehe. Tak lama selepas kami bernikah, supervisa (supervisor) aku panggil masuk dlm meeting room. Ada hal nak diskus katanya. Supervisor aku bgtau aku maybe dapat move team baru. Mesti korang tertanya nape move team? pindah tmpat keje ke? bukannn..aku still keje kat tempat yang sama..just to move team to get more exposure and experience to develop our personal skills and gain more knowledge of working related. Tempat keje aku ni adalah syarikat global. Polisi syarikat mengatakan dlm masa 5 tahun pertama, at least 3 kali move team kalo boleh.

Supervisor kita akan sell kita kat supervisor team lain ( ala ala rekomen la). We also have our performance report every year, like our resume and all the supervisors will look into it. They will see if we are applicable and good to move to their team. Alhamdulillah..akhirnya aku move team jugak setelah 2 tahun 10 bulan di team lama. Boring gak kan kalo duk lama sangat kat satu2 team tu. Asyik wat keje yg sama je, huhu. Tapi aku bekerja dalam bidang IT, sentiasa ada teknologi baru dan pendek kata, i will learning everyday. Good things actually. 

Walau bagaimanapun, aku tetap rasa sedih bila meninggalkan team lama aku. Sebab aku SAYANG SANGAT kt korang semua...korang memang best giler la. Susah dan senang di waktu kerja bersama-sama. Team work memang sangat bagus la. Relationship usah disebut...sangat mantop! bak kata Azri AF9, haha. Layan gak AF aku ni...:P

Di team baru, alhamdulillah. Bos dan kawan-kawan semua ok. Ada yang aku dah kenal sebab pernah bekerja bersama. So ok la. ;-) Aku excited dengan knowledge baru sebenarnya. Aku suka belajar benda baru. Jadi agak bersemangat sebenarnya, hehe. So ini adalah rezeki aku, alhamdulillah.

My hubby pulak, akhirnya permohonan dia untuk bertukar tempat kerja diluluskan. Alhamdulillah..syukur. Jadi idok lah kami berjauhan setelah bergelar suami isteri ini. Walaupn tempat kerja dia agak jauh dari rumah kami (dalam sejam la), namun aku bersyukur. (kalo nak tmpat keje dkt dgn umah, wat belakang umah ye, bak kata mama aku)...haha.

Ha kami sudah dapat rumah untuk menyewa bersama. Berkat usaha dan gigih kami, akhirnya dapat la rumah yang selesa dan murah untuk disewa. We will see for next house for our own. Tungguuuu...;-)

Itu je kot yang aku nak cerita. Nanti kalo ada apa2 update, aku cerita lagi kat sini. Ok semua..see you on next blog! 

Salam.

Sunday, April 24, 2011

Cari rumah sewa

Assalamualaikum.

Maaf sudah lama tak update. Bila nak update je tak tau nk taip apa. Bila time busy ada lak cerita. Sekarang ni aku pun tak tau nak cerita apa sebenarnya. Haha. 

Mr.hubby aku dah mohon nk pindah keje ke Kuala Lumpur. Keputusan akan keluar akhir Mei. Pastu terus kena lapor diri awal Jun. Ini kalo dapatt...Ya Allah makbulkanlah doaku siang malam. Moga suamiku dapat pindah nanti. Kami sekarang ni sedang nak cari rumah sewa. Yela, aku sekarang duduk dengan kawan2. Bila suami pindah sini, mestilah nak duk sama kan.hehe. Ada problem gak, sebab tak confirm lagi dapat pindah atau tak kan. Kalo dah dapat umah, tetiba tak dapat pindah keje, haru gak. Bila dapat pindah keje, tapi umah tak dapat lagi, pun haru, haha. Jadi kami sekarang ini sedang memikirkan strategi yang baek punya.

Jadi sesiapa yang ada informasi berkenaan rumah sewa di Kuala Lumpur area Ampang, samada landed or apartment, sewa dalam linkungan RM0-RM800, sila hubungi saya di wanee_snar1803@yahoo.com.

ok semua, cau cin cau dulu! Salam!

Sunday, April 3, 2011

Pegang tangan dapat pahala?

Suamiku telah datang ke KL minggu ini...yeay! Sukenya akuuuu....huhu. Windu tau.

Kami pergi berdating di MidValey KL...tengok wayang..cite sucker punch. Bestla cerita dia, not bad for us. Lepas tgk wayang, kami makan ais krim McD. Aku mcm biasa...suka aiskrim vanila yang singgit tuh. My hubby suka yg bersalut coklat. Perbezaan di antara kami, aku tak gemar coklat, suamiku gemar sangat coklat. Hihi. Terbalik kan, selalunya pempuan yang suka coklat, kuikui.

Sambil makan ais krim, kami berborak2...ketawa2..buat lawak dan tengok orang disekeliling. Tetiba suami aku bersuara..

"Yang, abang rasa nikmat betul selepas berkahwin ni. Kita berpegangan tangan dapat pahala. Tgk couple bdk2 muda tu, pegang tangan dapat dosa."

Aku tergamam sekejap. Lantas aku tersenyum. Betul2, aku balas. ;-)

Aku suka statement suami aku ni. Kepada rakan-rakan dan pembaca yang belum berkahwin dan sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga, cpt2 lah berkahwin. Memang nikmat tau. Semua kita buat untuk pasangan kita dapat pahala tau. 

Lihat mata dia, pegang tangan dia, senyum kat dia, hormati dia, buat dia senang hati.....semua dapat pahala. Dr. Fadzilah Kamsah sendiri pernah berkata, bila anda berpegangan tangan dgn suami atau isteri anda, gugur dosa-dosa kecil kita. Alhamdulillah..nikmattt..;-)

Betul kan abang?

Aku tau suami aku akan membaca blog ini. Pesan untuk abang.....

...Abang keje elok2 tau...;-)

Saturday, March 26, 2011

Saat selepas itu..

Assalamualaikum..

Aku tahu pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah perasaan aku selepas sah menjadi isteri kepada mr.hubby? Ha...dulu aku panggil encek tunang, skrg dah tukar tau, mr.hubby, hehe.

Berbalik kpd soalan, mestilah hepi!! Hehe. Sapala yang tak gembira kan, selepas sah menjadi isteri kepada orang yang kita cinta dan sayang. Kata org cinta tu tak ke mana, betul, bagi aku cinta tu bkn perasaan, ia hanyalah perkataan. Mksud sebenar cinta adalah sayang. Sayang adalah perasaan yang membuahkan cinta. Jadi perasaan sayang itu yang penting sebenarnya.

"Abang..syg sayang tak?"  Berbanding jika.. "Abang..cinta sayang tak?"

Jarang orang sebut cinta. Biasanya si wanita akan bertanya, sayang dia tak? Hmm betul atau tidak pendapat aku ni, aku tak tau. Tapi ini adalah pendapat. Jika sesiapa yang ada pendapat lain, sila komen.


Aku perasan mr.hubby aku ni lebih penyayang..huhuhu. Mr.hubby aku mmg penyayang sebelum ni, tapi maybe tak dpt nak tunjuk lebih2 sebab ada batasnya kan sewaktu bertunang. So selepas berkahwin ni, aduhh..bahagianya hanya Allah sahaja yang tahu. Itulah nikmat selepas berkahwin. Alhamdulillah...thanks abang..;-)

Pakcik dan makcik tu banyak memberi pesanan kepada aku seperi jaga suami elok2...rumahtangga ni banyak dugaan..jangan cepat melatah..apa2 pun bawa berbincang dulu.. Terima kasih bubba, umi, cik miah, mak lang dan semua di atas pesanan yang berharga ini. InsyaAllah aku akan ingat semua pesanan ini.

Terima kasih gak di atas sumbangan dan pertolongan yang berharga dan tak ternilai dari mama, ayah, angah, wan, nenek, mirul, bubba, umi, cik man, ika, ica, ibu, she, haziq. Sumbangan-sumbangan yang dilihat dan tidak dilihat dari semua pihak yang terlibat amat aku dan suami hargai. Aku tau pelbagai cerita dan masalah di sebalik tabir...walau apa pun kita jadikan semua itu sebagai panduan untuk majlis perkahwinan yang akan datang...mungkin she? angah? Hehe.

Juga tak lupa kepada orang-orang kampung Felda Pasak, orang Kampung Baru (bkn kg baru KL ye), para kendarat dan semua yang terlibat dalam menjayakan majis aku ini. Aku sangat2 hargai. Smoga semua yang terlibat dirahmati, diberkati Allah dan dilimpahkan rezeki sentiasa. Terima kasih di atas doa2 kalian semua. Aminn..

ok..ckup smpai di sini saja. Nnti aku update blog lagi ye. C u!

Friday, March 25, 2011

My Wedding Story..110311

Assalamualaikum semua..

Sori sebab dah lama tak update blog nih. Busy bangatttt dengan persiapan perkahwinan sebelum berlangsungnya majlis pernikahan dan perkahwinan aku dan suamiku. opppssss! Suamiku...ahakz! Kini aku telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Mohd Sahrizan Bin Sahrudin. Alhamdulillah..;-)

Tanggal 11 Mac 2011, hari Jumaat, jam 5.55 petang, aku telah sah menjadi isteri kepada suamiku kini. Lama gak nak tunggu tau. Tok imam ni tanya banyak giler soalan kepada suamiku. Alhamdulillah nasib baik suamiku dpt menjawab semua soalan dengan bijak. Hehehe. Pelbagai perasaan bergabung di dalam lubuk hatiku pada masa itu. Huhu. Yela..neves tau. Kwn baikku, Syikin duduk di depan pintu bilikku. Aku lihat dia tersenyum. Dia bagi isyarat padaku, 'takda apa2 wanee..semuanya ok..' sambil tersenyum. Aku tersenyum memandang syikin. Masa itu aku berkata, 'terima kasih syikin'. Sanggup dia dtg dari KL dan bermlm di kota tinggi semata-mata nak tgk aku nikah pada petang jumaat itu.

"Syikin, kte mtk maaf sbb tak dpt nk layan borak dgn syikin. Btw, thank you so much syikin!"

Gambar di bawah menunjukkan saat-saat sebelum aku bernikah. Sesi soal jawab bersama tok imam, hehe. Gambar kedua pula menunjukkan saat selepas bernikah. Aku mengalirkan air mata kegembiraan.;-)







Bawah ini pula adalah gambar pelaminku...agak2 korang berapa ye harga servis untuk pelamin, hiasan bilik, meja makan beradab, baju tiga pasang dan make-up tiga kali untuk majlis ku ini? Ramai gak yang terkejut sebab harganya murah daripada biasa dan berbaloi-baloi...sapa nak tau, PM me k. Sesiapa yang tinggal di kota tinggi, bolehlah dapatkan khidmat andaman di kedai andaman ini dengan harga yang berpatutan. Tapi aku tak pastilah kalo harganya makin bertambah mengikut tahun kan. Belum cuba belum tau...;-)




Gambar di bawah pula adalah sewaktu malam berinai selepas majlis pernikahan. Ssshhh..hehe.










Gambar di bawah ini pula adalah gambar outdoor kami. Sebenarnya ada satu lagi baju warna purple waktu kami bersanding hari Sabtu, tapi gambarnya takda pada aku lagi. Fotografer tak bagi lagi.




Jadi akhirnya, kami telah sah menjadi suami dan isteri. Like my friend told me, "Wanee, finally you had go to the next step in your life!"

Yeap betul. Alhamdulillah..aku bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan ini.

"Ya Allah Ya Tuhanku, moga perkahwinan aku dan suamiku ini berkekalan bahagia hingga ke anak cucu kami dan hingga ke syurga. Mekarkanlah perasaan cinta, kasih, dan sayang antara kami, tabahkan hati kami untuk melalui perjalanan hidup dalam perkahwinan ini dan tetapkanlah hati kami supaya kami tidak berpaling di antara satu sama lain. Ya Allah, makbulkanlah doaku ini."

Amin...
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space