Saturday, October 23, 2010

Mesin basuh dan pasangan hidup..

Salam semua. Pagi-pagi sabtu ni, seperti biasa rutin harianku, basuh baju dan kemas bilik. Housemate aku baru beli mesin basuh automatik, sbb mesin basuh kami sblm ni rosak. Sebelum ni kami guna mesin basuh manual. Sebenarnya aku lebih suka yang manual sebab lebih laju! Lepas tu mudah, xdala menyusahkan aku nak mandi sementara menunggu mesin berpusing. Mesin auto ni kan kena ada paip satu yang memang kena pasang sepanjang dia membasuh. Tu lah masalahnya..housemate aku dah tlg tanyakan kat org yang tuan punya umah ni kalo ktorg leh pasang paip tambahan, tapi orang tu senyap je. Hmm..tak bagi la tu. Takpelah, nak wat cane kan. Sebelum ni aku pernah je guna mesin auto, tapi tu la, memang kena ada paip satu khas untuk dia je.

Pape pun aku amat berterima kasih kepada housemate aku tu sbb dia sgt concern dgn keperluan kami di rumah. Dah lah mesin basuh ni aku xyah bayar duit dgn dia..sbb dia kata, susahlah bila aku dah kawin nanti, karang dia kena pulangkan duit semula. La...aku kata xyahlah kan..kita share, kalo aku kuar umah tu nanti pun, aku x kesah kalo dia x pulangkn duit tu, Sebab dia sangat baik dan aku tak kesah dan tak berkira dgn org yang wat baik dgn aku. Pepatah berkata, "SHARING IS CARING". So jgnlah berkira ye...jika anda berkira..saya pun akan berkira dgn anda, hahaha.

Apa la wanee ni...cerita pasal mesin basuh lak pagi2 ni.. Ye la, apa taknya, aku terpaksa meluahkan perasaan aku kat sini sbb aku tak leh nak mandi! Aku ingat boleh lah mandi sementara menunggu mesin basuh tu siap. Nape aku kalut sgt nak mandi? Ha...sebabbbb..aku nak gi dating! Muahahahhaha.. Encik tunangku ada di KL dan kitaorg xnaklah kluar lewat sgt. Nak gi tgk adik aku kat UNITAR ni, pastu nak bwak dia gi jalan2..kesian dia. Minggu lepas xleh nak enjoy sgt sbb dia nak exam. So minggu ni aku bawak la dia. Bak kata tunang aku, "kesian angah, sorang2 xda orang nk dtg melawat". Hihihihi..ni yang aku sayang sgt dgn tunang aku ni. He is family man! Tak mcm aku..haha. Aku ni kureng sikit la..tapi still family is my priority..hehe.

Kekadg aku fikir, Allah telah menetapkan pasangan masing-masing untuk melengkapi antara satu sama lain. Mknanya kalo kita kurang part mengemas, pasangan kita akan seorang yang suka mengemas. Ha..mcm tu la kiranya. Betullll..kalo tak caya, pegilah tanya mana2 pasangan. Pasangan yang betul2 la eh..jgn cari yang main2. Mksd aku yang dah kawin..dan bakal mendirikan rumahtangga..InsyaAllah..;-)

[Di atas adalah entri untuk pagi tadi..aku terlupa nak post..;p] 

Memang Allah sengaja..

 Salam. Wahai sahabat-sahabatku sekalian...kepada sesiapa yang merasakan dia masih tidak menemui cinta sejati yang sebenar, sila lah baca pesanan di bawah. Sesungguhnya Allah memang sengaja menemukan kita dgn orang yang salah jika anda rasa org itu adalah org yang salah kerana ada sebabnya. Allah tidak akan memberi sesuatu kpd kita tanpa sebab. Mesti ada sebab kenapa..dan kita sbg hamba-Nya yang telah diberikan akal fikiran untuk menilai, BERFIKIRLAH! Jgnlah kita sesuka hati menyalahkan takdir kerana setiap itu ada hikmah yang tersembunyi.. Okla..cukuplah aku berceramah sekejap..bacalah entri di bawah ye.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan ...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan laranganNYA ...

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..

Wednesday, October 20, 2010

Leadership team week..

Salam semua..;-)

Malam ni aku gagahkan jugak nak buka blog ni, baru semalam tak buka, aku rasa macam dah lama je. Tapi hakikatnya aku xnak buka sebenarnya sebab terlalu letih. Minggu ni Leadership team dari Oversea sana dtg ke tempat keje aku selama seminggu. Aku pun xnak lah mention dari mana kerana ini adalah private info my company. Aku xleh sesuka hati bgtau letak nama diorang kat cni..bahaya, mampuih kalo management aku tau. Bkn apa, ni untuk keselamatan diri aku sendiri juga.

Okla seterusnya...oleh kerana mereka dtg ke Malaysia, so kitaorg kat opis ni kenalah memakai baju mengikut etika pemakaian di pejabat. Tidak bermaksud ktorg x ikut sebelum nih, tapi just a reminder. Pastu kena kemas meja..xleh sepah2..ha..yang ni lain. Meja aku kemas sentiasa..jgn xtau..huhu. Meja ofis mate aku yg lain..ada je yang bersepah2. Aku pun x paham nape diorang ni susah sangat nak bg meja tu kemas. Kuat sangat bekerja kot.. Boleh ke pakai alasan ni, aku pun kuat bekerja apa..haha..perasan sendiri. Sorilah sesapa yang terbaca ni, saya kekdg memang mcm ni. Sapa yang x kenal aku, mesti ckp aku ni skema, pada hal x pun sbnrnya. Kwn kt opis tu tau dah aku ni camana, kekdg boleh ternganga bila keluar segala aksi ketidakskemaan aku...hihi. Korang senyap eh..jgn ckp2 kat cni..hehe.

So pada hari isnin, ktorg ada birthday celebration petang tu. Aku kena MENARI! Hahahaha..ni yang lawak nih. Aku ingt nk upload kt cni, tp xleh lak. Blog ni ada maintenance xleh nk upload gambo, so sori.. Pasal menari ni, part ni mmg aku sporting. Aku rasa tarian ni mmg pelik, lagu raya, tapi tarian x rupa raya. Mcm tarian robot ada, thailand ada, 60-an ada, mcm2 ada! Kwn aku siap nak upload kat youtube sbb trsgt lah best diorang kata. Diorang kata...ye ke?? Korang ni memandai jek. So xdala kamus SKEMA dlm hidup aku time tu k.

Pastu hari Selasa yakni semalam, aku pergi main bowling dgn ofis mate sempena kedatangan leader2 ni. Dah lama tak main bowling. Takdalah lama mana, tapi dah lama tak bersenam la sebenarnya. So otot2 ni pun sengal2 rasa selepas main bowling. Walaupun dah wat strecthing sblum tu..waaaaa... Letih gilerr...mmg letih. So smlm sampai umah dah pukul 11.35mlm. Mandi..rehat jap..xleh tido lak pastu sbb letih sgt. So baring2, pusing2..baca majalah baru leh tido, tu pun dalam kul 12.45mlm. Lewat kan?? mmg lewat..haha. Pagi tadi bangun, memang x larat nak bangkit. Rasa lagi keletihan dan kesengalan. Tapi gagahkan jugak diri. 

So tadi balik keje awal sikit. Tu pun ada event kat ofis tadi. Pukul 4ptg baru leh wat keje. Bayangkanlah..busyyyyy.. Korang mesti pelik apsal aku baru wat keje kul 3? Sebenarnya shift aku pukul 11am-8pm untuk bulan ni. So aku masuk dalam kul 10 lebih..pastu ada event pukul 11am-3.45pm. Esok pun busy gak. Waaaaaa! Letih bangat!

Tak sabar nak menunggu hari SABTU! 

Saturday! I'm coming! (^_^)

Salam..

Tuesday, October 19, 2010

Monday Blue..

Salam semua.

Sori lah sebab aku tak update blog dah dua tiga hari ni. Aku busy sikit..sabtu lepas keje. Pastu ahad pegi alamanda jumpa mak dgn bapak beruang bersama kengkwn UKM. Best giler rasa walaupun hanya 9 org saja yang dpt dtg..tapi happy, at least ada Farol yang memecahkan suasana! haha. Kembang hidung farol kalo baca blog aku nih. Tapi betul..tunang aku pun kata, dia selesa dgn farol...farol pandai wat lawak, kalo xda farol ntah2 senyap je..hehe. Yang lain jgn terasa..korang pun BEST gak! Dengan ketawa Yana, senyum Ken, celoteh cuya, Dibah yang pemalu, ahakz! Dan..mak beruang yang perantin baru tuh..korang best..i like!

Dan....tak lupa..tunangku yang pemalu dan setia mendengar celoteh, lawak dan cerita kalian..hehe.

Pastu isnin keje..hari ni lah maksudnya..busy giler kat opis. Td aku smpai umah kul 10mlm..lebih kurang la. Letih bebeno ni..tapi aku online gak sbb nak tgk blog ni. Huhuhuhu. Tgk..betapa SAYANGNYA aku dgn blog nih. Haha.

Okla kalian..aku nak tidurrr...letih rasa...mengantuk. Selamat mlm MALAYSIA!

Thursday, October 14, 2010

My wedding preparation..


Okey..tadi aku tgh call adik aku..lepas habis ckp je terus PAP!!!! Gelap pandangan mata hitamku. Eh apsal ni..pastu terus dengar jiran2 menjerit,haha. Sah..blackout! Adoi..meraba-raba la tangan ni nak mencapai lampu suluh. Nasib baik ada cahaya laptop nih, so xdela susah sgt nak cari. Nasib baik tgh online, tu pun bateri laptop dah nak habis,haha. Kalo tak handphone la menjadi mangsa seterusnya. Aku tgk flat2 yang berdekatan pun blackout gak. Aku ingat hampir keseluruhan kawasan umah aku tu xda elektrik. Kwn aku si aja tanya, KLCC blackout tak wanee? haha..malangnya TAK.. kalo blackout sama besh gak, haha. JAHAT.

Aku ni mudah panik orgnya. Facebook aku post status, aku msj angah..msj encik tunang. HAHA. Semua org aku nak bgtau. Saje nak kan perhatian, haha leh tak. Sengal2. Tapi kejap je, lepas 5 min, ada semula dah..lega rasa. Aku post mcm blackout lama giler, saje wat gempak, hehe.

Tadi angah gtau esok ptg dia nak dtg umah sbb nak study MUET katanya. Kwn2 dia kacau je kt hostel tu. Aku pelik la..apa punya kwn..tuh bkn kwn tu..tu lwn.. Aku susah sikit nak percayakan kwn2 adik aku tu, bukan apa, perangai pelik2, masa aku kat UKM dulu, xdela macam tu. Nasib baik la aku ada kwn2 yang baik hati kat ukm dulu.

Sapa kwn aku masa kt UKM?  Angkat tangan! Tu dia..jgn angkat tinggi2 k..bau..ehe :p

Pastu Sabtu ptg encek tunang aku dtg KL sbb dia ada kursus kat PD hari ahad selama seminggu. So sabtu ptg tu dtg jap utk melawat cik tunang ni..hihi. Rindu..sapa tak rindu..ktorg jumpa sbln sekali jek..sob sob. :( 

Pastu aku terus tringat akan persiapan perkahwinan ku. Nak tempah kad..pastu barang hantaran ada sikit lagi yang tak beli. Yang lain2 tu mak ayah aku uruskan. Aku jgn bimbang, kata mamaku. Kalo aku tepon tanya pasal hal2 yang dia uruskan, mula la..dia kata aku jgn pikir..ikut je nanti. Aku tak kisah..tapi just nak tau perkembangan..dah booking lum..apa ke kan.. Nnti xnak semua last minute..sapa yg susah? Pengantin gak..haha. Sudah2..aku tau mama dan ayahku akan wat yang terbaik punya utk anak pempuan sulungnya ni..hehe. 

Sabar ye wanee..tak lama lagi dah. Tapi tu lah, dah tak lama tu yang risau. Apa yang penting tok kadi ada masa nak nikah nanti, haha.

Skrg umah kat kampung tu tgh renovate. Atuk aku nak tambah bilik. Dia kata nanti lps aku kawin, xkn aku nak tdo kt ruang tamu kalo balik kampung time ramai2 kat umah. Ala ok apa..encek tunang pun dah ckp, dia lagi suka tdo kt ruang tamu, sejuk, hihi. Tapi atuk aku xnk. Yang pening pale ayah aku gak, sbb nak layan karenah atuk nenek aku psal design kedudukan bilik. Atuk nak jadikan bilik basuh baju sbg bilik baru. Bilik basuh baju tukar tmpt kat ruang belkg dapur. Kat situ aku tau, agak susah utk nenek aku membasuh sbb ada tangga kt situ, aku takut nenek jatuh. Nenek i ni super hero tau, atuk kata x cukup tuntut ilmu lagi tp dah jatuh beberapa kali. Ayah memikirkan kesihatan atuk nenek aku. Aku paham..tp org tua kan, xleh nak wat apa da. Kalo hitam, hitamlah katanya. Ni adik bongsu yg cerita kan. Tak tau jd ke tak plannya. Aku ikut je la mana yang baik. ;-)

Ok, i have to go now. Ada hal jap. Nnti aku sambung cite lagi. Take care all! Salam.. ;-)

Monday, October 11, 2010

Tragedi Oktober!

     Apa mau cerita hari ni ye..hmm..hari ini aku duk umah..bercuti hari ini sebab ganti keje weekend last week. Hari ini basuh cadar...cuci kipas..kemas bilik..sapu2..baca novel..tgk tv..tgk internet.. Hmm tu je. Ok la..at least ada keje kan?

     Duk sorang2..macam ni la. Aku mula memikirkan, lepas kawin nanti, mesti banyak keje leh buat, xdela wat kerja yang sama je, kan3. Leh berkongsi2 cerita..berborak2..haha..wanee..udah2..gatal lak. Isk sorilah kawan2. Aku ni kalo dah xda cite, mmg xtau da nak cerita pasal apa. Kawin je la ceritanya sebab itulah misi aku selepas ini,huhu. Kpd sesiapa yang tak gemar membaca, sori lah eh. Nanti lain kali aku cerita hal lain lak. :p

     Kepada sesiapa yang jelez sbb aku cuti hari ini, jgn cemburu berlebihan ye, kelak tidak baik untuk kesihatanmu. Aduii...apa aku ckp ni..mula dah..

     Tetiba aku teringat pasal kemalangan yang berlaku berdekatan tol simpang ampat yang melibatkan bas ekspres smlm! Mmg tragedi oktober! Kita ingat tarikh cantik, so cantiklah semua perkara yang akan terjadi pada hari itu, tetapi malangnya tidak sama sekali. Salam takziah kepada keluarga mangsa. Agak sayu hati melihat berita di TV3 tadi. Ni yang takut nak naik bas ni. Pemandu bas di Malaysia ni bukan leh caya sgt. Walaubagaimanapun, aku tau, ada yang berhemah, ni lah kan, jatuh nila setitik, rosak susu sebelanga. Eh betul kan peribahasa aku ni? Betul kot..nak google tak sempat nih. Laptop aku asyik tertutup je dari td. Nasib baiklah blog ni ada save automatic, kalo tak penatlah jari ni nak menaip semula.

      Sebelum itu, kepada PEMANDU-pemandu BAS di MALAYSIA ini, silalah pandu dgn berhemah! Ha ni cikgu dah marah ni, sila pandu BERHEMAH ye! Ingatlah, korang membawa seramai 40 org penumpang di dlm bas itu. Masih ada yang belum berkahwin (spt aku..hehe), masih ada keluarga yang menanti kepulangan tersayang, masih ada org2 sekeliling yg sayangkan mereka. Jgnlah pandu sesuka hati, anda juga mempunyai keluarga yang menanti anda. Ingatlah pesanan penaja ini. Kpd pihak kerajaan, silalah ambil tindakan yang sewajarnya untuk mereka2 yang tidak mematuhi peraturan jalan raya spt ini. Kasihanlah kpd rakyat semua spt kami. Walaupun aku hanya dpt menyuarakan isi hati di blog ini sahaja, aku hrpkan pihak2 yang terbabit dpt mengambil langkah untuk mengatasi permasalahan ini. Lepas ni aku akan memikirkan dua tiga kali kalo nak suruh orang yang tersayang naik bas.

Ok semua warga Malaysia, salam satu Malaysia! Esok hari, pandulah kenderaan anda dgn berhemah! 

p/s : Pesanan utk diri saya sendiri juga. ;-)

Saturday, October 9, 2010

Sesat di KL

       Ok...hari ini aku buat apa ye. Hari ni aku cuti!! Huhuhu! Cuti sesaja..ganti keje weekend minggu lepas..ponat den. So hari ni, apa yang aku wat? Pagi tadi pegi maybank kt medan tunku tu, sbb dpt surat nak kena collect something. Pastu..aku plan nak gi klcc sbb nak gi CIMB bank dgn CELCOME (nak bayaq bil tepon,huhu). Aduh..mcm org kaya ek....mula2 gi MAYBANK..pastu gi CIMB. Ceh perasan la wanee ni..sebenarnya bukan kuar duit pun, huhu. Saje menyibuk kat bank tuh.

       Ha..on the way balik dari Maybank tuh, aku ingat nak balik umah dulu sbb trtinggal something. Lalu dgn konfidennya, aku pun memandu keluar dari kawasan Maybank dan... alamak..salah jalan daaa.. Aduh..dlm KL pun leh sesat. Sbnrnya, utk pengetahuan korang, aku ni xla mahir sgt jalan2 kt KL ni..setakat pegi balik keje, pegi stesen minyak, aku tau la..hahahaha! Even nak gi times square pun blur lagi..kui kui kui.. so kalo ada sesapa antra kengkwn yg dtg KL, pastu nk hrp i bwk u all jejalan..sori yek..kita naik tren LRT lagi bagus! haha! Ha berbalik kpd cerita td, so selama sejam aku berpusing2 kt KL, akhirnya sampai ke rumah sewaku di kampung baru..ahakz! Sengal kan...maybank dgn umah tu xdela jauh sgt...boleh je jln, tp ngengada nk drive..alasannya sbb jalan nk melintas ke maybank tu jln besar giler, so bahaya ke kalo nk melintas. Kena ajak org yg lebih tua utk teman melintas jln. Oh no! Apa ni wanee..melalut dah hang ni.. SOri..mlm2 mcm ni mmg..i dah merepek skit..mata dah kuyu..tp disbbkn xda teman nk berbual (encik tunang dh tdo).. so merepek la sesorang kt cni..

       Ok, selepas smpai ke rumah, solat zohor..pastu trus gi KLCC. Kali ni mtk ampun..xnk da drive, aku naik tren jek..haha. KLCC tu sblh jek, kang x pasai2 sesat jln nk gi klcc lak. Trauma2..haha. So sesampai je ke klcc, ikut plan, gi CIMB, pastu gi mkn..lapo giler..(disbbkn sesat jln td). Pastu aku gi Pameran Pengantin 2010 kt KL convention center!! Haha..gatai dah wanee ni nak kawin. Tp sbnrnya mmg pun, lagi 6 bln, sapa tak gatal..haha. Aku pegi sorang je k. So sampai di sana, aku meround2..booth sikit jek. Aku rasa kt midvaley lagi bnyak masa aku pegi bln 7 yang lalu. Tpi xpela, jln2 je..amik broucher..survey2..xda apa yg menarik aku rasa. Biasa2 je. Aku rasa sesapa yg teringin nak pergi, nanti korang pergi yg kt MidValey punya k. Nnti aku gtau tarikh ( mcm penganjur lak aku ni). :p

      Lepas tu balik..xda pape pun. Sampai umah, housemate aku bawa balik Sate!! Alhamdulillah. Kenyang aku mlm ni mkn sate..;-)

Thursday, October 7, 2010

Chentaku

Hari ni takda pape cerita.. cuma nak ckp... Saya SAYANG kamu! ahakz!
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space