Friday, October 29, 2010

Aku sudah kawin sekarang..

[SALAM. Entri kat bawah ni aku copy amik kat facebook, kawan2 share. So aku pun nak share kat sini, maybe ada antara korang yang tak baca lagi. Cerita ni sangat sedih dan aku menangis bila baca, aku ni sensitif sikit,baca novel pun menangis, tgk cite kartun yang part sedih pun menangis, haha. okla, tanpa membuang masa baca apa yang aku bebel, baik korang baca cerita kat bawah ni. Moga dia membawa pengajaran kpd kita jua]

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.. 

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

Thursday, October 28, 2010

Apa cerita hari ini?

Salam kawan2 semua. Ha..semalam aku ada cerita yang aku akan attend satu training hari ni. Training about how to SPEAK UP! How to advanced and improve your communication. This training is good actually for you to improve your communication skill and your presentation skill. Kat sini, aku akan share lah sikit2 ilmu yang aku dapat semasa training tu. SHARING IS CARING right? ;-)

SO..what i have learned today is..be VISIBLE! To present your presentation to anybody in this world, there are three ways, WORD, TONE and BODY LANGUAGE. 

Word maksdnya perkataan yang kita sebut, biar jelas dan specific! Kalo ada nombor atau peratus, letak kat dlm presentation tu. The word must be a FACT! not FAT k..hehe. No OPINION. Tone is about volume of your voice. Kena cakap kuat dan jelas. Bukannya suruh jerit-jerit...tak..cakap biar jelas dan suara kuat. Janganlah buat suara macam nak bercakap dalam kelambu atau nak memujuk orang..memang xda sapa nak dengar hang berckp, hehe. Last, BODY LANGUAGE. Semasa training tu, si trainer tu siap ajar camana nak wat body language. Kalo sebut nombor 1, tunjukkan jari nombor satu. Kalo sebut global, tunjuk gaya global tu camana. Sebenarnya terpulang pd kreativiti kita untuk menggayakan body language. Ni adalah untuk menarik perhatian penonton dan pendengar. Cuba anda bayangkan kalo orang kat depan anda buat presentation, xda gaya, tegak je mcm batang pokok, pastu suara slow...anda rasa anda nak dengar atau tak? Of course not right?? kalo yes..no comment. ;-) Mungkin anda nak dgr apa yg dia ckpkan, tapi rasa mengantuk, boring...kan kan?

So training ni bagus untuk mengembalikan perasaan konfiden aku sebenarnya. SERIUS! Aku rasa konfiden sekarang. Aku akan cuba mengubah cara aku berkomunikasi dan aku nak lihat hasilnya! ;-) Mesti korang fikir, aku ni tak pandai bercakap ke? Tak..jgn salah faham k. Aku ni bekerja kat company swasta dan global. Aku bertemu dan bercakap dgn semua orang dari pelbagai negara, bukan Malaysia je. So aku nak diorang nampak aku dan faham apa yang aku ckp. Susah wor keje kt company mcm ni, you have to fight and compete each other. Terus terang aku kata, orang asia pemalu. That's the fact! But we have to change it. We can do it! Bak kata supervisor aku, cubalah panjat gunung dan sampai ke puncak. Jgn teragak2 untuk lakukan perubahan. BAIK BOS!

ok..itu saje untuk cerita hari ini. Sampai sekarang terngiang2 lagi kat telinga ni apa yang trainer tu cakap. Yes or No? False or True? Hello? Hehehe..best2. Kelakar dan tak mengantuk sebenarnya. Walaupun ada perkara2 yag maybe kita xleh terima spt apa yang aku cerita kat entri sebelum ni, tapi kali ni aku rasa trainer tu dah kurang komplen sikit, maybe sbb ada org komplen kot. Tp pape pun, amik yang jernih, buang yang keruh. Eh betul ke peribahasa ni? Sebenarnya aku nak ckp, yang baik ambil, yang tak baik jangan ambil. So gambar kat bawah ni, gambar kitaorang masa training td. Ofismate aku baru upload kat facebook, so aku letak la kat sini, meriah sikit dgn gambar. ;-)


Wednesday, October 27, 2010

Suka hati je kan..

Esok aku tak keje. Ada training esok pagi kat Hotel Sheraton, dekat je dgn umah sewa aku kt kampung baru nih. Macam-macam perasaan ada..resah, tak sabar, takut..haha. Takut? xdela takut..tapi cuma..rasa semacam je dengan training esok nih. Esok aku kena pegi training SPEAK UP! Ha..training ni dia nak mengajar kita supaya konfiden bila bercakap di khalayak ramai. Aku bukan tak boleh cakap..boleh..cuma training ni untuk improve my skill la motifnya.

Macam-macam aku dengar cerita pasal trainer nya. Tak payah sebut nama kat sini. Trainer tu mat saleh and he is so mean, bak kata ofismate aku, Tee. Takda slide show, takda material. Hanya bawa diri. Pastu sapa datang lambat kena menyanyi. Ada sorang kawan aku tu kena nyanyi lagu happy birthday kuat-kuat. Slow2 mana main, tak boleh. Dahlah dia demam. Kesian dia. Pastu mat saleh ni komen pasal personaliti diri kita. Kalo nak ckp pasal ni ok je kalo biasa2. Ni tak, semua dikomennya. Spek dia komen, gigi dia komen, warna baju dia komen, baju pun dia komen, pendek kata apa-apa yang tak kena dgn diri kita ni dia komen lah. Setiap inci dilihatnya. Seram sejuk dibuatnya.

Sorang officemate aku kata, think positive Wanee! Esok satu hari je nak menghadap dia, so kalo rasa xleh terima, masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. Amik yang baik je. Ok. I think positive now! Hope tomorrow should be fine. Hehe.

Okla, esok aku cerita apa yang terjadi kat training tu. Kalo ikutkan aku tak nak update blog mlm ni sebab letih sangat, tapi nak gak bercerita sebab aku tak da tempat nak luahkan perasaan ni, hehe. Tunang aku pegi stadium tgk kwn dia main bola. Tadi dah try kol, agak bising suasana kat sana, so malas lah nak cerita, tak syok lak kan. Dia balik lambat sikit, takut aku dah tertido dulu. So aku bercerita lah kat sini dulu, hehe.

Aku ni jenis suka bercerita tapi tgk keadaan dan dengan siapa aku bercerita. Kalo orang tu banyak cakap, aku akan jadi seorang yang senyap. Kalo orang tu diam, suka mendengar, aku akan jadi seorang yang suka bercakap. Pernah beberapa kali masa date dengan tunang aku, bila senyap jap, dia akan tanya, "aik, nape senyap je ni?" Aku akan jawab xda pape. Bukan aku merajuk atau apa, tapi maybe masa tu dah xda cerita, sebab tu senyap, hehe. So ini membuatkan aku berfikir, so aku ni banyak bercakap gak la kan, sampai tunang aku tanya bila aku senyap. Hehe. Ye ke encik tunang? Silalah jwb jika anda membaca blog saya ini. ;-)

Okla, setakat ini sahaja malam ini. See ya esok! Assalamualaikum..;-)

Tuesday, October 26, 2010

Bowling time!

Salam semua. Kwn aku baru upload gambar kita orang gi main bowling kt times square minggu lepas sempena leadership visit week. Tgklah gambar-gambar kiut aku dgn kawan2 officemate ni. Kami semua memang kaki bergambar. Di mana saja kamera ada, di sanalah kami berada..hahaha. Sampai kamera man pun dah boring amik gmbar ktorg..huhuhu. Sampai tarik nafas, bukan sesak nafas atau semput ye. Haha.


Ni gambar masa ktorg baru sampai..belum start main bowling lagi. Tgh tunggu orang lain sampai sblm main.




Ni pulak gambar di mana ktrog duk mengejar kamera man, haha. Thanks to Fadzli! (cameraman) :p





Hahaha! Azmil...azmil..mcm nak berlari pun ada. Ni lah gaya seorang pemain bowling yang expert.

Syaitan pun terkejut??

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.

Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,
syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,
"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".

"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.

Monday, October 25, 2010

Hati senang dan hati rindu

Hari ni apa aku nak ckp...xda apa nak ckp sbnarnya. Hari ni kerja ok..lebih tenang..walaupun kerja banyak sebenarnya...hihi. Alhamdulillah..agaknya hati senang kot..ye la..weekend lepas dah jumpa buah hati tersayang kot..pastu perasaan lebih rilex dan happy...hihi.

Tak sabar nak balik kampung jumaat ni, balik bersama angah dan encik tunang. Mama! Ayah! Kami nak balik..nantikan kepulangan kami tau. ;D

Tak tau nak cakap apa..just miss my parents so much..:((

Saturday, October 23, 2010

Mesin basuh dan pasangan hidup..

Salam semua. Pagi-pagi sabtu ni, seperti biasa rutin harianku, basuh baju dan kemas bilik. Housemate aku baru beli mesin basuh automatik, sbb mesin basuh kami sblm ni rosak. Sebelum ni kami guna mesin basuh manual. Sebenarnya aku lebih suka yang manual sebab lebih laju! Lepas tu mudah, xdala menyusahkan aku nak mandi sementara menunggu mesin berpusing. Mesin auto ni kan kena ada paip satu yang memang kena pasang sepanjang dia membasuh. Tu lah masalahnya..housemate aku dah tlg tanyakan kat org yang tuan punya umah ni kalo ktorg leh pasang paip tambahan, tapi orang tu senyap je. Hmm..tak bagi la tu. Takpelah, nak wat cane kan. Sebelum ni aku pernah je guna mesin auto, tapi tu la, memang kena ada paip satu khas untuk dia je.

Pape pun aku amat berterima kasih kepada housemate aku tu sbb dia sgt concern dgn keperluan kami di rumah. Dah lah mesin basuh ni aku xyah bayar duit dgn dia..sbb dia kata, susahlah bila aku dah kawin nanti, karang dia kena pulangkan duit semula. La...aku kata xyahlah kan..kita share, kalo aku kuar umah tu nanti pun, aku x kesah kalo dia x pulangkn duit tu, Sebab dia sangat baik dan aku tak kesah dan tak berkira dgn org yang wat baik dgn aku. Pepatah berkata, "SHARING IS CARING". So jgnlah berkira ye...jika anda berkira..saya pun akan berkira dgn anda, hahaha.

Apa la wanee ni...cerita pasal mesin basuh lak pagi2 ni.. Ye la, apa taknya, aku terpaksa meluahkan perasaan aku kat sini sbb aku tak leh nak mandi! Aku ingat boleh lah mandi sementara menunggu mesin basuh tu siap. Nape aku kalut sgt nak mandi? Ha...sebabbbb..aku nak gi dating! Muahahahhaha.. Encik tunangku ada di KL dan kitaorg xnaklah kluar lewat sgt. Nak gi tgk adik aku kat UNITAR ni, pastu nak bwak dia gi jalan2..kesian dia. Minggu lepas xleh nak enjoy sgt sbb dia nak exam. So minggu ni aku bawak la dia. Bak kata tunang aku, "kesian angah, sorang2 xda orang nk dtg melawat". Hihihihi..ni yang aku sayang sgt dgn tunang aku ni. He is family man! Tak mcm aku..haha. Aku ni kureng sikit la..tapi still family is my priority..hehe.

Kekadg aku fikir, Allah telah menetapkan pasangan masing-masing untuk melengkapi antara satu sama lain. Mknanya kalo kita kurang part mengemas, pasangan kita akan seorang yang suka mengemas. Ha..mcm tu la kiranya. Betullll..kalo tak caya, pegilah tanya mana2 pasangan. Pasangan yang betul2 la eh..jgn cari yang main2. Mksd aku yang dah kawin..dan bakal mendirikan rumahtangga..InsyaAllah..;-)

[Di atas adalah entri untuk pagi tadi..aku terlupa nak post..;p] 

Memang Allah sengaja..

 Salam. Wahai sahabat-sahabatku sekalian...kepada sesiapa yang merasakan dia masih tidak menemui cinta sejati yang sebenar, sila lah baca pesanan di bawah. Sesungguhnya Allah memang sengaja menemukan kita dgn orang yang salah jika anda rasa org itu adalah org yang salah kerana ada sebabnya. Allah tidak akan memberi sesuatu kpd kita tanpa sebab. Mesti ada sebab kenapa..dan kita sbg hamba-Nya yang telah diberikan akal fikiran untuk menilai, BERFIKIRLAH! Jgnlah kita sesuka hati menyalahkan takdir kerana setiap itu ada hikmah yang tersembunyi.. Okla..cukuplah aku berceramah sekejap..bacalah entri di bawah ye.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan ...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan laranganNYA ...

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space