Monday, December 27, 2010

Balik kampung lagi...huhu

Assalamualaikum semua. Sudah sungguh lama aku tak update blog ni kan? Ada yang rindu tak? hehe..of course sorang peminat tu sudah rindu...perasan wanee nih, haha. Minta maaf sesangat, aku sangat sibuk dan letih dua minggu ni. Hari tu balik kampung, best giler! Akhirnya alhamdulillah mama ayah sudah selamat sampai ke Malaysia dengan keadaan yang sihat walafiat. Malangnya aku lak yang tak sihat lepas tu, selsema, demam selama 7 hari! Hari pertama bekerja, aku selsema teruk. Letih kot..tak cukup rehat maybe. Walaupun letih selama berada di kampung, tapi hasilnya berbaloi2! Haha. Macam apa jek.

Selama 5 hari selepas ayah mama aku pulang, aku masih tak puas mendengar cerita mereka selama mereka berada di Mekah dan Madinah ketika menunaikan haji dan umrah. Macam2 cerita aku dengar, seronok rasa. Selepas mendengar cerita mereka, aku teringin sangat nak ke sana. Aku ingin menangis di depan kaabah. Ya Allah..sungguh hebat kekuasaanmu. Korang tau tak sebenarnya Kaabah itu dibina tegak dengan hanya 3 tiang sahaja di dalam...bukan di setiap penjuru. 3 tiang itu berada selari di tengah2 kaabah. Cuba anda bayangkan bagaimana agaknya? Subhanallah..sungguh hebat kekuasaan Allah ini.

Ayah aku bercerita lagi..di sana, kita tidak boleh menghina makhluk Allah. Janganlah menghina...nanti ada je balasan yang diterima. Aku tak rasa aku nak cerita di sini sebab cerita sebegini banyak dalam majalah2 tempatan. Kalau nak tahu kisah yang camana, bacalah Mastika! Haha. Sapa yang tak suka baca mastika takpe. Banyak lagi bahan bacaan yang boleh menceritakan kisah sebegini yang boleh dijadikan teladan. Pendek kata mulut kita masin di sana, cthnya jika kita bagi alasan sakit perut, sakitlah perut lepas tu. Ha..baik2..hehe. Lagi satu, di sana kita hendaklah rajin menolong manusia, sesama kita, InsyaAllah urusan menunaikan haji kita akan menjadi mudah. Alhamdulillah..aku bersyukur sangat2 kerana mama dan ayahku telah dapat menunaikan haji dengan sempurna. Wajah mereka bercahaya semasa tiba di rumah. Aku menangis tau tak semasa memeluk mereka berdua, hehe. Ye la...rindu tau. Rasa lega sangat2 ayah dan mama dah selamat sampai.

Hari khamis ni aku balik kampung lagi. Huhu. Sebab aku kerja hari jumaat, sabtu dan ahad baru-baru ni. Jadi aku dapat cuti ganti hari khamis, isnin dan selasa. Jumaat pulak public holiday utk tahun baru. Yeay, cuti lagi! 

Huh balik kampung ni, banyak hal nak diuruskan. Macam2. Faham2 lah ye, untuk persiapan majlis perkahwinanku nnti, hehe. Dup dap dup dap. Macam2 perasaan. Otak penat..macam2 nak fikir. Walaupun kebanyakkan hal mama dan ayah yang uruskan. Namun aku tetap berfikir sama. Haha.

Okla, tu je nak cerita. Banyak hal nak dibuat dan difikirkan. Jangan ingat aku nampak rileks, takda hal yang aku fikirkan. Macam-macam tau. Harap2 hormonku tak terganggu, haha, sengal wanee nih. Tu pun nak cerita. Oklah, sudah, cukup. Aku terasa nak menaip lagi, tapi sudah letih nak bercerita. Banyak cerita tapi takleh nak keluar dari fikiran ni sebab macam ada sesuatu yang 'block' ia dari keluar. Apakah itu????? Ntahlah. Okla cerita lagi nanti. Tata. Titi. Tutu..

Wassalam..

Tuesday, December 14, 2010

Menanti kepulangan ayahanda bonda

Skrg jam sudah menunjukkan pukul 1:08 pagi, 14 Disember 2010. Aku tidak sabar menunggu mama dan ayah pulang ke tanah air. Di kala ini aku sedang menunggu panggilan mama. Mereka dijangka tiba di KLIA pd pukul 1pagi. Aku tak boleh tdo malam ni. Entahlah..hari ini sehari suntuk fikiran aku asyik terbayang wajah mama dan ayah. Mandi tak basah..makan tak kenyang..tidur tak lena. Wah macam teringatkan kekasih hati jek. Hehe. Tapi walau apa pun, aku rindukan mama dan ayah! Macam mana la agaknya wajah mama dan ayah setelah pulang dari mengerjakan haji. Aku rasa sebak tetiba. Uhu..:(

Sementara menunggu ni, aku nak cerita sikit pasal dugaan aku pada tempoh hari, 11 Disember, ketika aku mahu pulang ke kampung. Aku dan tunangku pergi ke pusat servis perodua di Segambut untuk servis kereta. Pada pagi itu, ketika aku hendak memanaskan enjin, tetiba O/D kat meter aku berkelip-kelip. Aku cool lagi. Bila aku tarik hand-brake, tetiba aku rasa gear tak ok. Macam nak ke depan gitu, ye la, O/D on/off. Aku dah try nak off O/D tu, tp tak boleh. Bila aku baca manual, rupanya O/D maybe tak berfungsi. Kereta ni macam tau2 je aku nak pergi servis hari tu, tetiba O/D leh buat hal. Aku terus bgtau tunang aku. Nasib baik tempat servis tu tak jauh sangat, dalam 15 minit dah sampai.

Pastu org perodua tu bgtau aku, wayar kat gearbox ni terputus. Kena gigit Cik Ti upenya! Waaaaaaaa! Nak menangis rasa. Baru beberapa bulan kete tu, dah jadi hal macam ni. Eeeeeiii..nak kena cik ti nih. Pomen tu bgtau, wayar ni kena tukar smua. Kalo nak bawak balik gak, silap2 gearbox rosak, kena ganti bayar RM28k. Mak aihh..aduhh. Jadi kena order dulu brg tu, isnin sampai, selasa atau rabu baru boleh siap. Waa..aku dah gelabah. Dah lah nak balik kampung! Selasa lak mama ayah akan sampai ke Malaysia. Mmg muka aku dah lain. Tunang aku menenangkan aku. Kami berbincang dan akhirnya kami mengambil keputusan balik ke kampung dengan menaiki bas. Hari selasa petang kami akan ke KL semula utk mengambil kereta. Nak tak nak kena gak amik, sebab banyak giler barang nak bawak balik kampung. Kami hanya membawa brg yang penting sahaja. Barang lain tinggal kat dalam kereta. Harap2 tak hilang. Huh.

Aku tiap2 hari duk risau fikir pasal kereta aku ni. Adehh..jgnlah jadi apa2 lak. Skrg jam sudah menunjukkan pukul 1:30pagi. Aku masih setia di sini menunggu panggilan dari mama atau ayah. 

"Ya Allah..Kau permudahkanlah perjalanan mereka Ya Allah. Moga mereka selamat sampai ke destinasi"..

Sunday, December 5, 2010

Mesej dari Madinah

"Ayah dn mama sihat. Kami dah sampai d madinah pd 4 dis jam 6.50pm sab"

Mesej dari ayah tadi ku terima pd jam 4.22pm tadi. Alhamdulillah...ayah dgn mama sihat dan selamat di sana. Aku agak risau di sini. Aku tau ayah sakit tekak dan selsema di sana. Tapi ayah kata ok je. Harap2 ayah dan mama selamat sampai ke Malaysia sihat walafiat nnti pd 14 Disember ini.

Tak sabar rasanya nak pulang ke kampung halaman pada 11hb Disember ini. Nak jumpa mama dan ayah. Aku sudah sangat rindu dengan mereka. Tiap kali solat aku akan doakan kesejahteraan mereka di sana. Moga mereka memperolehi Haji Mabrur..ameen. Pada malam raya haji yang lalu, kami adik-beradik menangis lepas solat maghrib ketika mendengar takbir raya yang dilaungkn oleh pakcikku ketika di rumah.

"Along, mirul rindu mama dgn ayah", kata adik bongsuku.

"Along pun rindu.." ucapku lalu terus memeluk adikku sambil menangis teresak-esak. Angah masuk ke bilik dan memujuk kami. "kuat betul angah ni" aku berkata dalam hati. Tidak lama kemudian pakcik kami,bubba masuk ke bilik dan memujuk kami. Pada waktu itulah angah menangis. Rupanya dia duk menahan sebak.

Kami tau mama dan ayah sedang menunaikan ibadah di sana. Kami cuma rindu dengan gelak tawa mama di dapur. Wan pun tak buat ketupat, sebab ayah takda. Nanti wan teringat kat ayah, sebab tu kami cuma guna ketupat nona je, walaupun wan tau aku dan sepupu aku boleh mengayam ketupat. Malam raya tu, tepat pukul 11mlm,siap semua. Aku pun duduk di bilik dan tetiba angah bertanya, "Along, tak iron baju raya ke?"

Ya Allah..along terlupa sayang.. Aku pun terus meng'iron' baju aku dan adik-adik. Aku langsung terlupa dan kami tak rasa pun seperti nak raya. Kini aku faham perasaan individu yang merindui ahli keluarga yang sudah tiada di malam raya.

Kami SAYANG mama dan ayah!

Saturday, December 4, 2010

Encik tunang dan kameranya

Assalamualaikum.. Ha dah beberapa hari aku tak update blog ni. Bukan apa..letih bila balik keje. Bukak laptop, tgk facebook dan just view blog. Tapi takda mood nak menaip. Huhu. Tiga hari lepas encik tunang aku ada bercerita pasal camana dia boleh minat dengan kamera. Sampai tahap sekarang ni, aku rasa dia boleh jadi fotografer hebat, cuma kena guna kamera hebat gak la kan. Tapi takpe, aku akan sokong dia dari belakang depan kiri kanan untuk minatnya itu.;-)

My fiancee berminat dengan kamera sejak umurnya 9 tahun lagi..darjah 3. Huh? Aku terkejut bila mendengarnya sebab masa umur ini, aku tak berminat langsung dengan barangan orang dewasa. Yang aku suka cuma anak patung..tanah liat..main masak2, main kawin2..haha. Takda maknanya nak kamera! Kalo korang apa yang korang suka masa korang umur 9 tahun? Ha..cuma imbas kembali..ehehehe.

Encik tunang aku telah membeli kamera pertamanya semasa dia berumur 9 tahun dengan menggunakan duit raya yang dikumpul. Semasa raya tahun itu, pada 1995, dia dan keluarganya balik beraya ke rumah pakciknya di Felda Penggeli. Semasa on the way tu, singgah di Bandar Tenggara, sebab nak singgah beli barang. Masa tu lah, encik tunang aku ternampak kamera kegemarannya kat satu kedai gambar ni. Harganya pada masa itu dalam RM40++. Tapi masa tu dia ada RM30++ je duit raya. Jadi dia pun tak jadi beli la time tu. Kemudian, sebaik sahaja sampai di rumah pakciknya, encik tunang aku ni terus pergi beraya kat rumah jiran-jiran dan orang felda kat situ, semata-mata nak cukupkan duit raya untuk beli kamera impiannya.

Aku kagum lah. Sanggup encik tunang aku ni. Sebab aku ni jenis suka menyimpan duit. Walaupun aku ada keinginan nak beli barang yang aku suka, aku takkan terus beli. Aku suka simpan dulu...survey dulu..dan mengambil masa agak lama untuk memenuhi keinginan sendiri, hehe. Tapi encik tunang aku ni tak. Dia kalau suka sesuatu tu, dia akan berusaha jugak secepat mungkin supaya keinginannya tercapai. Ni apa yang aku kenal dengan fiancee aku selama ini. Kami berbeza kan? Sebab tu aku percaya Allah jadikan pasangan itu berbeza2. Ha dah2..apa aku merepek ni. Sambung cerita.

Bila dah cukup duit rayanya, encik tunang aku terus naik moto, pergi ke Bandar Tenggara seorang diri. Lesen? Mana ada lesen masa tu. Berani sungguh tunang aku ni..adeiii. Nasib baik tak kena saman. Dia terus pergi kedai gambar tu dan terus beli kamera pertamanya! Yeay! Tapi lepas dia sampai ke rumah, faham2 lah..habis kena marah dengan mak dan ayahnya. Tu la..siapa suruh pergi sorang2..hehe. Tapi yang penting, dia dapat gak kamera tu. Dengan kamera itu jugaklah, dia dapat mengambil gambar pertama bersama ahli keluarganya semua. Sampai sekarang gambar itu ada lagi, tapi ada kat kampung. Jadi tak dptlah nak tunjuk kat sini ye. Aku pun tak tgk lagi. Dear...lepas kawin nnti jangan lupa tunjuk tau? Hihi.

Kamera keduanya dibeli ketika encik tunang di darjah 5. Sebab kamera yg pertama dah rosak. Dan yang ketiga adalah kamera sekarang yang dimilikinya iaitu kamera DSLR Sony Alpha 200. Ini adalah kamera idamannya sejak sekian lama. Ni pun aku dengar dia nak tukar kamera baru pulak lepas ni. Kamera ni ada jangka hayatnya. Encik tunang aku kata sesebuah kamera tu, jangka hayatnya lebih kurang 150,000 keping gambar boleh diambil. Lepas habis 150,000, kena tukar shutter mechanisme lak.Haih macam2, aku tau sikit2 pasal kamera DSLR ni pun sebab minat encik tunang. Pasal lens..shutter..hmm macam2. Hanya fotografer je tau istilah2 kamera ni. Aku minat gak fotografi ni, tapi aku cuma suka jadi penasihat, camana nak nampak view gambar tu jadi cantik. Heheh. Yang ni aku pandai le.
 
Aku tau minatnya terhadap kamera sgt tinggi dan dia pernah ada bgtau aku, hadiah pertama yang dia nak berikan untuk anak kami bila berjaya dalam pelajaran, adalah kamera. Wahh..dia dah pasang angan-angan untuk menerapkan minat dan ilmu fotografi ni pada anak kami nanti. Hehe. Teruja lak. Gambar bwh nilah gambar kamera skrg dia. Hasil2nya spt di bawah setelah di'edit'.
































'SilentClick Photo' adalah nama pena encik tunang aku untuk gambar2nya. Sebenarnya banyak lagi gambar yang diambil, cantik-cantik belaka, tapi tak larat nk upload semua. Cukup2 la ye. Hehehehe. Shoot atas ni semasa kami pergi berjalan ke Genting Highland bersama irna, dawan dan kawan2nya. Aku dan irna paling suka gambar ni! Hehehe. Okla..sekian sahaja cerita encik tunang dan kameranya.

P/S: Psstt...bila lah aku nak gi beli kamera sendiri lak. Haha.

Saturday, November 27, 2010

Ada rupa cikgu ke??

Salam. Hari ni aku dan kawan-kawan ofis telah pergi ke majlis perkahwinan seorang kawan kami di Batu Caves. Aku pergi ke ofis dan car pool bersama kawan2 dari sana. Sebelum pergi ke ofis, aku telah pergi ke kedai cuci kereta untuk mencuci kereta aku dulu. Berhabok tak hengat! Hari tu semasa kat Johor, hujan lebat giler menyebabkan kereta aku kotor gilerr! Habuk bertempek-tempek..aduuhhh. Ni first time aku tgk habuk teruk macam ni. Sorilah kengkawan, aku ni jenis takleh tgk habuk macam tu melekat kat kereta. Kereta korang takpelah..aku tak kesah. Kereta aku..sori...huhu. Tak boleh..tak boleh..

Semasa menunggu kereta siap dicuci, datang seorang perempuan sambil menjinjing beg dan memegang sesuatu kat tangan dia. Aku rasa umur dia dalam lingkungan 20-an...mungkin masih belajar. 

"Assalamualaikum kak. Akak ni seorang cikgu ke?"

Hehe..nak gelak rasanya. Maybe sebab dia nampak aku pakai baju kurung sambil memegang beg. Padahal aku nak pergi kenduri kahwin lepas ni. "Tak lah..sebenarnya nak pergi kenduri kahwin lepas ni" Aku jawab sambil tersenyum. "Owh...hehe.." balas dia sambil ketawa. Tetiba aku teringat, ada kawan-kawan ofis aku pun cakap macam tu. Diorang kata aku ni ada rupa macam cikgu. Hahahaha. Aku pun tak tau rupa tu kat mana. Nak kata pakai baju kurung, yang lain pun pakai jugak. Hehe. Entah la labu..sian labu..selalu kena dengan aku. Hehe.

Selepas siap semua, aku pun bergerak ke ofis. Dari sana aku pergi dengan kawan2 ke Batu Caves. Sampai je kat sana, elok2 je..pengantin tengah berarak sambil diiringi paluan kompang oleh penduduk di taman tersebut. Wahhh...puteh sungguh pengantin lelaki ni, merangkap kawan aku yang kawin ni la, hehe. Bedak tebal...haha. Dari jauh dah nampak, tersengih sampai ke telinga pengantin. Hehe. Alhamdulillah..selamat dah si Aswad ni. Sejak dari aku wat praktikal sampai kerja dah dua tahun, akhirnya kahwin jugak setelah melalui pelbagai dugaan dan halangan. Pengantin perempuannya aku kenal gak. Zailora namanya. Panggil Zai. Sungguh ayu gitu. Majlis resepsi dibuat serentak dengan adiknya. Jadi ada dua pasang pengantin. Kawan aku ni bajunya warna ungu, si adik warna oren. Tengoklah gambar kat bawah ni.

                                                  Tahniah Aswad dan Zai! (baju purple)

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan akhir hayat!

Pssttt...lepas ini turn anis...lepas tu aku..huhuhuhu!

Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu..;-)

Friday, November 26, 2010

Isteri mengidam...apa nak buat?

Hujan sedang turun dengan sederhana lebat ketika aku sedang menaip di blog ini. Suasana malam yang sejuk yang hanya ditemani bunyian kipas angin dan rintikan hujan di luar, membuatkan aku terasa seperti ingin melabuhkan diri di atas tilam yang empuk dan sejuk ini.

Walaubagaimanapun...tidak sama sekali! Kerana aku nak update gak blog malam nih! Hahaha. Aku ni jenis, kalo kata nak buat, buat gak. Kalo dah letih, memang aku tak akan buka blog. Kalo tak, ada je nak menaip, lepas tu mata pun keletihan..jari pun krem..hehe. Oleh kerana sekarang jam sudah menunjukkan pukul 11.53 malam, maka dengan ini, aku harus menaip dengan laju sebab aku dah mengantuk! Tadi duk layan facebook..ha..berjam2 kat facebook, sian blog aku ni.

Ok kawan2..hari ini aku nak cerita psal seorang kawan di pejabat aku. Namanya..cukuplah aku gelarkan sebagai Mr.F (bukan nama sebenar). Haha..gempak kan? Ini adalah kisah benar, tiada yang benar melainkan yang tidak benar. Eh apa aku cakap ni, betul la kan? Haha. Pape la labu.. Ok, berbalik kepada cerita aku ni, tadi semasa aku sedang berjalan pulang dari Food Court KLCC nak ke ofis bersama seorang kwn, tiba-tiba kwn aku ni terkejut sebab dia disergah oleh Mr.F..hehe. Aku takdela terkejut sebab fikiran aku ni sedang sibuk memikir pasal benda lain. Aku ni berjalan sambil duk khayal..haha. Cane tu ek? Entahlah, aku je leh buat kot, haha. Kawan aku ni terkejut nak rak, hehe. Aku hanya tersenyum memandang Mr F. Wahhh..Mr F ni dah pandai buat orang terkejut ye...dulu masa mula2 masuk keje..bukan main..pemalu. Nak tegur pun takut. Sebab dia nampak skema sgt, haha. Jgn marah ye Mr F jika anda terbaca blog ini. ;-)

Aku dapat rasakan dia jadi 'happy' macam tu...dah pandai usik2 orang...sejak lepas kawin..hehe. Itu memang aku sangat perasan. Tapi aku tak tau la kalo kawan2 yang satu team kerja dengan dia kenal dia camana kan. Baguih la Mr F...mesti gembira hidup sekarang kan. Alhamdulillah.. Dia ni baru je mendirikan rumah tangga bulan Mei yang lepas. Tup tup..isterinya dah mengandung dah, 4 bulan genap esok ni. Alhamdulillah..

Aku tumpang rasa gembira dan aku dapat lihat wajah bakal si ayah. Aku tanya dia, amacam perasaan? Dia kata, happy..tapi dalam masa yang sama takut tau wanee..dia bgtau sambil tersenyum nampak gigi. Hehe. Macam ketawa Rasulullah gitu. Aku tanya dia, minggu ni pergi tak dinner? Dia kata tak pergi. Nak balik kampung tgk isteri kat kampung. Isteri dia bekerja sbg nurse kat Kedah. Dia kata kesian tgk isteri dia pergi klinik sorang2 takda suami teman. Aduuh..sejuk perut mak hang mengandungkan hang, baguih2. Hehe. 

Lepas tu dia pun menceritakanlah perihal isterinya. Dia kata, isterinya tak larat nak buat kerja. Mintak tlg ni tak larat, mtk tlg tu tak larat. Dia pun paham la kan. Takda la paksa isteri dia wat kerja. Tapi suatu hari tu, bangun pagi je, isteri dia terus ckp dgn dia, "Bang, jom pergi UO?" Dia pun dengan nada gurau bgtau, "Abg pun tak larat ni" hahahahahaha. Sweet dan lawak kan? Tapi dia pergi jugak la UO dengan wife dia..hehe. Suami mana tak sayang isteri ooii...hehe.

Lepas tu aku tanya, isteri dia ada mengidam pape tak. Dia kata ada. Wife dia nak kacang yang dalam plastik dibungkus dalam kapal terbang MAS tu. Aku pun tak tau rupa bentuk camana. Tapi yang disediakan dlm kapal terbang MAS. Dia dah bagi kacang lain, tapi wife dia still kata rasa tak sama. Ha...mana nak cari tu?? Nasib baik kakak Mr. F ni kerja stewardess MAS. Dapat lah kakaknya bawa balik selonggok kacang tu. Takde la selonggok, tapi ada la beberapa bungkus..hehe. Tipu jek wanee ni. :p

So Mr F ni kata, sekarang ni dia tak kan cerita dengan wife dia, dia makan apa waktu pagi ke..tengahari ke..malam ke..karang takut wife dia mengidam makanan yang dia makan tu lak. Dah la dia kat KL, wife dia kat Kedah, karang tak pasal2 kena bawa balik dari KL ke Kedah. Hehe. Tapi kalo dah mengidam punya pasal, kena la jugak kan. Isk..takut lak aku. Nnti aku camana la pulak. Janganlah mengidam pelik2. Kesian my future husband..;-)

Apa-apa pun, si suami kenalah ikut dan layan karenah si isteri tu baik-baik. Mood wanita mengandung ni lain. Kekadang kita xleh predict apa yang dia nak lepas tu pulak. Pelik2. Jadi kenalah banyak bersabar. Lagi satu, emosi si isteri kena jaga. Jangan bagi dia stress. Happy kan dia kalo boleh. Karang effect kat baby dalam kandungan tu. Wahh..aku ni bercakap macam dah ada pengalaman, haha. Takde..ni berdasarkan pembacaan ye kawan2. Jadi kepada bakal-bakal ayah dan ibu, belilah buku-buku untuk panduan semasa mengandung dan selepas bersalin, juga panduan untuk bakal ibu dan bapa mithali. Namailah nama anak anda dengan nama yang baik dan elok. 

Oklah, cukup sampai di sini saja aku membebel. Mata dah terpejam ni. Aku menaip sambil pejam mata ni tau. Haha. Wanee tipu. Ok dah dah. Selamat malam semua! Assalamualaikum.

Nov 26, 12:25am.

Monday, November 22, 2010

Pre-Wed ke?? No no no..

Assalamualaikum kwn2.hehe. Apsal aku nih. Tetiba jadi skema.haha (macam tak pernah skema, :P) Sudah lama rasa tak update blog nih. Bukan tak nak update, aku busy sangat last week..cuti seminggu balik kampung utk raya haji..apa taknya.. Entry bawah ni pun aku buat kat umah..tetiba ada masa nak update blog, so aku update je bila nampak CST production punya contest. Saje nak try..mana tau menang kan..tapi tak dapatlah utk top 10 entry..huhu. Takpelah..at least dah cuba. Bak kata encik tunang aku, "Hurm, xpe yang, at least kte da try.;-)". Yes my dear..at least kte dah try kan. Usaha lagi pasni, cayok2! hehe.

Hari Sabtu lepas, aku, encik tunang, angah dan mirul (ni adik2 ku) pergi ke Batu Layar. Sapa tak tau Batu Layar kat mana? Batu Layar kat Kota Tinggi. Cantik tu kalo nak amik gambar..laut bersih..batu banyak. Boleh posing macam2, hehe. Ketika kami tiba di sana, cuaca cerah lagi, cantik kalo nak ambil gambar. Jadi apa lagi, encik tunangku pun membawa kameranya dan mengambil gambar adik2 ku. Tgk gambar kt bawah ni. Hehe..macam pasangan bercinta jek diorang ni.



Lepas tu kami berdua pun berposing untuk gambar kami. Cameraman-nya adalah angah! Credit to angah! Dan editornya adalah encik tunangku, sapa lagi..eheh.






Ada banyak lagi gambar sebenarnya..tapi tak leh nk upload banyak2 sebab slow sangat line tenet ni..huhu. Oklah..jumpa esok! Salam..;-)

Friday, November 19, 2010

Our true love story {CST Production}

Dua hati yang terjalin di antara aku dan dia, bukan melalui satu pertemuan tetapi melalui keyakinan dan ketulusan hati masing-masing. Dia adalah teman satu kelas, juga satu sekolah semasa darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Tun Dr Syed Nasir. Dia berpindah ke sekolah ini semasa kami di darjah 5. Dia adalah seorang pelajar yang unik kerana ketinggiannya, dia lebih tinggi dari kami semua, dan kerana itu juga aku tidak terfikir bahawa aku dan dia akan menjadi pasangan cinta kerana aku sangat rendah pada waktu itu! Hehe.

Dia sangat suka mengusik aku pada waktu sekolah dulu, suka senyum denganku, dan aku juga senang berkawan dengannya kerana dia seorang yang baik, walaupun dia agak nakal. Nakal seperti pelajar dulu tau, bukan nakal seperti pelajar sekarang. ;-) Aku tidak tahu dia mempunyai perasaan denganku sehinggalah seorang rakanku memberitahu aku. Aku agak terkejut tapi aku tidak mengambil pusing hal itu. Bagi aku, mungkin dia sukakan aku sebab aku baik dengannya. Aku tidak suka mempunyai komitmen cinta semasa waktu belajar. Nak tahu sebab apa? Sebab atuk aku sangat-sangat mengambil berat hal ini. Mampus kalau dia tahu aku bercinta di sekolah, huhu.

Ada dua perkara yang aku tak akan lupa, yakni kenangan kami di sekolah rendah, pertama; semasa aku sedang menunggu emak aku mengambil aku dari sekolah agama. Sedang aku menunggu di depan rumah penduduk felda di situ, tiba-tiba lalu sebuah motor dan aky terdengar suara memanggil aku.
"Wanee!" Aku melihat dia memandangku sambil tersenyum dan menunjukkan jari di tangan kanannya, mengatakan 'Saya suka awak!'. Huh? Aku terkejut tetapi aku buat dek saja. Sebab aku blur dan ia membuatkan aku berfikir, seriuskah dia ini? Aku tak tahu samada benar dia menyukai aku atau tidak..huhu. Aku hanya mengerutkan muka dan tersenyum. Esoknya di sekolah, kami hanya buat tidak tahu dan terus terlupa hal semalam. Tetapi aku masih ingat kenangan itu sampai sekarang kerana buat pertama kalinya seorang budak lelaki menyatakan perasaan suka kepadaku terang-terangan! ;-)

Kedua; ketika kami selesai membuat latihan di kelas dan seperti biasa, pelajar-pelajar akan menukar buku masing-masing untuk menanda buku. Semasa itu, dia memberitahu aku yang dia mendapat buku aku untuk ditanda. Lalu aku terus berkata, "Nak ejan! Nak ejan!" Lalu suasana yang senyap tadi terus bertukar menjadi riuh dan satu kelas mengetawakan aku! Alamak, aku tersilap cakap, sebenarnya aku nak cakap yang aku nak buku dia! Aduhh..hanya tuhan yang tahu..merah padam muka aku pada waktu itu, haha. Tapi aku ini jenis yang selamba, jadi aku hanya menafikan dan buat tak tahu selepas itu. Aku pandang mukanya dan dia tersenyum memandangku. Aku cakap dalam hati, "Sukalah tu. Hmm betul ke dia suka aku?" Entahlah, no comment. Jadi hanya dua kenangan ini sahaja yang masih tersemat dalam ingatan aku. Bila aku kenang semula, aku akan tersenyum sendirian. Berangan orang kata, haha.

Kemudian di tingkatan satu, kami bertukar ke Sekolah Menengah Tun Habab. Kami mendapat di sekolah yang sama, tetapi berlainan kelas. Kami tidak bertegur sapa, hanya tersenyum bila berjumpa, mungkin sudah berlainan kelas, kami jarang berbual. Tidak lama kemudian, aku dengar dia sudah berpindah sekolah. Aku tidak tahu ke sekolah mana dan aku juga tidak bertanya. Dia pun tidak memberitahu aku. Semasa di tingkatan empat, kami bertemu semula di sebuah sekolah di Sedili semasa menyertai Pertandingan Sains dan Matematik. Tapi kami tidak berbual panjang, cuma berbual sebentar dan dia memperkenalkan aku dengan rakan-rakannya. Kemudian kami terpisah lagi, tidak tahu cerita masing-masing sehinggalah di zaman menara gading. 

Aku belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dia di Universiti Tun Hussien Onn (UTHM). Kami bertemu di Friendster. Dia add aku, kami bertanya khabar dan bertukar-tukar nombor telefon, tetapi kami tidak saling menghubungi. Dia suka telefon aku kerana suka nak berbual dan bercerita. Tetapi aku lain, pada waktu itu, aku tidak suka mana-mana lelaki menelefon aku sekadar hanya ingin berbual. Aku hanya menumpukan perhatian kepada belajar pada waktu itu dan tidak mahu mempunyai komitmen cinta. Walaupun aku tahu dia tidak mempunyai niat sebegitu, tetapi aku pernah tahu yang dia pernah menyukai aku semasa di sekolah. Oh tidak...aku tak bisa..haha. Lagi-lagi apabila aku mengetahui yang dia sudah mempunyai teman wanita pada waku itu, lagilah aku tidak mahu. Aku buat-buat tidak layan dan akhirnya dia senyap begitu saja. Kononnya tidak mahu mengganggu hubungan itu, tapi sungguh, benar! Aku tidak suka berbual mesra dengan lelaki yang sudah berpunya, walaupun dia rakan sekolah aku dahulu. Haha. Jahatkah aku?

Pada suatu hari, aku pergi ke Lowyat, KL bersama rakan sebilik di UKM. Aku masuk ke satu kedai dan membelek-belek barang di situ. Selepas itu aku memandang belakang kerana rakanku memanggil, dan ketika itulah aku terpandang wajah si dia di sebalik lalu lalang orang ramai yang penuh sesak di lowyat. Dan pada waktu yang sama, dia juga memandang aku! Kami memandang antara satu sama lain dengan perasaan tergamam dan berkata dalam hati, betul ke dia? Aku seperti tidak mahu pergi kepadanya kerana rasa serba salah disebabkan apa yang aku telah lakukan padanya, tapi aku tidak sampai hati. Aku kena pergi, at least bertanya sapa. Aku pergi ke arahnya dan aku melihat seorang perempuan di sebelahnya. "Oh inilah girl friend dia.." aku berkata dalam hati. Kami hanya bertanya khabar sebentar dan pulang selepas itu.

Semasa aku sedang menunggu bas di stesen kajang untuk ke UKM, dia menelefon aku dan kami berborak. Aku bertanyakan tentang perempuan yang bersamanya tadi tetapi dia hanya memberitahu aku yang perempuan itu adalah kawannya sahaja. Aku pun tidak tahu mengapa dia tak mahu berterus terang denganku, namun aku tak kisah. Aku pun tidak suka memaksa. Full stop. 

Kami tidak berhubung lagi selepas itu, pada pertengahan 2006, sehinggalah tamat pengajian di universiti pada bulan Mei 2007. Sebulan aku menganggur di rumah dan dia menghubungi aku lagi selepas itu. Pada waktu itu aku berborak dengannya dan dia bercerita denganku tentang dirinya. Dia sudah single disebabkan hal tertentu, bukan sebab aku tau. Hehe. Aku terus membalas mesej dengannya selepas itu. Kami terus berhubung dan berkawan sebagai teman tapi mesra. Aku senang dengan sifat penyayangnya dan suka mengambil berat.

Tanggal 11 Julai 2007, ketika aku sedang menunggu makanan yang dipesan bungkus selepas pulang dari kerja, aku berbalas mesej dengannya. Aku tahu dia suka pada aku tetapi aku lebih suka bersikap buat tak tahu. Aku mahu dia berterus terang denganku. Kami berborak tentang panggilan diri untuk pasangan yang bercinta. Aku kata, aku suka abi dan umi. Dia kata dia pun suka, lalu bertanya padaku jika kami membahasakan panggilan seperti itu. Aku dan dia bermain teka teki. Aku kata tidak boleh sebab kami tidak seperti pasangan bercinta. Dia bertanya padaku jika kami boleh menjadi pasangan bercinta. Aku terdiam dan terkejut. Aku bertanya kepadanya semula dan dia kata, betul, dia serius. Aku berfikir sejenak dan memberitahunya aku akan memberikannya jawapan selepas waktu maghrib nanti.

Pada waktu maghrib itu, aku buat solat hajat dan berdoa pada Allah agar memberikan aku petunjuk dan ketenangan hati. Benarkah dia yang aku cari selama ini? Aku tidak tahu dan yang aku tahu, aku bukan seorang yang cerewet atau 'high taste' untuk memilih pasangan. Aku menelefon mamaku dan akhirnya aku tekad. Aku menelefonnya.

"Awak, saya terima", beritahuku sambil tersenyum dengan perasaan yang 'nervous'. Aku menarik nafas dan berkata pada diri sendiri, "Betulkah apa yang aku buat ini?" Aku rasa sungguh pantas! Aku tidak terdesak untuk bercinta, namun itulah yang dikatakan seruan jodoh dan sudah tiba masanya. Sesungguhnya aku berserah pada-Mu Ya Allah, jika benar dia yang ditakdirkan untuk aku, aku redha dan aku mencintainya kerana cinta aku kepada-Mu Ya Allah. Perasaan aku sungguh tenang selepas itu. Alhamdulillah.

Pada bulan Mac 2009, selepas hari lahir aku, dia telah memberi aku satu surat. Macam orang dulu-dulu pula kan? Hehe, I like! Aku masih simpan surat itu dan di surat itulah dia mengatakan hasrat untuk mengambil aku sebagai suri hidupnya. Aku menangis membaca surat itu kerana ayatnya sungguh menyentuh perasaanku. Ingin sekali aku paparkan di sini, namun surat itu tiada padaku pada waktu ini. Aku di kampung ketika ini dan surat itu di rumah sewa aku di KL. Akan aku paparkan juga suatu hari selepas kami berkahwin nanti. ;-)

Hubungan kami sama juga seperti pasangan yang lain, ada manis dan ada pahitnya. Yang paling pahit adalah ketika bekas teman wanitanya masih menghubungi dia. Aku tahu mengapa dan sebabnya boleh diterima, namun aku tidak boleh menerima. Seperti ada sesuatu yang menyucuk-nyucuk di lubuk hati. Aku cemburu. Itu aku, haha. Namun Alhamdulillah, kami dapat menanganinya dengan bijak. Dia memujukku dengan baik dan meminta maaf denganku, walaupun aku tahu dia tak bersalah. Ini adalah salah satu sifat dia yang aku senangi. Aku lebih suka mendiamkan diri dan aku akan sejuk sendiri tak lama kemudian. Aku juga turut meminta maaf dengannya di atas sifat cemburuku dan dia faham. Aku sangat sayang padanya!

Dia yang aku cerita adalah Mohd Sahrizan Sahrudin. Hero aku. Aku sangat bersyukur mengenalinya kerana di situlah aku belajar erti cinta, erti hubungan sesama manusia dan erti perasaan rindu, kasih, cinta dan sayang. Kami saling melengkapi di antara satu sama lain, dan inilah yang menguatkan kepercayaan aku terhadap apa yang telah ditentukan oleh Yang Satu. Kami telah mengikat tali pertunangan pada 23 September 2009 dan akan bernikah pada tahun hadapan 11 Mac 2011..InsyaAllah. Doakan kami. Tempoh pertunangan kami memang lama, orang kata tidak elok, tapi alhamdulillah..hubungan kami berjalan lancar, meskipun ada orang yang cuba memporak-perandakan hubungan kami. Bagi kami, bertolak-ansur, jujur, saling memahami dan berbincang adalah perkara yang sangat penting dalam satu hubungan.

Ya Allah, Kau permudahkanlah dan kekalkanlah hubungan cinta kami Ya Allah. Kami bercinta kerana cinta kami kepada-Mu Ya Allah. Mekarkanlah cinta, rindu, kasih dan sayang kami Ya Allah. Tetapkanlah hati kami dan janganlah palingkan hati kami kepada yang lain melainkan kami sahaja Ya Allah. Engkau jua Ya Allah, yang Maha Pemurah, Mengetahui dan Maha Mengasihi.



 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space