Monday, September 14, 2009

Ramadhan dan Syawal ini..

Assalamualaikum smua.. Hmm..sudah lama aku tidak m'update blog ini sejak mula berpuasa.. Pape pun slmt berpuasa semua! Pejam celik pejam celik..dah tinggal bbrapa hari lg dh nak raya...mcm sekejap je rsanya.. Sedih rasanya apabila Ramadhan bakal meninggalkn kita...bulan Ramadhan lah bulan yg sgt2 istimewa.. bulan ini dikatakan sbg bulan berganda..kenapa? kerana setiap apa sahaja yg dilakukan akan mendpt balasan berganda..malahan nafsu kita juga akn turut berganda...haaa...bahaya tu.. Oleh itu..sama2lah kita meningkatkn amalan ibadah di bulan ramadhan ini supaya nafsu kita tidak berganda.. :)

Syawal pula bakal menjelma tidak lama lagi. Kanak-kanak adalah insan yg paling seronok dan gembira kerana mereka bakal memakai baju baru, kasut baru, seluar baru dn mcm2 lah.. dan x lupa juga..duit raya! Hehehe.. itulah impian kanak2..trmasuk aku masa kecik2 dulu...hehe.. Sudah lah..mengaku saja la.. Selain itu, mak-mak kita mestilah sibuk menyiapkn pelbagai persiapan utk raya ini spt kuih raya, langsir raya, baju raya dan tidak ketinggalan juga, ketupat, rendang, sayur lodeh, kari dan pelbagai menu pada hari raya nnti...

Tetapi di dalam menyambut Hari Raya ini, jgnlah kita lupa kpd insan2 yg lemah dan tidak berkemampuan utk menyambut lebaran ini dgn rasa gembira spt kita2 yg bertuah ini..sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Penyayang.. Marilah kita sama2 mengucapkan syukur di ats nikmat yg telah diberikn kpd kita oleh Allah s.w.t pada masa skrg ini..Alhamdulillah..

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkn Selamat Hari Raya kpd mama, ayah, angah, amirul, abang, keluarga dan rakan2 yg tercinta..minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..halalkn makan minum dan semoga bulan Syawal yg bakal menjelang ini, dpt mengeratkn lagi tali silaturrahim di antara kita sesama muslim..aminn..

SELAMAT HARI RAYA! :D

Tuesday, September 1, 2009

Merdeka!!

Hai semua..hmm...sori la..lama dah tak update blog ni.. Eleh..lama konon...huhu..baru 5 hari..hehe.. Bkn apa..balik ke kampung halaman khamis lepas..smpai smlm..31 Ogos..=) Seronok rasanya dpt berbuka puasa bersama keluarga...rindu sgt2 dgn masakan emak..aduh...sdpnye..nyum2..

Ha..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-52!! Tema tahun ini, "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Hmm...agak bernas dan mantap tema tahun ni..huhu.. Mlm kemerdekaan baru2 ni, aku telah menonton filem Hati Malaya 1957 bersama2 ayah dan adikku. Wah..sungguh menyentuh perasaan dan sungguh menginsafkn.. ia menyedarkan kita betapa sukarnya usaha pemimpin kita pd msa dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan negara kita. Kita patut bersyukur dgn kemajuan yg dicapai pada masa sekarang ini. Jika tidak, mungkin kita masih mkn ubi kayu..ataupun mungkin kita tidak dpt melanjutkn pelajaran dan hanya menjadi petani berjaya di tanah melayu ini..dijajah oleh bangsa2 asing yg bongkak dan kejam..hmm.. Apa2 pun..Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Terima kasih Malaysia!
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space