Monday, May 31, 2010

Teringatkan kamu

Rindunya aku dgn tunang tersayang...dia keluar pergi jumpa kwn slps maghrib tadi...baru beberapa jam x msj, aku dah rasa rindu dgn dia..aduihh...kalau dah kawin mcm mana ni wanee... (berkata kpd diri sendiri..hikhik)..

Sunday, May 30, 2010

Theme color of my wedding

At first, aku dan tunang pening jugak kepala pikir..apa tema warna wedding kami nanti. Merah putih atau merun, dah ramai sgt org guna sekarang ni. Hijau dah guna utk tunang kami hari tu.. Aku ada memikirkan warna biru terqouise atau gold untuk tema kami.. tapi akhirnya..


Mama : Along dah pikir lum warna tema nanti? Nak warna apa?

Aku : Belum lagi..warna apa eh ma..yang cantik.. (kami berpikir sejenak bersama-sama)

Ayah : Warna ungu la.. ayah ingat nk cat bilik tu warna ungu... cantik gak warna ungu..

Aku : Ungu? (aku berpikir sekejap)..

Ayah : Kalau setuju, nanti semua baju, kad, doorgift, pelamin..semua ungu..satu color..senang... Warna ungu tu lembut..laki perempuan semua boleh pakai.

Aku : Okla, warna ungu.


Aku mengangguk2kan kepala sambil tersenyum. Aku mula memikirkan warna ungu..ok..cantik..ungu tu lembut..aku mula membayangkan bilik pengantinku kelak, hehehe. Wanee ni...asyik berangan je kan..entah jadi ke tak imaginasi kamu tu..huhu. Aku dah memberitahu tunangku, dia ok je. Alhamdulillah...ungu ok apa. Ramai orang kata ungu tu cantik, betul, aku tak nafikan. Nanti balik bercuti ni, aku dan mama akan pergi ke butik pengantin untuk bertanyakan harga dan pakej. Cepat sangat? Takpe..sebab aku pun bkn setiap bulan balik kota. Mama dan ayah pun sibuk dengan kursus haji. Aku tak nak menyusahkan mereka kalau boleh. Tapi mama ayah kata, biar mereka yang uruskan semua. Aku cuma uruskan hantaran dan kad kahwin saje, boleh ke gitu? hihi..

Friday, May 28, 2010

Reunion with my childhoods friends

Pada 22hb minggu lepas, aku telah pergi bertemu dgn kawan2 satu sekolah rendah dahulu, kami bersama daripada darjah 1 hingga darjah 4. Kemudian, rakanku yg bernama Siti Hafsah (echa), Ummi Sara dan Nur Azirah telah berpindah semasa kami di darjah 4. Selepas itu, tiada khabar berita dari empunya diri masing2 sehingga lahhhh............. aku menemui profile mereka di facebook!!! Dunia ni kecil saje...memang tak sangka aku akan bertemu dgn mereka. Mari aku ceritakan tentang mereka satu persatu.

Hafsah, dgn nick namenya, Echa, yang aku kenali dahulu seorang yang sangat kuat ketawa. Ketawanya agak pelik dan kelakar, hihihihi.. kalaulah aku boleh merakam bunyi ketawanya dahulu, mesti best kan. Emaknya adalah cikgu bahasa melayu kami semasa sekolah rendah dahulu, iaitu Cikgu Sanimah Ahmad. Aku sangat menyayangi cikgu Sanimah kerana ketegasannya dan kebaikkannya sbg seorang guru. Dengan dia lah, aku belajar menulis dgn tulisan yang cantik. Dia selalu memuji aku dan ummi kerana mempunyai tulisan yang cantik di kelas, hehe. Aku tak kan melupai kenangan ini, siapa yang boleh lupa kan? :p
Aku bertemu dgn echa di UKM, Bangi. Tapi echa kata kami pernah bertemu di Matrikulasi Tangkak, aku tidak berapa ingat tapi macam ada, haha..lupela. Di UKM, Echa dan aku telah mengenali seorang kakak, dan dia lah yg membuatkan kami bertemu semula. Thanks Kak Ela,hehe.

Ummi Sara, nama glamornya, Ummi, adalah best friend aku semasa di kelas dahulu. Kami selalu membuat kerja sekolah sama-sama dan sering berlumba untuk menyiapkan kerja masing2 terlebih dahulu. Aku suka melihat tulisannya yang cantik! Sebelum kami berpisah kerana dia berpindah ke Jelebu, Negeri Sembilan, aku telah mengambil gmbar dgn dia, dan hanya dia yang menyimpan gmbar kami sehingga kini. Aku berharap agar aku akan dapat menatap gambar itu suatu hari nanti. Aku menemui Ummi di facebook dan apa yang memeranjatkan aku, Ummi satu kolej dgn tempat adik aku belajar iaitu Unitar,Kelana Jaya! Adik aku memang mengenali ummi, tapi tidak kenal secara rapat. Kecilkan dunia ini!

Nur Azirah, adalah seorang gadis yang manis dan mempunyai seorang kembar lelaki. Azirah yang aku kenali adalah seorang yang berjiwa sastera. Dia suka menulis, seperti menulis novel dan sajak. Aku tidak pasti samada dia masih dgn jiwa sasteranya sehingga sekarang, tapi apa yang aku tahu, dia bakal menjadi salah seorang ahli di pusat perubatan Malaysia. Dia ni juga rupa-rupanya adalah saudara aku, tapi aku tidak tahu bagaimana hubungan saudara kami itu terjadi, hehehe. Aku juga menemui Azirah di facebook.

Okla, cukuplah cerita mereka, yang lain tu, Nurul, Sufi dan Haryani, aku tahu cerita diorang sejak habis belajar lagi sebab kami menamatkan darjah 6 sama-sama dan tidak berpindah ke mana-mana. Masih setia di Felda Pasak! Hihi.. Kami buat reunion kecil di KLCC. Tgkla gambar kami di bawah. Encik tunang aku kata, "budak pasak ni sepesen je mukanye..huhuhu".



Dari kiri, Nurul, Ummi, Yani, Sufi dan aku.. ;-)



Aku dan ummi..



Aku, ummi dan echa.

Thursday, May 27, 2010

Roh dan Tubuh Badan

Hari ini ok sikit...tapi masih letih sperti smlm. Mungkin aku kena tido awal mlm ini, bak kata housemate aku. Tapi aku dah tertidur lepas maghrib tadi...boleh ke aku tidur awal eh..kita tgk nanti...boleh tak..hehe.

Aku baru lepas menonton cerita seram di tv3..'Roh Kembali'..hohoho. Seram..tapi penuh dgn tanda tanya..apa yang terjadi sebenarnya..apa yang akan berlaku seterusnya..best lah pendek kata, aku suka dgn cerita macam ini.

Aku suka pada dialog watak ustaz dlm cerita ni yang dilakonkan oleh Razak Ahmad. Ustaz tu kata, kita terdiri daripada dua, iaitu badan dan roh. Badan adalah tubuh badan kita, manakala roh adalah dalaman kita. Pendek kata, apa yang kita panggil sixth sense, chemistry..itulah roh sbnrnya. Kita manusia terlalu mementingkan tubuh badan sehingga kita lupa keperluan roh kita. Kita sibuk menjaga badan dgn memakai susuk la..vitamin la.. tapi adakah kita ingat keperluan roh dalaman kita? Apabila nyawa terputus daripada badan, roh yang akan kita bawa ke akhirat kelak, manakala tubuh badan akan ditanam dan dimakan ulat begitu saja. Ini membuatkn aku berfikir, sudahkah kita bersedia untuk keperluan roh kita? Kita tidak tahu bila akhirat akan tiba...hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Wednesday, May 26, 2010

My lesson learned..

Smlm sewaktu aku tiba di rumah pada pukul 11mlm, aku terus meraba2 beg aku untuk mengambil kumci rumah. Tetiba...owh nooooooooo!!!!!... kunci tertinggal kat opis..owh tidak...apa dah jadi ni..betul ke ni..mcm tak percaye jek. Aku terus teringat memori pagi itu, aku keluar rumah tergesa-gesa dan meletakkan kunci di dalam beg kertas yang ku bawa. Sesampai di ofis, aku terlupa nak menyimpan kunci itu di dalam beg sandangku. Aku meneruskan kerjaku dgn perasaan yang sama setiap hari...seperti tidak ada apa yang akan berlaku seterusnya. Aku balik lambat pd mlm itu kerana menyiapkn kerja-kerja ku kerana aku akan bercuti pada keesokkan harinya.

Aduhhh..macam mana boleh terlupa. Aku terus menghubungi rakanku di ofis, Annesa kerana aku telah memberi beg kertas itu kpdnya utk diserahkan kpd Kak Ana, SU assistant bos aku kat ofis, pada esok paginya. Mmg betul kunci tu berada di dlm beg tu. Alhamdulillah..nasib baik.


Annesa : Wanee, u boleh masuk rumah tak? Housemate u ada kat rumah tak?

Aku : Ada ada..i boleh masuk rumah, cuma tak boleh masuk bilik je sbb i duk sorang kat bilik tu. I ingt nk dtg opis semula amik kunci. Takpe i naik teksi.

Annesa : Eh takpelah, biar i hntar kunci tu ke rumah u. Takpe, i nak balik Kepong, on the way tu bole je i hntarkan. Bahaya la mlm2 ni kalau u nak naik teksi.

Aku : Eh betul ke ni Annesa? Susahkan u jek.

Annesa : Boleh..tapi u kena tunggu dlm 30 minit la, i ada keje nk kena siapkan dulu. Boleh ke?


Aku terus kata boleh walaupn aku rasa seperti menyusahkan dia. Tapi dia begitu baik utk menolongku. Itulah sebenarnya kawan, menolong kita di kala susah. Aku sangat2 berterima kasih kpdnya. Thanks Annesa..moga Allah merahmati kamu sentiasa.

Kesan daripada peristiwa ini, aku merancang utk m'buat kunci pendua. Hehehe..baru nak buat. Mesti pelik, kenapa tak buat sblum ni kan. Tu la wanee..hihihi. Lesson learned on yesterday.

Monday, May 24, 2010

Letih hari ni..nape ek?

Hari ni aku keletihan sangat..tak tau mengapa. Kaki terasa perlahan bila melangkah pulang dari pejabat. Badan rasa letih..tak bermaya. Sampai di rumah, semasa menunggu bilik air kosong, aku terlelap sekejap di katil sehingga Isyak. Aku terjaga bila mendgr azan...kenapa ni..smpai terlelap begitu lama. Aku seperti tidak boleh berfikir dgn betul apa yang ptut aku lakukan slps mandi..fikiranku seperti di awang-awangan. Hmm..kenapa ye? Kenapa kenapa kenapa... mungkin kerana aku terlalu sibuk bekerja menatap skrin komputer selama 7 hari. Aku perlukan cuti. Cuti!!
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space