Sunday, April 24, 2011

Cari rumah sewa

Assalamualaikum.

Maaf sudah lama tak update. Bila nak update je tak tau nk taip apa. Bila time busy ada lak cerita. Sekarang ni aku pun tak tau nak cerita apa sebenarnya. Haha. 

Mr.hubby aku dah mohon nk pindah keje ke Kuala Lumpur. Keputusan akan keluar akhir Mei. Pastu terus kena lapor diri awal Jun. Ini kalo dapatt...Ya Allah makbulkanlah doaku siang malam. Moga suamiku dapat pindah nanti. Kami sekarang ni sedang nak cari rumah sewa. Yela, aku sekarang duduk dengan kawan2. Bila suami pindah sini, mestilah nak duk sama kan.hehe. Ada problem gak, sebab tak confirm lagi dapat pindah atau tak kan. Kalo dah dapat umah, tetiba tak dapat pindah keje, haru gak. Bila dapat pindah keje, tapi umah tak dapat lagi, pun haru, haha. Jadi kami sekarang ini sedang memikirkan strategi yang baek punya.

Jadi sesiapa yang ada informasi berkenaan rumah sewa di Kuala Lumpur area Ampang, samada landed or apartment, sewa dalam linkungan RM0-RM800, sila hubungi saya di wanee_snar1803@yahoo.com.

ok semua, cau cin cau dulu! Salam!

Sunday, April 3, 2011

Pegang tangan dapat pahala?

Suamiku telah datang ke KL minggu ini...yeay! Sukenya akuuuu....huhu. Windu tau.

Kami pergi berdating di MidValey KL...tengok wayang..cite sucker punch. Bestla cerita dia, not bad for us. Lepas tgk wayang, kami makan ais krim McD. Aku mcm biasa...suka aiskrim vanila yang singgit tuh. My hubby suka yg bersalut coklat. Perbezaan di antara kami, aku tak gemar coklat, suamiku gemar sangat coklat. Hihi. Terbalik kan, selalunya pempuan yang suka coklat, kuikui.

Sambil makan ais krim, kami berborak2...ketawa2..buat lawak dan tengok orang disekeliling. Tetiba suami aku bersuara..

"Yang, abang rasa nikmat betul selepas berkahwin ni. Kita berpegangan tangan dapat pahala. Tgk couple bdk2 muda tu, pegang tangan dapat dosa."

Aku tergamam sekejap. Lantas aku tersenyum. Betul2, aku balas. ;-)

Aku suka statement suami aku ni. Kepada rakan-rakan dan pembaca yang belum berkahwin dan sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga, cpt2 lah berkahwin. Memang nikmat tau. Semua kita buat untuk pasangan kita dapat pahala tau. 

Lihat mata dia, pegang tangan dia, senyum kat dia, hormati dia, buat dia senang hati.....semua dapat pahala. Dr. Fadzilah Kamsah sendiri pernah berkata, bila anda berpegangan tangan dgn suami atau isteri anda, gugur dosa-dosa kecil kita. Alhamdulillah..nikmattt..;-)

Betul kan abang?

Aku tau suami aku akan membaca blog ini. Pesan untuk abang.....

...Abang keje elok2 tau...;-)
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space