Friday, July 24, 2009

KMJ ku...

Setelah aku tamat persekolahan di sekolah menengah, kemudian aku melanjutkan pelajaranku ke Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak atau lebih dikenali dgn KMJ! Kolej Mencari JOdoh! Hehehe...ini kawan2ku yang bagi nama ye..apa2 entah..heh..

Di sini aku amik Sains Hayat (Biologi)..sbb cita-cita nak jadi doktor kan.. Kelasku ialah KH2 PH16..hehehe..ku ingat lagi..Kuliah Hayat 2 Praktikum Hayat 16. Wah..kelas ni mmg sgt best! Aku masih ingat lagi kawan2ku di kelas ini, Aishah, Wan, Yuz, Raudhah, Ika, Jesslyn, Mastura, Adah, Khalemi, Su, Fitrah, Yati, Liza, Lina, Latifah, dan lain-lain...yang tak kusebut namanya minta maaf...bukan x ingat..ingat..=) Korang simpan lagi x gmbar ni? Hehehe..mesti simpan kan.. Sori ye Khalemi..kte cilok gmbar ni kat facebook..huhuhuhu.. Agak-agak, yang mana satukah aku? Huhuhu...mesti korg x caya kan.. Di tengah2 tu mentor kitaorg..kitaorg panggil 'Ibu'... Nama dia? Ha..nama bunga tau..Puan Kenanga..=) Kami masih lagi berhubung antra satu sama lain..dgn adanya facebook, friendster...kami berpeluang bertanya khabar antra satu sama lain...



Di KMJ, aku meneruskan pengajian selama setahun,(2004/2005 - 2005/2006). Terlalu banyak kenangan manis semasa di KMJ. Di sana kami belajar dan membina ukhwah. Di sana juga lah aku belajar merindui keluarga di kampung. Dan di sana jugalah aku belajar hidup lebih berdikari..nak tau apa? Balik kampung naik bas...hehehe.. sebab selama ni mana pernah balik kampung naik bas..masa sekolah menengah pun tak naik bas msa balik kampung..huhu..apa ni..
Selain itu, di sana juga aku bertemu dengan kawan yang bermacam2 perangai..ha...baru tau ubi dan batas..hehe.. Tapi ni baru sikit..percayalah...bila anda dah bekerja nanti...hmm....baru tau bagaimana...macam2 ada... =)

Pape pun.....terima kasih kat ibu Kenanga...di atas jalinan dan ukhwah yang terjalin. Terima kasih juga kat semua guru2 yang mengajar kami di KMJ! Moga berjaya kawan-kawanku! Apa korang buat ye sekarang? Update me please...

Wednesday, July 22, 2009

Sekolah Tun Habab tercinta..

Aku rasa aku terlupa nak cerita pasal kenangan manis kena buli dulu masa kat sekolah..hehehe..
Tak payah la eh...buang masa je...biarlah kenangan tu berlegar-legar di ruang angkasa sahaja...kalau tetiba rasa nak cerita, aku cerita ok. Malas nak bercerita panjang lebar kat sini..nnti korang boring...hehehe. Nanti tak pasal-pasal kena serang dengan Nurul, sebab dulu memang dia seorang je yang berani buli aku! Hohohoho.. Aku tak tau sejak bila dia tak berani buli aku dah..tapi aku perasan la, sejak dia lawan main chess dgn aku, dan aku menang...sejak tu dia tak berani dah buli aku...hahaha.. (Terima kasih ayah sebab ajar along main chess..hehehe..)


Kemudian aku pun meneruskan persekolahan ke Sekolah Menengah Tun Habab, Kota Tinggi, Johor setelah tamat Darjah 6 dengan cemerlangnya! Aku bersekolah di sana selama 5 tahun sehingga tingkatan 5. Aku tak pindah ke mana-mana sekolah pun sebab bagi aku, ke mana pun kita dicampakkan, kita tetap berjaya. Bak kata pepatah, kalau benih itu baik, dicampak ke pulau pun jadi. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri...ini juga adalah keputusan ayah dan mama ku jua. Namun begitu, aku tetap berpeluang untuk belajar berdikari kerana selama 5 tahun, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, aku berpeluang untuk tinggal di Asrama Pusat Kota Tinggi. Sebulan 2 kali aku akan balik ke kampung...hehehe..kampung la sangat...20 minit je dah smpai Felda Pasak dari Kota Tinggi...huhuhu.. Tapi masa itu, kita panggil 'kampung' la.. =) Di sana, aku menimba ilmu dgn gigih demi mencapai cita-cita dan memenuhi impianku serta ibu bapaku yang tercinta! Gambar kat bawah ni..inilah gmbar sekolah Tun Habab yang bestari tu. Tempatku belajar selama 5 tahun...=)




Bawah ni pulak gambar asrama pusat..gmbar kat pintu pagar je la...hehe..


Bawah ni pulak lirik lagu Sekolah Menengah Tun Habab.... =)


Dan yang terakhir...ni peta jalan nak ke sekolahku yang tercinta..sesapa yang teringin nak pergi..printlah peta ni ye...hehehehe..jangan sesat sudah..



Sebelum itu, aku nak ucap ribuan jutaan terima kasih kepada guru-guruku di SMK Tun Habab yang bertungkus lumus mengajar aku dan kawan-kawan selama 5 tahun (1999 - 2003). Terima kasih pada Cikgu Umi Kalsom, Cikgu Mahnita, Cikgu Zuraidah, Cikgu Azizah, Cikgu Ahmad Bahri, Cikgu Norlila, Cikgu Rohani, Cikgu Aziz, Cikgu Hamaliah, Ustazah Norizah, dan cikgu-cikgu lain...yang tak ku sebut namanya di sini..minta maaf ye cikgu.. bukan tak ingat..ingat...=) Semoga cikgu2 sekalian mendapat rahmat, panjang umur dan dilimpahkan rezeki yang berlipat-ganda, berkat usaha dan jasa cikgu mengajar saya sehingga saya berjaya kini..aminn.. Terima kasih Cikgu!

Monday, July 20, 2009

Alamak! Dangdut pulak....

Masa aku mahu keluar untuk turun ke bawah membeli makanan, tiba-tiba..telingaku menangkap lagu-lagu dangdut yang dimainkan di jiran sebelah rumahku! Aduh..bingit telinga saya pak! Kalau aku tau lagunya takpe..ini..lagu yang kte tak biase dgr..aduh...dahla kepalaku pening..lagi-lagi pening dibuatnya! Nak buka boleh..cukup2lah dgr satu rumah je..ni sampai rumah sebelah pun dgr..aduh..
Tetiba aku teringt cashier chinese 'pon' kat tempt keje aku..dia pun suka lagu dangdut! Semasa aku baru smpi ke ofis..dalam pukul 10.50 pagi (aku kerja ada 2 shift, 7pg-4ptg dan 11pg-8mlm), aku terserempak dengan dia. Apa nama dia aku pun tak tau, tpi rakan2 di tempat kerja panggil dia 'Sailormoon'! Hahahaha...entah sebab apa diorg pnggil sailormoon, aku pun tak tau. Lepas tu kami pun saling bertegur sapa dan naik lift sama-sama. Tiba2 dia buka lagu dangdut kat hp dia! Aku hanya tersenyum. "Suka lagu dangdut?", aku bertanya. "A'ah, suka. Baru syok!!", kata si sailormoon sambil menyanyi. Aduh! Lagi terbeliak biji mata aku dgr dia nyanyi. Biar betul dia ni..isk3..masa tu nasib baik aku je yang ada dlm lift dgn dia. Kalo lah ada pakcik2 dan abang2..aduh..pengsan agaknye mereka..hahahaha.. Sailormoon..sailormoon.. :p

Demam + selsema +sakit tekak +pening kepala..

Waaaaa...aku demam hari ni..macam tak percaya je..bukan tak percaya apa..tak percaya aku MC hari ni... :( Selama ni aku tak pernah cuti sakit...kalo demam pun aku datang gak..sebab bukannya teruk sangat pun.. Tapi disebabkan sekarang ini terdapat satu penyakit yang ganas sedang menular di Malaysia..jadi aku pun menimbangkan untuk bercuti sakit..sebab kesian kat kawan-kawan aku di tempat keje tu..karang berjangkit susah lak.. Boring giler duk umah ni....rasa macam nak pergi keje je....tolong! Nak keje! Nak keje! :(


Saturday, July 18, 2009

Buka! Buka! Tarik! Tarik!

Petang tadi kira-kira sekitar pukul 3.40 petang, ketika aku sedang baring-baring untuk melelapkan mata seketika, tiba-tiba aku terdengar keriuhan di bawah flat yang aku tinggal. "Buka! Buka! Buka! Buka! Buka ni! " Suara seorang budak perempuan menjerit-jerit berulang-ulang kali. Kemudian, suara budak lelaki pula, "Buka! Buka! Tarik! Tarik ni!". Mula-mula aku rasa mungkin mereka sedang bermain-main. Tapi semakin lama aku rasa terganggu. Ayat yang sama berulang-ulang kali diucapkan. Aku berfikir...main apa buka buka ni..pelik je. "Buka! Buka! Buka! Buka ni dik! Buka!". "Tarik! Tarik! Tarik! Tarik ni dik!" Suara budak lelaki tu menjerit seperti putus asa. Aku pun pergi ke tingkap bilik untuk melihat apa yang berlaku. Dari celah-celah tingkap, aku melihat terdapat 4 orang adik-beradik sedang berusaha untuk mengeluarkan seorang adik bongsu lelaki mereka dalam lingkungan umur 1-2 tahun, terkunci di dalam kereta! Oh tidak! Aku lihat, si kakak sulung, berusaha mengetuk-ngetuk tingkap kereta untuk menarik perhatian adiknya supaya menarik kunci di tepi tingkap itu. Aku percaya, adik bongsunya ini telah mengunci pintu kereta secara tak sengaja bila di dalam kereta, manakala kakak-kakak dan abangnya di luar kereta. Si kakak yang kedua juga membuat perkara yang sama, begitu juga si abang yang ketiga. Manakala yang keempat, adik perempuan kedua bongsu pula berjalan keliling kereta mencari idea..bagaimana untuk mengeluarkan adiknya. Dia seperti tidak mengendahkan hal yang berlaku, tapi aku dapat lihat dia memberi idea kepada kakak-kakaknya untuk mencuba itu dan ini. Si kakak yang kedua seperti sudah putus asa. Begitu juga dengan si abang, tapi si abang tidak berhenti begitu saja. Dia tetap mengetuk-ngetuk pintu memanggil adiknya. "Buka! Buka! Tarik! Tarik!" Aku dapat lihat si adik bongsu yang berada di dalam kereta turut sama mengetuk-ngetuk pintu, mengikut gelagat kakak dan abangnya. Tapi aku percaya, dia tidak faham apa sebenrnya arahan kakak dan abangnya. Hehehehe..nak gelak pun ada juga, sebab selepas itu, si adik pun memegang stereng kereta, lagaknya seperti mahu memandu kereta. Aku berfikir, mungkin cita-citanya untuk menjadi seperti pemandu F1 suatu hari nanti. Hehehe.. Si Emak pula datang memanggil-manggil namanya supaya menarik kunci kereta tu. "Danish, tarik! Tarik!" Tapi si anak bongsu tetap dengan gayanya memegang stereng kereta seperti pemandu F1. Si emak cuba untuk membuka pintu kereta dengan kunci kereta tapi gagal. Kemudia datang pula seorang lelaki muda, berusaha untuk menolong dengan mencungkil getah di tepi pintu kereta itu dan memasukkan dawai ke dalam untuk membuka kunci kereta. Usaha pemuda itu nampak seperti hampir berjaya tetapi mengambil masa yang agak lama. Si emak dan si kakak terus memanggil nama Danish. Aku seperti ingin membantu tetapi aku tak tahu macam mana nak tolong. Kemudian datang dua orang lelaki dalam lingkungan umur 40 tahun datang membantu, tidak sampai 5 minit, akhirnya pintu tersebut berjaya dibuka dengan menggunakan dawai tersebut.
Alhamdulillah...akhirnya si kakak membawa si adik bongsu keluar dari kereta. "Nasib baik tak buka air-cond, kalau tidak...", kata si emak.

Tiba-tiba aku teringat satu berita yang pernah dipaparkan pada suatu ketika dahulu mengenai seorang lelaki yang tidur di dalam kereta sambil memasang air-cond dan menutup pintu kereta terlalu lama sehingga membawa kematian. Ingatlah, jika mahu tidur di dalam kereta, janganlah membuka air-cond dan menutup pintu kereta dengan jangka masa yang lama. Bahaya tau! Sayangilah kelurga anda dan ingatlah orang yang tersayang..=)

Buku ke sekolah..

Malam tadi aku baca mastika..majalah kegemaranku! Mungkin ada yang tak berapa gemar nak membaca majalah mastika..tapi aku suka..tak kisahlah apa kamu semua nak kata..aku tetap suka dengan mastika. Di antara sebab aku suka dengan mastika, kebanyakkan ceritanya memberi kita pengajaran, teladan dan pengetahuan. Ewah..nak promote mastika kat sini pulak.. Ok ok, kembali semula ke topik di atas..'bawa buku ke sekolah'. Mesti kamu pelik...mestilah kena bawa buku ke sekolah? Hehehe. Betul la tu..cuma topik buku di sini adalah...murid sekolah sekarang membawa buku yang banyak ke sekolah. Isu ini pernah ditimbulkan pada waktu dahulu...di mana kebanyakkan murid sekolah rendah membawa buku yang banyak ke sekolah, dikatakan berat beg yang digalas murid-murid ini sehingga mencecah 5 kg..alasan mereka, cikgu suruh bawa atau pun ikut jadual kelas pada hari itu. Kesannya, apabila membawa beg yang digalas di bahu belakang murid yang saiz badannya mungkin kecil daripada saiz beg sekolah ini, murid akan jadi bongkok, kesan kepada tulang dan ergonomik. Ini memang tidak patut. Jadi kerajaan pun mencadangkan agar sekolah membuat jadual anjal. Tapi kesannya tetap sama...kenapa? Kerana aku di antara salah seorang daripada murid-murid ini di waktu itu..hehehehe... Tapi masa tu ok la jugak..tak ada lah berat sangat beg..terpulang pada murid itu sendiri. Semasa zamanku, ramai je yang bawa buku sikit..aku ni di antara yang skema la jugak..sebab bawa buku banyak! hahaha..
Tiba-tiba aku teringat satu kenangan...aku dibuli kawanku yang bernama Nurul Hidayah! Dia suka buli aku dulu semasa sekolah..apa entah yang ada kat aku yang dia suka sangat nak buli. Mungkin sebab aku nerd kot dulu..huhu. Salah satunya, semasa kami semua tengah beratur dalam kelas sebelum pulang..'Terima kasih cikgu!', ucap kami selepas ketua darjah beri salam. Semasa aku baru nak melangkah, tiba-tiba beg aku terjatuh dari bahu! Rupa-rupanya Nurul tarik tali beg aku semasa aku nak berjalan, kurang asam Nurul! Sudahlah beg berat! Nak terduduk aku dibuatnya..Nurul pulak ketawa sambil melangkah pulang, bye bye Wanee! Dengan senang hatinya dia berjalan..sambil tersengih kesukaan! Kurang asem! Hahahaha..tapi tu kenangan manis..aku tak ambil hati pun..cuma bila teringat semula, kelakar rasanya. Aku dulu senang sangat nak dibuli, mungkin sekarang pun sama kot...hahaha..kesian wanee..huhu..
Macam-macam lah kenangan manis semasa di sekolah dulu..nanti aku cerita lagi ye..haha..

Falling slowly..

I don't know you
But I want you
All the more for that
Words fall through me
And always fool me
And I can't react
And games that never amount
To more than they're meant
Will play themselves out

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You've made it now

Falling slowly, eyes that know me
And I can't go back
Moods that take me and erase me
And I'm painted black
You have suffered enough
And warred with yourself
It's time that you won

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You've made it now

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You've made it now
Falling slowly sing your melody
I'll sing along

p/s : very nice song.. I like this song!

Thursday, July 16, 2009

Cikgu Sanimah

Tiba-tiba aku teringat seorang guru bahasa malaysia ku ini! Cikgu Sanimah Ahmad! Ya Allah..aku hampir terlupa dengan dia.. dia lah guru yang mula-mula mencetus semangat aku untuk belajar lebih gigih semasa darjah 1 hingga darjah 4. Dia mengajarku selama empat tahun untuk subjek Bahasa Melayu. Anak perempuannya juga sebayaku, Habsah. Anaknya belajar sama universiti denganku, UKM Bangi. Kami berjumpa semula semasa di UKM. Itulah orang kata, dunia ini kecil je..kita akan berjumpa semula walau jauh di mana pun. Cuma aku tak dapat nak berjumpa dengan Cikgu Sanimah lagi..aku dengar dari anaknya yang dia sihat walafiat..alhamdulillah..=) Terima kasih cikgu..kerana cikgu lah..aku boleh berjaya sehingga kini. Cikgu selalu memberi aku semangat dan motivasi semasa sekolah dahulu untuk aku berjaya. Terima kasih banyak-banyak cikgu!

Wednesday, July 15, 2009

Kena siram air..

Selepas tamat persekolahan di tadika...aku menyambung pelajaran di sekolah rendah (Sek. Keb. Tun Dr. Syed Nasir) , di felda tercinta, Felda Pasak, Kota Tinggi, JOhor! =) Aku masih ingat lagi cikgu-gikgu yang mengajar aku di sekolah dulu...Ustazah Khamsaton, Teacher Zaiton, Cikgu Salina, Cikgu Asmah, Cikgu Hamid, Cikgu Aida, Sir Hanafi..hmm..ramai la lagi. Aku sayang sangat dgn cikgu-cikgu ku itu..mereka semua sangat baik. Dulu semasa di sekolah, aku sangat bermotivasi untuk mendapatkan markah tertinggi di kelas..sebab apa? Sebab aku suka bersaing dgn kawan-kawan di kelas waktu tu.. Aku ingt lagi, pesaing-pesaing aku adalah Nurul Hidayah Rahmat dan Sufi Syuhadah Sufian..ha..penuh nama mereka ku sebut..hehehe. Mesti mereka sedang terbatuk-batuk di waktu ini..maaf ye korang..bukan mengumpat tau. Hmm..jadi kami selalu bersaing untuk memperolehi kedudukan yang pertama, kedua dan ketiga dalam kelas. Masing2-masing macam bergilir-gilir..hehehe. Seronok rasa bila teringat semula zaman persekolahan dulu...semangat nak belajar tu sentiasa tinggi! Kemudian bersaing tulisan siapa paling cantik. Nanti cikgu akan umumkan dan bagi pengumuman di kelas. "Ha, cuba ikut tulisan wanee ni...cantik je..kemas je.." Masa tu aku tersenyum dlm hati jek..aku ni low profile orgnya..tak suka nak menunjuk-nunjuk. Tapi dalam blog ni..aku tiada niat pun nak menunjuk-nunjuk. Cuma nak ingatkan semula kenangan manis semasa di sekolah rendah dulu...hehe.
Aku cuma ada satu kenangan pahit yg tak dapat kulupakan semasa sekolah rendah. Semasa itu aku darjah 4, semester dua. Aku dapat nombor empat di dalam kelas. Balik rumah saja..kena marah dengan mama dan ayah. Teruk sangat masa tu..aku rasa teruk sangat sebab gara-gara dapat nombor empat saja, aku kena marah teruk. Ye la, macam aku ckp tadi, aku selalu dapat nombor 1,2 atau 3 saja dalam kelas. Aku kena marah, kena tarik masuk dalam bilik air..kena siram dgn air kolah lagi. Wah..masa tu hanya Allah je yang tau..aku menangis teruk masa tu. Itulah sekali kenangan pahit dalam hidupku tetapi cukup bermakna untukku. Kesannya, sejak dari peristiwa itu, aku belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan yang terbaik untukku. Aku mahu buktikan pada mama dan ayah bahawa aku boleh berjaya! Masa itu..cita-citaku adalah untuk menjadi seorang doktor..percaya tak? Agak-agak apa kerjaya aku sekarang? Doktor kah? =)

Monday, July 13, 2009

Masa kecil..

Masa kecilku...banyak perkara atau peristiwa yang tak ku berapa ingat sangat... Aku cuma ingt msa tu aku suke main masak2 bwh meja makan..masa sblum masuk tadika. Nenek kata aku suka pergi ke rumah jiran depan...smbil bawa buku ABC. Nenek kata aku suka bawa buku dan baca ABC dgn acik anak tok daud dpn rumah..hehehe..ntahla..x berapa ingt..yg aku ingt aku cuma suka main masak2 bwh meja mkn..tu plg x ku lupa.. Lg satu..aku suke kumpul mainan..mcm2 ada...(rasanya boleh buka kedai mainan)..hihi..bazir duit mama dan ayah je masa tu..anak manja la katakan masa tu.. Nak pergi cabut gigi pun kena ada syarat..kena belikan mainan..kalau tak, aku tak nak cabut gigi. Tp skrg baru aku tau..betapa susahnya mereka nk kumpul duit, belikan mainan utk aku msa tu.. Aku tak kan lupa itu semua, kerana kalau aku malas belajar, perkara ini lah yg akan ditimbulkan.. duit banyak keluar utk aku semasa kecil.. Mama ku berkata, "Kalau akak tak belajar rajin2, siapa yang nak jaga mama dan ayah. Esok2 bila dah besar nak kerja apa? Apa yang akak nak semua mama ayah bg.." Itulah yg selalu diungkapkan... aku bknnya jenis suka melawan..aku hnya berdiam diri dan menangis dlm hati..(cane eh nangis dlm hati?) Hehehe..
Bila masuk tadika je..aku dah tak main mainan lagi..minatku dah berkurang.. Masa tadika, aku suka utk dpt markah tertinggi dlm kelas..sbb suka jadi anak murid kesayangan cikgu..hehehe..sapa yg x suka..tul x? Aku ingat lagi..dulu aku dapat anugerah anak murid terbersih, kemas dan cemerlang masa tadika..hehehe..aku tak kan lupa kenangan manis masa tadika dulu.. terima kasih Cikgu Yati..aku tak kan lupa nama cikgu ini yg telah mengajar dan mendidik aku semasa tadika..walaupn nmpak kecil, tp bgku sangat besar... di sini lah segalanya bermula sebelum aku masuk ke sekolah rendah.. aku menjadi seorg yg bermotivasi dan suka belajar.. namun ada gak kelemahan ku..aku mudah menangis!

Sunday, July 12, 2009

Sebuah kelahiran...

Salam semua...
Post pertamaku..ya..sebuah kelahiran...kelahiran sape? mestila kelahiranku..hehehe..
(maaf ye kalo sy guna gnti nama diri 'kite'). Kalo org Johor biasenya ktorg guna 'kte' menunjukkn 'saya'..=) Sapa2 yg org johor tu tau la...
Aku merupakn anak sulung dari 3 adik beradik..tp kelahiranku lain drpd adik beradik yg lain...aku lahir songsang tau x.. Mamaku bercerita..sblum dia melahirkn aku, dia pegi ke hospital daerah kota tinggi (hospital yg trdekat dgn tmpt tinggalku). Pastu doktor yg merawat tu kata, diorg xde peralatan yg cukup utk kelahiranku ini sbb aku songsang! Pastu ambulans pun membwa mama ke hospital sultanah aminah johor bahru (kat JB).. Sampai je di sana..mama terasa yg aku dah nak keluar! Doktor2 dan nurse2 pun kelam kabut membwa mama ke wad nk bersalin.. mama kata ibu jari kaki kiriku dh terkeluar skit! Masa tu hnya Allah je yg tau...muka mama dah biru...mama kata, msa tu kalo dia mati pun xpe..asalkan aku selamat lahir ke dunia.. ya Allah...aku rasa sedih sgt2 (sebak rasa)..sbb mama sanggup berkorban dirinya utk aku.. aku rasa bersalah sgt bila mengenangkn waktu2 dahulu..aku pernah bermasam muka dgn mama...biasela..kecik2.. Masa tu nenek, atuk dan ayah hnya berdoa moga kedua2nya selamat.. Alhamdulillah..tepat jam 5.31 ptg pd 18 mac 86..aku pun selamat dilahirkn..secara songsang. Mama kata, aku lahir ikut tingkap..hehehe.. So bila aku mls belajar msa kecik2 dulu..mama selalu tunjuk parut kt perutnya..parut kesan jahitan slps aku dilahirkan.. mama kata, kalo nakal2 je..ingt parut ni tau..hehe.. maksud mama aku kena belajar rajin2.. Aku tau..jasa mama melahirkan aku selamat ke dunia ni tak dpt dibalas...aku tau amat sakit kelahiran ini..
Alhamdulillah... aku bersyukur sgt dgn apa yg aku kecapi hari ini..aku akan bls jasa-jasa mama dan ayah.. terima kasih mama..di atas kelahiran ini..

Welcome!


Welcome to my blog! This blog was just created...just to have a sharing about our life.. Tiada tujuan...hanya utk tatapan dan bacaan semua.. (^_^) ~ Do you know what is the difference between school and life? In school, u're taught a lesson and then give a test. In life, u're given a test that teaches u a lesson..~


 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space