Thursday, January 20, 2011

Awesome Day!

Salam satu Malaysia!

Wahh....bersemangat betul wanee pagi ni. Huhu. Apa taknya..cuti Thaipusam kan, Public Holiday beb. Sapa tak suka? haha. Gengster betul wanee nih. Apa taknya, baru dapat gelaran gengster dari kwn sepejabat baru2 ni. Ni semua gara2 gambar teambuilding baru-baru ni kt Putrajaya pd 15hb Jan yang lalu. Sengg...haha. Tgk gambar bawah ni. Sapa yang kenal aku yang mana, cuba tgk, ada ke rupa gangstah? haha. Wassup yoo!!



Aku suka gambar lompat2 ni. Hehe. Wajib ke gambar mcm ni? Tapi kengkwn aku semua suka nak lompat! Tgk kwn aku sorang kt belakang tu, lompat sopan, hehe.



Nilah group teambuilding aku. Nak tau apa nama kumpulan ktorg? Group WUTEVA!! Haha.



Memang seronok la teambuilding ni. Sebab inilah pengalaman kali pertama aku main dragonboat. haha. Dragonboat yang ada org main drum tuuu...kalo tgk iklan kat tb, yang iklan fisherman ubat sakit tekak tu. Ha tapi tu beso sgt...yang aku naik ni 11 org je satu boat termasuk drumer. Cuba tgk gambar kt bwah ni lak. Ni la dragonboat nya..aku bukan main serius sehhh.. Yela, nak kayuh pedal tu bg menang. Masa ni ktorg main tug of war. Main tarik tali pkai boat ni, heheh.




Sebelum tu ktorg kena berlatih berendam dalam tasik ni dulu. Namanya 'Water Confidence Activity'. Supaya kalo ktorg tenggelam, ktorg rasa selamat dan konfiden dalam air. Haha. Mula2 aku pikir gak, tenggelam ke naik dragonboat ni? Tak kanla tenggelam....boat kayu tuh, huhu. Sekali je....hahahaha...cuba tgk gambar kedua bwh ni. Rupenya tenggelam beb. Nasib baik bukan kumpulan aku. Pheww... Tapi lps tu rasa takut gak, tak sukala tenggelam tanpa dirancang ni. Hehe. Sebab tu kena bagi balance berat org yang duduk kt dragonboat ni. Berat sebelah...tenggelam la..hehe.




Gambar bwh ni lak masa ktorg ramai2 nyanyi lagu 'We are the champion'. Champion la sbb berjaya mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran dalam air. Ada yang tak dtg, rugi wooo. Semangat giler masa nyanyi lagu ni. Tgkla muka aku pun. Ternganga, haha. Aku rasa time ni aku sebut perkataan 'ARE'. Hihi.



Aku suka gambar kt bwh ni. Angle dia cantik. Hehe. Lagi satu sebab aku nampak CoMEL. haha. Perasan2!!




P/S : Rasa2 lepas ni dapat lagi tak pergi aktiviti2 macam ni? Hehe. Hrp2 boleh...pegi dgn my future husband la pulak, hehe.

Monday, January 10, 2011

Wanee, bagaimana dgn persiapan?

Salam satu Malaysia kpd rakan2 dan sahabat2 sekalian. Hehe..dah lama rasa tak menaip. Maaflah, bukan tak nak, nak sangat2, tapi tak sempattttt. Bln 12 thn lepas busy sangat...dua kali balik kampung. Uruskan mana-mana hal yang sepatutnya utk persiapan perkahwinan ni nanti. Hehe. Bila je start kerja awal minggu bln Januari ni, ramai yang tanya, bagaimana persiapan wanee? bila tarikhnya? dah confirm belum? hehehe..jadi..ni jawapannya..

Kad sudah siap..tinggal nak pos saja..tunggu ye..

Surat nikah juga sudah siap...appointment dgn tuk imam pun dah selesai. Jadi aku akan menikah pada 11 Mac 2011, selepas asar di rumahku nanti. Alhamdulillah.. Korang ingat senang ke nak uruskan surat nikah ni? Mmg senang...tapi kena interview tau! haa..sesiapa org johor..korang akan kena interview tau sblum dptkan surat nikah ni. Negeri lain xda Johor je kena interview. Apa soalannya? Haa..di antara contoh soalannya adalah spt di bwh :

1) Baca dua kalimah syahadah bersama maksdnya
2) Baca Al-Fatihah
3) Baca doa qunut
4) Soalan Munakahat. (Pasal pengurusan perkahwinan dan rumah tangga)
5) Soalan Toharah (Bersuci)
6) Tanggungjwb suami isteri

Ala..kacang je soalannya..hehe. Pada hal sejuk tangan masa kena interview dgn ustaz tu. Segan pun ada. Bkn segan sbb takda hidung, segan bila dia tnya bab munakahat. Haha..paham2 lah apa soalannya. Kalo nak tau, PM me kt fb k. Hehe. Nasib baik dia sporting. Dah nama pun ustaz..hehe. Lepas tu baru dpt surat kebenaran nikahnya..alhamdulillah.. yeay dah bleh kawin! haha...gatai wanee ni rupenya.. Laa baru tau ke? hehe.

Cenderamata dan bunga telur akan diuruskan oleh mamaku. Aku tak kisah la apa yang dibeli, aku ikut je..;-)

Khemah sudah diuruskan oleh pakcikku. Makanan lak diuruskan oleh ayahku.

Hantaran je tak settle lg. takpe2..masih ada masa..

Baju, pelamin dan yang seangkatannya juga sudah siap..

Hmm apa lagi ye..yang lain tu ayah aku akan uruskan...spt kompang dan sbgnya..

Haih...dup dap dup dap rasa perasaan ini. Hehe. Tinggal 2 bln saja lagi. Hmm adakah aku sudah bersedia untuk memikul tanggungjwb sbg seorang isteri?

TEPUK DADA TANYA SENDIRI....hahaha.. :P

Friday, January 7, 2011

Limau Nipis Penawar Santau

[Entri bawah ini aku amik dari facebook untuk pengetahuan kengkawan sekalian. Bagi sesiapa yang masih tidak tahu, silalah baca untuk menambah ilmu pengetahuan anda, hehe]

Limau nipis ubat paling mujarab bagi mematahkan tindak balas santau ‘angin’ yang dikenakan kepada seseorang melalui kaedah belah atau memotong limau itu daripada tangkai atas ke bawah.

Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali berkata, selain digunakan untuk memulihkan pesakit santau, limau nipis juga boleh digunakan untuk mengesan sama ada seseorang itu sudah terkena racun santau atau tidak.

“Apabila orang yang terkena santau angin memakan limau atau nanas bersama kicap mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan, malah, pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam,” katanya.

Menurut Suhaimi, santau angin yang turut dipanggil ‘tuju’ itu dihantar dari jauh oleh individu tertentu dengan niat mengkhianati seseorang atau memenuhi syarat pemilikan santau.

“Pengamal santau perlu membuang santau itu setiap tahun bagi memastikan ia tidak ‘memakan’ diri sendiri atau keluarga terdekat mereka,” katanya.

Katanya, santau angin boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara manual iaitu penghantar meletak bahan santau ke dalam makanan atau minuman orang yang ingin disantau dengan meletakkan serbuk santau itu pada hujung kuku dan ditabur dengan cara merenjis.

Manakala cara kedua, melalui upacara pemujaan yang dilakukan bomoh menggunakan perantaraan makhluk halus atau jin. Ia dilakukan dari jauh tanpa pengetahuan mereka yang ditujukan santau berkenaan.

Semalam, Harian Metro melaporkan lima anggota polis yang menderita sakit perut dipercayai akibat ditujukan ‘santau katak puru’ dan ‘santau angin’ oleh seorang dalang sindiket mencuri motosikal.

Mengulas kejadian itu, Suhaimi berkata, ada beberapa panduan boleh digunakan orang ramai untuk mengenal pasti kehadiran santau di kedai makan atau sesebuah restoran.

“Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.

“Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau,” katanya.

Beliau berkata, antara tanda-tanda awal seseorang itu terkena racun santau ialah mulut berbau busuk, kuku menjadi hitam dan batuk berpanjangan.
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space