Sunday, February 13, 2011

Mencintai suami jangan separuh jiwa

Assalamualaikum semua..

25 hari lagi....huhuhuhuhu. Hari tu aku pergi kedai buku kat Ampang Point dengan encik tunang dan angah. Aku ni memang suka pergi kedai buku dan duduk lama-lama. Huhu. 

Pastu encik tunang tunjuk satu buku kat aku. Bukunya seperti di bawah.



Aku tersenyum je sambil memandang tunangku. Nak aku beli ke? Encik tunang kata, xyah. Tp dia senyum je pastu, hehe. Aku tak beli.

Pastu sampai rumah aku teringat-ingat. Seminggu lepas tu aku pergi Kinokuniya kt KLCC sorang2. Aku cari buku tu lama giler sebab dia kecik dan nipis, terselit di celah buku-buku. Akhirnya JUMPA gak! Haha.

Aku beli buku ni tau.

Balik aku baca. Sampai sekarang tak habis lagi, hehe. Aku akan habiskan sebelum kahwin.

Isi kandungan buku ni memang bagus. Sebab isinya penuh dengan hadis-hadis dan nasihat yang berguna. Ada banyak lagi buku lain yang serupa sepertinya. Tapi aku pilih buku ni sebab encik tunang yang tunjuk buku ni at first.

p/s : Doakan aku jadi seorang isteri yang SoLEHAH.untuk bakal suamiku nanti ye. ;-)

Saturday, February 5, 2011

4 JuMaAt LaGi!!

Dup dap dup dap...tinggal 4 Jumaat lagi. Detik kian terasa. Bila kengkawan tanya, "Wanee, apa perasaan? Dah nak dekat dah ni. Kejap je kan rasa".. Haha..aku terus tersenyum dengan hati yang berdebar. Macam-macam la perasaan..takut..berdebar..tak sabar..gembira..sedih.. 

Nape sedih? Sedihlah sebab umpama terpisah dengan ibu bapa dan keluarga. Memang kita masih akan berhubung, berjumpa di waktu cuti dan hari raya. Tapi keadaan itu sudah berlainan sama sekali. Mungkin kurang sudah gurau senda bersama keluarga, berbeza di waktu kita 'single', apa pun kita boleh buat untuk bersama ibu bapa dan adik-beradik.

Tapi inilah kehidupan yang telah diatur oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya. Bermula dengan usia satu hari, belasan tahun dan 20-an, dijaga oleh ibu bapa, kemudian kitaran hidup itu bertukar apabila kita mendirikan rumahtangga. Ada orang kata, masa inilah baru bermulanya kehidupan. Baru nak belajar hidup pendek kata. Macam-macam akan dipelajari. Belajar mengenali pasangan..belajar memasak, haha. Ini paling penting. Belajar apa kegemaran suami kita.

Ingat kalo dah couple 10 tahun, kita dah cukup mengenali pasangan kita ke? oh no no no..tidak sama sekali kerana kegemaran dan apa yang kita suka akan berubah satu ketika nanti. Mungkin skrg ini kita suka makan ikan masak asam pedas, bila dah beranak dua ke, tiba-tiba suka makan ikan rebus je. Hahaha. Jadi sebenarnya setiap hari kita akan belajar benda yang baru tentang pasangan kita. Betulll...ini pakar motivasi yang cakap ok. Bukan suka2 je aku nak berceloteh kat sini.

Lagi satu, bila dah kahwin, kenalah berterus terang jika ada yang tak berkenan dan tak puas di hati. Bukan terus terang dengan kena baling periuk atau tampar menampar..bukan..salah tu. Berterus-terang dan bawa berbincang elok2 dalam bilik atau di tempat yang privacy. Luahkan apa yang tak kena dan apa penyelesaiannya. Jangan emo sgt je wahai kaum hawa. Peringatan untuk diriku jua. Hehe. Mama dan ayah aku pesan, jangan pendam2. Bahaya. Apa2 pun luahkan, jgnlah sampai merobek hati yang lagi satu pula. Cukuplah satu hati je yang terasa dan bawa berbincang. 

Aduhh aku ni macam pakar motivasi perkahwinan lak. Mentang2 dah nak kawin, tu la, banyak sangat baca majalah dan buku motivasi perkahwinan. Haha. Eh perlu apa, untuk pengetahuan kita jugak kan? Adik aku ni pun macam kemaruk nak kawin. Haha. Habiskan belajar dulu angah, kata nak capai cita2 dulu. Hehe. Nanti akan tiba masa jua.

okeyla kengkawan..aku ada hal sikit. Nanti aku celoteh lagi ye. Pape pun doakan perjalanan perancangan majlis perkahwinan aku berjalan lancar. Terima kasih semua! Muax2!

p/s : Wanee...4 Jumaat lagi..dah bersedia ke? :p

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space