Sunday, September 11, 2011

First raya bersama suami tercinta..:D

Assalamualaikum semua..maaf sebab dah tak lama update blog. La ni..nak bercerita pengalamn pertamaku beraya bersama suami tercinta..hehe. Pengalaman pertama tu..bukan beraya bersama keluarga di Pasak tau..tapi beraya bersama keluarga mentua di Kluang Johor. Susah gak nak decide nak beraya mana dulu..tapi aku jenis tak kisah. Ayahku pesan, ikut kata suami, jangan melenting2 merajuk nk beraya kat pasak. Hehe..ayah ni..along bukan jenis macam tu..huhu. 

Alhamdulillah..kami tak gaduh2. Watpe nak gaduh2..kota tinggi ke kluang, 2 jam je, hehe. Tiap2 tahun kami akan beraya di kedua-dua belah keluarga. Cuma yang bezanya, raya pertama di mana dulu, itu saja. Malah, ayah dan mama menggalakkan aku beraya di rumah mentua dulu tahun ini..almaklumlah, menantu perempuan pertama..nnti sapa nak masakkan untuk ayah di Kluang. Apa yang ayah mama ckp itu betul...ada sebabnya mengapa. Aku bersyukur sangat2 kerana kedua2 belah keluarga amat memahami.

Aku tahu ada yang menangis, aku juga sama. Tapi aku kuatkan semangat kerana aku tau pasti ada hikmahnya. Mama aku lagi kuat semangat, keluarga jauh di pulau pinang. Tiap2 tahun bergilir beraya di Johor dan P.Pinang. Setahun cuma sekali atau dua kali je balik penang, apakah perasaan mama ku agaknye? Dan kini aku faham perasaan itu.. Dia pernah bercerita dgn aku, walaupun dia nampak cool, tapi dalam hatinya aku tahu, betapa rindunya dia dengan keluarga di sana. Namun sekarang, kami sudah jarang balik Penang sebab kedua2 atuk dan nenekku di sana sudah tiada. Namun aku dapat lihat ganjaran yang Allah berikan kpd mamaku, berkat pengorbanannya itu. Along tabik ma!

Ha..mari2..aku nak bercerita pengalaman pertama aku memasak lauk raya di rumah mentua! huhu. Seronok dan letih, itulah perasaan yang dapat aku gambarkan waktu itu. Aku rasa seronok kerana dapat memasak sendiri lauk di pagi raya. Apa aku masak? hehe..aku masak lodeh, sambal kacang, ayam masak merah dan nasi impit..itu sahaje. Aku masak apa yang suami, ayah dan adik aku suka makan. Senang kan. Masak macam2 tapi kalo x suka makan, kan susah tu. Tgk resepi mmg senang..tapi bila dah sorang duk berpeluh2 di dapur, letih woo..hehe. Nasib baik suami aku rajin menolong aku di dapur. Ayah mentua aku pun sama, tlg basuh ayam..potong ayam..pastu tanya nk tlg apa lg. Aku jadi segan ar..hehe. Walaubagaimanapun, pengalaman itu mendewasakan aku. Suami aku sgt supportive, itu yg aku bersyukur sangat2.

Lagi satu, ayah mentua aku ni teringin nak makan bubur kacang hijau. Aku pun masak lah masa hari terakhir puasa tu. Seronok dengar ayah mentua aku puji. Hehe. Yela, takkan dia nak ckp tak sedap lak kan. Tapi ayah aku tu makan sampai habis bubur kacang hijau tu. Mana aku tak rasa seronok lak kan..hehe. Bukan nk bangga, tapi aku tak pernah masak bubur pun sblum ni. Aku akan belajar masak bila ada orang nk makan. Itu aku. Aku akan cuba dan aku suka masak. Itu yang aku perasan sejak kahwin ni. Family aku pun jenis tak suka mkn kat luar..sebab tu kot..dan suami aku pun suka nk aku masak kat umah dari beli kat luar. Tak kesah lah, sardin pun xpe..asal masak kt umah.

Okla..banyak lg nk bercerita sebenarnya..tapi masa amat mencemburui aku nmpaknye. Nanti aku bercerita lagi..salam..


p/s : kpd bubba, along sdg berusaha carikan html utk link blog bubba tu. Nnti bila dh jumpa along bgtau bubba (kalo bubba baca blog along ni) :)
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space