Wednesday, July 22, 2009

Sekolah Tun Habab tercinta..

Aku rasa aku terlupa nak cerita pasal kenangan manis kena buli dulu masa kat sekolah..hehehe..
Tak payah la eh...buang masa je...biarlah kenangan tu berlegar-legar di ruang angkasa sahaja...kalau tetiba rasa nak cerita, aku cerita ok. Malas nak bercerita panjang lebar kat sini..nnti korang boring...hehehe. Nanti tak pasal-pasal kena serang dengan Nurul, sebab dulu memang dia seorang je yang berani buli aku! Hohohoho.. Aku tak tau sejak bila dia tak berani buli aku dah..tapi aku perasan la, sejak dia lawan main chess dgn aku, dan aku menang...sejak tu dia tak berani dah buli aku...hahaha.. (Terima kasih ayah sebab ajar along main chess..hehehe..)


Kemudian aku pun meneruskan persekolahan ke Sekolah Menengah Tun Habab, Kota Tinggi, Johor setelah tamat Darjah 6 dengan cemerlangnya! Aku bersekolah di sana selama 5 tahun sehingga tingkatan 5. Aku tak pindah ke mana-mana sekolah pun sebab bagi aku, ke mana pun kita dicampakkan, kita tetap berjaya. Bak kata pepatah, kalau benih itu baik, dicampak ke pulau pun jadi. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri...ini juga adalah keputusan ayah dan mama ku jua. Namun begitu, aku tetap berpeluang untuk belajar berdikari kerana selama 5 tahun, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, aku berpeluang untuk tinggal di Asrama Pusat Kota Tinggi. Sebulan 2 kali aku akan balik ke kampung...hehehe..kampung la sangat...20 minit je dah smpai Felda Pasak dari Kota Tinggi...huhuhu.. Tapi masa itu, kita panggil 'kampung' la.. =) Di sana, aku menimba ilmu dgn gigih demi mencapai cita-cita dan memenuhi impianku serta ibu bapaku yang tercinta! Gambar kat bawah ni..inilah gmbar sekolah Tun Habab yang bestari tu. Tempatku belajar selama 5 tahun...=)




Bawah ni pulak gambar asrama pusat..gmbar kat pintu pagar je la...hehe..


Bawah ni pulak lirik lagu Sekolah Menengah Tun Habab.... =)


Dan yang terakhir...ni peta jalan nak ke sekolahku yang tercinta..sesapa yang teringin nak pergi..printlah peta ni ye...hehehehe..jangan sesat sudah..



Sebelum itu, aku nak ucap ribuan jutaan terima kasih kepada guru-guruku di SMK Tun Habab yang bertungkus lumus mengajar aku dan kawan-kawan selama 5 tahun (1999 - 2003). Terima kasih pada Cikgu Umi Kalsom, Cikgu Mahnita, Cikgu Zuraidah, Cikgu Azizah, Cikgu Ahmad Bahri, Cikgu Norlila, Cikgu Rohani, Cikgu Aziz, Cikgu Hamaliah, Ustazah Norizah, dan cikgu-cikgu lain...yang tak ku sebut namanya di sini..minta maaf ye cikgu.. bukan tak ingat..ingat...=) Semoga cikgu2 sekalian mendapat rahmat, panjang umur dan dilimpahkan rezeki yang berlipat-ganda, berkat usaha dan jasa cikgu mengajar saya sehingga saya berjaya kini..aminn.. Terima kasih Cikgu!

5 comments:

ch@ said...

yes. wanee kena buli dgn akak tak? akak baikkan? :D

:: wanee :: said...

takk..hehe. Btw akak ni kak sapa eh? tgk muka tak cam la kak..sori..

putri said...

em... cikgu mahdi, cikgu azham n cikgu ariffin ada lagi mengajar di sana? akk pun belajar n tinggal di sana dari tahun 1988-1991

:: wanee :: said...

putri..tak kenal la cikgu2 tu..sy belaja kt tun habab dari thn 1999-2003..

AKU BOHSIA said...

BUTO LA KO MCM CITE BOHONG JE

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space