Saturday, March 26, 2011

Saat selepas itu..

Assalamualaikum..

Aku tahu pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah perasaan aku selepas sah menjadi isteri kepada mr.hubby? Ha...dulu aku panggil encek tunang, skrg dah tukar tau, mr.hubby, hehe.

Berbalik kpd soalan, mestilah hepi!! Hehe. Sapala yang tak gembira kan, selepas sah menjadi isteri kepada orang yang kita cinta dan sayang. Kata org cinta tu tak ke mana, betul, bagi aku cinta tu bkn perasaan, ia hanyalah perkataan. Mksud sebenar cinta adalah sayang. Sayang adalah perasaan yang membuahkan cinta. Jadi perasaan sayang itu yang penting sebenarnya.

"Abang..syg sayang tak?"  Berbanding jika.. "Abang..cinta sayang tak?"

Jarang orang sebut cinta. Biasanya si wanita akan bertanya, sayang dia tak? Hmm betul atau tidak pendapat aku ni, aku tak tau. Tapi ini adalah pendapat. Jika sesiapa yang ada pendapat lain, sila komen.


Aku perasan mr.hubby aku ni lebih penyayang..huhuhu. Mr.hubby aku mmg penyayang sebelum ni, tapi maybe tak dpt nak tunjuk lebih2 sebab ada batasnya kan sewaktu bertunang. So selepas berkahwin ni, aduhh..bahagianya hanya Allah sahaja yang tahu. Itulah nikmat selepas berkahwin. Alhamdulillah...thanks abang..;-)

Pakcik dan makcik tu banyak memberi pesanan kepada aku seperi jaga suami elok2...rumahtangga ni banyak dugaan..jangan cepat melatah..apa2 pun bawa berbincang dulu.. Terima kasih bubba, umi, cik miah, mak lang dan semua di atas pesanan yang berharga ini. InsyaAllah aku akan ingat semua pesanan ini.

Terima kasih gak di atas sumbangan dan pertolongan yang berharga dan tak ternilai dari mama, ayah, angah, wan, nenek, mirul, bubba, umi, cik man, ika, ica, ibu, she, haziq. Sumbangan-sumbangan yang dilihat dan tidak dilihat dari semua pihak yang terlibat amat aku dan suami hargai. Aku tau pelbagai cerita dan masalah di sebalik tabir...walau apa pun kita jadikan semua itu sebagai panduan untuk majlis perkahwinan yang akan datang...mungkin she? angah? Hehe.

Juga tak lupa kepada orang-orang kampung Felda Pasak, orang Kampung Baru (bkn kg baru KL ye), para kendarat dan semua yang terlibat dalam menjayakan majis aku ini. Aku sangat2 hargai. Smoga semua yang terlibat dirahmati, diberkati Allah dan dilimpahkan rezeki sentiasa. Terima kasih di atas doa2 kalian semua. Aminn..

ok..ckup smpai di sini saja. Nnti aku update blog lagi ye. C u!

2 comments:

EDtv said...

sorry wanee x dpt dtg ko kawin.. apa2 pun aku doakan yang terbaik utk rumahtangga ko. Slmt berbahagia..

:: wanee :: said...

Edi..xpe..thanks Edi for your wish and doa. Aminn..;D

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space