Saturday, October 23, 2010

Mesin basuh dan pasangan hidup..

Salam semua. Pagi-pagi sabtu ni, seperti biasa rutin harianku, basuh baju dan kemas bilik. Housemate aku baru beli mesin basuh automatik, sbb mesin basuh kami sblm ni rosak. Sebelum ni kami guna mesin basuh manual. Sebenarnya aku lebih suka yang manual sebab lebih laju! Lepas tu mudah, xdala menyusahkan aku nak mandi sementara menunggu mesin berpusing. Mesin auto ni kan kena ada paip satu yang memang kena pasang sepanjang dia membasuh. Tu lah masalahnya..housemate aku dah tlg tanyakan kat org yang tuan punya umah ni kalo ktorg leh pasang paip tambahan, tapi orang tu senyap je. Hmm..tak bagi la tu. Takpelah, nak wat cane kan. Sebelum ni aku pernah je guna mesin auto, tapi tu la, memang kena ada paip satu khas untuk dia je.

Pape pun aku amat berterima kasih kepada housemate aku tu sbb dia sgt concern dgn keperluan kami di rumah. Dah lah mesin basuh ni aku xyah bayar duit dgn dia..sbb dia kata, susahlah bila aku dah kawin nanti, karang dia kena pulangkan duit semula. La...aku kata xyahlah kan..kita share, kalo aku kuar umah tu nanti pun, aku x kesah kalo dia x pulangkn duit tu, Sebab dia sangat baik dan aku tak kesah dan tak berkira dgn org yang wat baik dgn aku. Pepatah berkata, "SHARING IS CARING". So jgnlah berkira ye...jika anda berkira..saya pun akan berkira dgn anda, hahaha.

Apa la wanee ni...cerita pasal mesin basuh lak pagi2 ni.. Ye la, apa taknya, aku terpaksa meluahkan perasaan aku kat sini sbb aku tak leh nak mandi! Aku ingat boleh lah mandi sementara menunggu mesin basuh tu siap. Nape aku kalut sgt nak mandi? Ha...sebabbbb..aku nak gi dating! Muahahahhaha.. Encik tunangku ada di KL dan kitaorg xnaklah kluar lewat sgt. Nak gi tgk adik aku kat UNITAR ni, pastu nak bwak dia gi jalan2..kesian dia. Minggu lepas xleh nak enjoy sgt sbb dia nak exam. So minggu ni aku bawak la dia. Bak kata tunang aku, "kesian angah, sorang2 xda orang nk dtg melawat". Hihihihi..ni yang aku sayang sgt dgn tunang aku ni. He is family man! Tak mcm aku..haha. Aku ni kureng sikit la..tapi still family is my priority..hehe.

Kekadg aku fikir, Allah telah menetapkan pasangan masing-masing untuk melengkapi antara satu sama lain. Mknanya kalo kita kurang part mengemas, pasangan kita akan seorang yang suka mengemas. Ha..mcm tu la kiranya. Betullll..kalo tak caya, pegilah tanya mana2 pasangan. Pasangan yang betul2 la eh..jgn cari yang main2. Mksd aku yang dah kawin..dan bakal mendirikan rumahtangga..InsyaAllah..;-)

[Di atas adalah entri untuk pagi tadi..aku terlupa nak post..;p] 

2 comments:

faRa_diLa said...

hai wanee. hari tu terserempak kan? sori la tak perasan. ehehe. kejar masa nak balik kota.

emm pasal statement last kan, pasal saling melengkapi. memang betul pun. :)

:: wanee :: said...

Haah fara...tu la..sori gak, x sempat nk borak2 jap. Eh, sape yg jln sama dgn fara tu? ehem2 ke? ;-)

Thanks fara for agreed with my last statement. ;)

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space