Wednesday, October 6, 2010

Syukran!

       Alhamdulillah...bersyukur kepada-Mu Ya Allah..di atas berita baik yang aku dgr tadi daripada ayahandaku tersayang. Akhirnya mama dan ayahku dapat surat mengatakan mereka dapat menunaikan haji pada tahun ini. Alhamdulillah..aku bersyukur tak terhingga kpd-Mu Ya Allah..sesungguhnya inilah impian mama dan ayahku sejak sekian lama. Berkat kesabaran mereka, akhirnya Allah makbulkan permintaan mereka.

"Assalamualaikum along. Ni ayah nak bgtau ni, td ayah dah dpt surat, dpt pegi menunaikan Haji thn ni. Nnti ayah dtg KL, jumpa along dan angah k", kata ayahku.

"Ye ke!! Alhamdulillah.. la nape lak ayah nk dth cni", kataku smbil berpikir, sbnrnya aku lebih suka nak balik kampung dan hntr ayahku ke airport sendiri.

"Ye la..ayah dgn mama mestilah nak jumpa anak ayah dulu sblum pergi"


Aduh!! Sebak rasa dan airmata seperti mahu mengalir dan menangis teresak2 ketika itu! Oh tidak,aku tahankan air mata. Aku tidak mahu ayahku rasa sedih atau apa. Aku rasa lain mcm bila ayah aku ckp mcm tu. Ayah ni..jgnlah ckp mcm tu..along sedey..;(( Dahla sensitip..huhu.

Mengalir air mataku apabila mendgr berita gembira ini. Aku terus menelefon tunangku untuk memberitahu berita ini. "Alhamdulillah..", kata tunang tercinta. Kemudian aku menangis teresak2..huhu. Lantas tunangku memujuk.

"La..nape ni..dah2..patutnya kita gembira. Ini sedih lak die..", pujuk tunangku.

"Ye la..menangis kegembiraan la ni", aku membls sambil menangis teresak2.

Aku tak tau la apa korang rasa, tapi inilah apa yang aku rasa. Aku rasa gembira..dan di sebalik gembira itu, terselit sedikit perasaan sedih. Bukan aku tak pernah berjauhan dgn mama ayah, tapi entah, kali ini aku rasa jauh sangat. Namun begitu, aku rasa gembira kerana mereka gembira dan aku harap semoga mereka dpt menunaikan Haji dgn tenang dan mudah.

Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan Haji mama dan ayahku. Semoga tiada apa lagi yang menghalang mereka dari menunaikan Haji.












2 comments:

faRa_diLa said...

Alhamdulillah :)

:: wanee :: said...

Thanks Fara..;-)

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space